Blog Archive

"Jangan Kutuk Mereka Yang Pilih Untuk Berhenti Kerja dan Menjadi Suri Rumah!"..

Pernah tak alami soalan seperti "Eh! Tak kerja ke?" "Ruginya belajar tinggi-tinggi tapi tak kerja.." "Duduk saja ke rumah?" Soalan ini memang biasa di tanya oleh orang dengan mimik muka lagi tu, terutama mak cik-mak cik, rasa geram dalam hati, tetapi terpaksa senyum, dan jawab dengan hormat "Saya jaga anak je kat rumah, suami tak izinkan kerja, sebab tu tanggungjawab dia katanya".. Mak cik-mak cik pun akan jawab "Oooooooo".. Memang biasa lah dia 'matikan' perbualan dengan ayat macam tu. Haha. Tetapi dalam masa yang sama sebagai seorang isteri, turut teringin mencari pendapatan tambahan yang boleh mereka belanjakan untuk diri mereka tanpa bebanan pada suami. 

Jom baca nasihat daripada Puan Natasya Azwin: 

"Jangan kutuk mereka yang pilih untuk berhenti kerja dan jadi suri rumah. Jangan sesekali kutuk. Dan jangan bersimpati. Kalau kami melepaskan jawatan dan gaji masyuk semata-mata nak jaga anak. Kalau kami dahulunya belajar sampai ke menara gading ada sijil akademik. Ada yang sampai ke luar negara dan ada masters, phD.

Suri-suri rumah zaman sekarang dah alami evolusi melampau. Kami melampau dahagakan duit dan usaha cari duit walaupun duk rumah jaga anak jer.
Jom ladies, terutama suri rumah, kita belajar sesuatu skill sampai menjadi. 

Sampai boleh buat duit. Sampai boleh tolong suami dan keluarga.Kat bawah ni contoh korang boleh buat. Suri rumah jom bangkit. Jangan kasi orang pandang kita sebelah mata. Kan Allah dah bagi dua mata, makanya kita layak dipandang dengan dua bijik mata.

Kalau tak pandai jahit, korang boleh:

1. Try baking biskut @ kek. Pilihlah nak bake sihat @ versi non-sihat kasik gemuk.

2. Masak. Nasi kerabu, nasi dagang, nasi ayam. Kalau nak acah minah salleh tekak oversi boleh masak speghetti dan makaroni.

3. Buat snek simple. mangga asam boi, puding, dadih bla bla. Promote kat jiran pastu gi letak kat kedai area rumah. Kalau rajin gi letak jugak kat kedai daerah sebelah.

4. Buat benda special mcm ikan pekasam, sos atau kicap homemade makanan baby. Stim dan blend. Masuk bekas kecik pastu jual. Atau buat stok ikan bilis atau stok ayam homemade. Pergh yang ni kalau pandai jual memang ramai ibu nak. Sebab jimat masa dan jimat tenaga.

5. Khidmat iron baju, ambil upah kemas rumah orang, mop, sapu, lipat baju bla bla bla (yang ni mommy paling malas nak buat)
6. Buat kraf dan barangan handmade. Buat bunga guna botol dan straw, kait baby booties & alas meja, buat buku aktiviti utk bebudak homeschool style, buat cenderahati custom made dan lain-lain.
7. Pandai lukis? Ambillah upah melukis potret atau cartoon comel.
8. Pandai menulis dan banyak idea? jadi freelance writer
9. Ada phone? Ada internet? Maka, jadilah dropship/agen produk orang. Jadi tukang promote. Banyak produk bersepah kat luar sana. Pilihlah yang mana kena dengan jiwa. Nak jual periuk gelas ke, jual baju skirt tudung, jual barang baby, jual supplemen ke, brg kecantikan, gadjet IT, makanan, Bersepahhhhh!
Macam-macam lagi kita boleh buat.
Kalau arini dapat seringgit, tak apa, esok lusa dapat ratusan. Bulan depan dapat ribuan. Yang penting, kena semangat kental dan cakap kat diri 

"Aku Boleh! Aku Suri Rumah Hebat!"

Penampilan Sederhana 9 Isteri Orang Terkaya Dunia

Pada zaman moden kini, penampilan adalah salah satu hal utama yang perlu difikirkan. Mulai dari pakaian, dandanan hinggalah perhiasan.
Tidak setuju? Lihat sahaja penampilan Melania Trump atau Che Ta yang selalu tampil glamor dan menarik perhatian bagi mereka yang melihatnya. Boleh dikatakan, itu adalah penampilan tipikal keinginan ramai wanita zaman sekarang; cantik, glamor dan menarik perhatian umum.
Namun, berbeza jika ceritanya dengan wanita-wanita ini. Mereka adalah isteri kepada orang-orang terkaya dunia yang duitnya jika dikira mungkin tidak akan habis selama tujuh turunan, namun dandanan dan gayanya wajar dikatakan biasa-biasa sahaja. Wanita seperti ini sukar dicari, namun sangat diidamkan oleh para lelaki.
Pricilla Chan

"Kepada Lelaki Yang Rasa Tak Boleh Nak Move On Lagi Dengan Kawan-Kawan, Mohon Tak Payah Gatal-Gatal Nak Ada Isteri, Kerana Isteri dan Anak itu Adalah Amanat!"..

Gambar Sekadar Hiasan
Yang belom pernah melalui proses mengandung, melahirkan serta berpantang serta para suami yang anggap beranak tu macam kena gigit semut siap nak minta main lagi masa dalam pantang silalah gantung diri kat pohon rambutan sana. Psikologi setiap manusia adalah berbeza ada yang boleh mengatasi meroyan tapi ada yang makin teruk. Cerita aku macam ni.
"Aku dimasukkan wad lebih awal sebab mengalami contraction yang teruk tapi laluan masih tak terbuka. 3 hari ada di wad barulah doc decide tuk deliver secara paksa iaitu pecahkan air ketuban. Selama 3 hari aku dekat wad menahan contraction aku sensorang. Setiap kali waktu melawat katil orang lain penuh dengan orang aku krik krik sensorang.
Terjenguk-jenguk aku suami bila nak datang kol tak angkat mesej tak reply. Setengah jam sebelom waktu melawat habis suami aku datang bawa nasi dan terus balik. Allahu tersentak emosi aku ketika tu, sudahlah menahan sakit yang amat, salah ke dia datang awal datang berborak dengan isteri ni dan betol tak isteri-isteri sekalian dalam krt jika aku cakap macam mana pun kita sakit, sedih tapi bila nampak suami kita akan jadi happy dan bersemangat. betol tak?
Suami ketika itu baru habis contract kerja jadi takde alasan untuk dia pergi kerja tak.. so mana dia pergi? Yup dia pegi cc main dota dengan kawan-kawan. luluh hati aku admin. tapi aku tolak tepi.. aku tak nak fikir sangat nanti aku jadi makin sedih. sudahlah sakit yang amat takde langsung concern dari suami. That’s why mengapa suami merupakan faktor terbesar yang mempengaruhi psikologi seorang isteri. Lepas aku dimasukkan ubat 7 jam dalam labour room sakit macam nak hilang nyawa. Lagi pula ini anak sulung dan aku baru berusia 23 tahun.
Keesokannya aku dah boleh discharge… doc cakap 12.30 discharge, aku inform suami itupun 5-6 kali kol baru angkat sebab dia tido.Dari 12.30, 3 pm baru suami datang. Time tu memang emosi aku sudah tidak stabil. aku yang tak selesa di hospital tambah pulak dengan nurse yang asyik tanya mana suami dengan anak merengek susu bengkak. Menitis air mata aku time tu. Nasib baik akak sebelah aku nasihat. Banyak bersabar dia cakap anak sulung memang macamtu kita rasa perit sangat. Memang memang perit… sebab tu support dari suami amat perlu.
Bila dia sampai aku tanya kenapa dia lambat. dia cakap g makan ngan member datang dari kampung. ermm… korang rasa ape aku rasa time tu? aku tengok suami orang lain da bole discharge on time bole datang kenapa tak suami aku? aku malas nak fikir lagi..so aku pendam dan diam. masa tu aku da rasa menyampah dalam hati aku cakap macam-macam da.
Dan bila dekat rumah dia jarang ada siang dan bila malam memang tiap-tiap malam dia kuar pukul 5, 6 pagi baru balik. korang bayangkan aku berpantang sensorang. malam-malam dengan kesan luka jahit aku tukar lampin baby susu baby setiap setengah jam. emosi aku terganggu. sudahlah masih sakit. ditambah pula mengurus anak sensorang aku penat yang amat.

Pernah anak aku menangis aku cubit-cubit satu badan dia. aku pernah tampar anak aku smpai menangis tak keluar suara aku sumpah seranah suami aku depan anak aku. Emosi aku tak stabil.. tapi lepas tu rasa menyesal yang amat. Masa aku pukul anak aku… memang nampak dia buruk sangat… aku tak nampk pun seorang bayi yang comel… bila dia sampai menangis tak keluar suara aku tersedar..aku menangis ape salah anak aku.. cubalah fikir… emosi siapa yang tak terganggu, luka jahitan masih sakit… nak pegi toilet bangun jalan sendiri.aku nak air aku bangun buat dan amik sendiri. Memang 2 minggu pertama pantang aku sangat tak stabil… baby memang jadi mangsa cubit.
Pernah dia buat perangai aku jadi marah aku tak susukan dia aku bancuh susu pekat f&n tu bagi dia minum botol. aku sumbat-sumbat smpai dia menangis lebam mata.Suami aku? Keluar balik rumah tido.aku dan anak terbiar. 2 minggu aku pernah main pisau dekat kepala anak aku,aku cakap “ko tak diam aku potong lidah ko nanti”. Mungkin Allah swt nak bagi aku kesedaran anak aku mula tak merengek.dia diam sahaja. cuma menangis sikit bila nak susu. lepas 2 minggu aku recover balik. aku banyak baca pasal pantang dekat internet.
Aku mula susukan anak aku betul-betul .aku mula manjakan dia betol-betul. dan baby aku mula senyum dekat aku.. Allahu ape aku dah buat dekat anak aku selama ni. Lama-lama aku da jadi ok. walaupun sampai habis pantang suami aku kuar melepak aku tak fikir. dalam hati aku aku fikir suami aku da mati . aku jaga dan tatang anak aku betul-betul. memang rasa marah dan benci tu ada dekat suami aku sebab lupa tangunggjawab dia..tapi setiap kali aku tengok anak aku layan elok-elok. aku buang semua perasaan lain.
Lama-lama aku da oke .aku dah tak kisah dengan suami aku. Now kitorang tengah tunggu tuk kes mahkamah tuk bercerai. Bagi aku dari aku memberontak dan berbuat dosa sakit hati nak hidup perangai suami yang lebih pentingkan kawan-kawan dari tangungjawab di rumah aku lepaskan. Hiduplah dia ngan kawan-kawan dia sampai mampus…
Yang lelaki yang rasa tak boleh nak move on lagi ngan kawan-kawan mohon tak payah gatal-gatal nak ada isteri… kerana isteri itu amanat anak itu amanat… yang perlu ko jaga emosi adalah isteri dan anak-anak mu bukanlah kawan-kawan. jangan buat isteri macam hamba. Kalau tak mampu dari awal lagi fikir… jangan dera emosi orang lain dengan perangai-perangai lahanat suami."
Sumber: facebook/Kisah Rumah Tangga

Gadis Ini Sering Rasa Nak Bunuh Diri – Disangka Ada Masalah Akidah, Rupanya Wanita Ini Mengalami Unipolar Depression


Pernah tak korang dengar mengenai Unipolar Depression ni? Unipolar depression ini merupakan sejenis gangguan pada emosi yang menyebabkan seseorang murung, berfikiran negatif dan terganggu moodnya.
Seperti kisah yang dikongsi gadis ini Nur Jehaada Ibrahim, beliau mengalami gangguan emosi ini sejak di tahun pertama pengajian. Sering merasa sedih, gelisah dan tertekan selama berbulan-bulan tanpa sebab. Yang lagi teruk, sampai nak bunuh diri! Dasyatnya…

Bawa motor laju-laju, harapkan kematian

"Saya dan Mental Disorder."
Saya mulakan penulisan ini dengan nama Tuhan yang Maha Kuasa. Dengan nama Tuhan yang menciptakan sakit, dan yang berkuasa menyembuhkan. Semoga setelah penulisan ini sampai kepada kalian yang membaca, ada jiwa-jiwa yang akan terubat, ada hubungan retak yang dapat dibaik pulih kembali, ada hati-hati yang akan lebih belas dan kasihan, ada lisan yang berfikir sebelum melontarkan kata dan kesimpulan, ada nyawa yang akan selamat, ada peluang kedua untuk sebuah kehidupan.

Seperti kebanyakan pesakit yang gemar menggunakan bahasa inggeris dalam penulisan mereka, begitu juga saya. Mungkin kerana banyak sumber saintifik yang menerangkan tentang masalah mental ini adalah dalam bahasa inggeris, jadi susah kita nak bercerita dalam bahasa melayu. Tapi setelah saya mengambil kira siapa audience, maka saya gagahkan diri menulis dalam bahasa melayu supaya ia dapat sampai dengan jelas kepada semua. Saya akan bahagikan penulisan saya kepada beberapa bahagian supaya ia teratur.

1. SIMPTOM DEPRESI
Empat tahun sudah semua ini terjadi, sejak tahun pertama saya menyambung pelajaran dalam ijazah sarjana muda ini. Dua tahun pertama, di Malaysia, saya mula mengalami simptom depresi. Tapi saya tiada apa-apa ilmu tentang Mental Disorder waktu itu. Antara simptom utama yang saya hadapi adalah kurang daya fokus, kerap menangis dan emosi tidak stabil. Kadang-kadang tengah malam saya berjalan sendirian ke arah semak sambil tersedu-sedan, berdiri di tengah-tengah jalan, menangis sehingga berjam-jam. Kalau saya naik motor pula saya pecut selaju yang mungkin, mengharapkan kematian. Perkara biasa. Namun sebagai budak yang ikut usrah, saya selalu percaya ini adalah masalah spiritual. Masalah iman tak kuat, kata orang kita. Lagipun simptom itu tidak terlalu teruk pada waktu itu, dan saya memang sedang fasa tidak stabil kerana masalah keluarga, jadi mungkin ia berkait juga dengan masalah spiritual.

Dua tahun berikutnya adalah fasa saya belajar di Jordan. Tahun pertama di sini, simptom depresi saya semakin teruk. Suicidal thoughts (fikiran untuk membunuh diri) yang saya alami semakin serius. Bahkan saya pernah menulis di IIUM Confession tentang ini kerana saya tidak tertanggung lagi grief (kesedihan), kegelisahan dan tekanan yang saya alami selama berbulan-bulan tanpa sebab ini.

Di sini saya petik sedikit penulisan saya dari IIUM Confession tahun lepas:
“Macam ada something dalam otak kau ni yang bercas negatif. Kau susah nak sangka baik dgn orang. Tapi aku yakin Allah paling tahu betapa aku cuba get rid semua negativity yang bersarang dalam minda aku ni. Bila depression aku datang, aku boleh nangis dan tidur sepanjang hari. Hantuk kepala sendiri tu biasa. Biasa aku akan jerit "Keluar laaa, apa kau buat dalam kepala akuuu!?". Kawan-kawan aku tak tahu. Sebab aku biasa buat mcm tu waktu sorang-sorang. Pernah aku solat Zuhur tapi aku tak boleh fokus langsung sampai sujud aku tetibe baring pastu aku nangis ketuk-ketuk kepala. Aku tertidur kat tikar sejadah. Dalam dua jam lepas tu baru aku terjaga dan solat Zuhur betul-betul,”

Saya juga jadi fobia dan tak boleh dengar suara lelaki yang kuat atau beramai-ramai (mungkin ini berkait dengan sejarah lama). Saya akan menjadi amuk secara tiba-tiba dan otak saya akan merasa sakit.

Sehinggalah keadaan menjadi semakin teruk, suatu hari saya dapat result exam yang sangat rendah, saya pulang ke rumah memegang botol air plastik. Sampai di rumah saya ambil pisau di dapur dan saya tikam-tikam botol plastik itu sehingga hancur, kemudian saya jerit sekuat hati dan menangis sehingga saya terduduk.
Baik. Cukuplah setakat itu tentang simptom yang saya alami.

2. APA TINDAKAN SAYA? 
Sekarang, mari kita bercakap soal bagaimana saya bangkit, dan embrace (menerima) kehadiran depresi ini dalam hidup saya. Langkah pertama untuk menyelesaikan masalah, adalah mengakui bahawa masalah itu wujud, bukan?
Tahun lepas, saya menjadi AJK Multimedia untuk satu program yang dijalankan oleh sebuah kelab pelajar Malaysia di sini. Takdir Allah, program itu bertemakan isu Psikiatri. Sebagai AJK Multimedia, saya perlu mengkaji lebih dalam tentang tema program, kerana segala design yang akan saya buat nanti perlulah sesuai dengan tema. 
Jadi saya pun memulakan pembacaan tentang Psikiatri. Semakin banyak yang saya baca, semakin saya rasa diri saya dekat dengan masalah tersebut. Isu masalah kesihatan mental dan juga usaha-usaha menyedarkan masyarakat tentang kesihatan mental ini rupanya telah lama diperjuangkan di barat. Kebanyakan artikel yang saya baca adalah daripada UK dan US. Mereka memperjuangkan ‘Spread Awareness’, ‘End the Stigma’, ‘Mental Health is as serious as Physical Health,’,’Your Depression is not YOU,’.

Menyedari diri saya mempunyai simptom yang dinyatakan, saya melakukan ujian Mental Health (MR3) di internet. Dan saya mendapat peratusan yang sangat tinggi untuk kemungkinan menghidap depresi dan anxiety. Pada mulanya, saya masih bersikap menafikan. Sehingga simptom menjadi semakin teruk, saya melakukan ujian itu sekali lagi dan peratusannya meningkat sebanyak 20% daripada yang sebelumnya.
Memikirkan perjalanan studies saya yang masih jauh di Jordan ini, dan memikirkan masa depan kehidupan saya, saya akhirnya berkeputusan untuk bertemu doktor psikiatri bagi mendapatkan preskripsi ubat. Kali pertama saya pergi, saya bersendirian. Saya masih takut untuk bercerita tentang hal ini walaupun kepada rakan baik sendiri. Saya bertemu dengan doktor dan menceritakan segalanya.
Akhirnya pada Ogos tahun lepas saya disahkan menghidap Clinical Depression atau Unipolar Depression. Doktor memberikan saya preskripsi ubat yang saya perlu makan setiap hari, diikuti dengan beberapa temu janji susulan. Duit saya banyak berhabis untuk kes ini, tapi saya redha asalkan saya boleh berikhtiar untuk sembuh.
Kesannya positif dengan izin Tuhan, Alhamdulillah perubahannya saya alami sedikit demi sedikit. Kadang-kadang tetap berlaku episod break down juga, tapi sudah tidak seteruk dahulu. Saya mula bercerita kepada rakan terdekat setelah dinasihatkan oleh doktor supaya saya dapat moral support. Alhamdulillah mereka semua selalu berada di sisi saya dan sentiasa menyokong, saya kira ia sangat membantu proses penyembuhan saya.

3. STIGMA DAN KESANNYA KEPADA SAYA.
Walaupun ada yang menyokong, pasti ada juga yang memandang buruk. Inilah yang selalu dihadapi oleh mana-mana penghidap sakit mental. Dianggap mengada-ngada, membuat-buat kesedihan dan emosi untuk menarik perhatian, dianggap perengus dan tidak penyabar, tidak kuat iman, ada masalah akidah, pemalas, dan sebagainya.
Saya sendiri pernah memikirkan bahawa saya ada masalah akidah. Berbulan saya baca Al-Quran dengan harapan jiwa saya akan jadi tenang. Namun tak berhasil. Sehingga akhirnya saya tak mahu baca Quran lagi. Mengapa tak berhasil? Kerana depresi ini adalah masalah kimia atau hormone yang tidak normal di dalam otak, bukannya masalah iman atau hati.
Ya, kehidupan saya banyak terjejas kerana hal ini. Pembelajaran, kerja program. Banyak yang tidak dapat saya lakukan dengan baik dan terpaksa saya berikan kepada rakan lain untuk menyelesaikannya.
Sudah biasa sahaja saya ditanya dengan intonasi yang melukakan hati atau menyindir tentang kenapa saya tidak hadir banyak kali ke kelas, kenapa saya selalu sahaja tidur, kenapa saya suka marah-marah dengan teruk secara tiba-tiba. Sudah biasa sahaja mendengar cerita yang mengatakan kita ini tidak beradab, tidak penyabar. Saya redha.
Manusia boleh bercakap apa yang mereka suka, tanpa mengetahui masalah apa sebenarnya yang kita hadapi pada otak kita yang tidak berfungsi dengan normal. Kita tiada kuasa untuk menghalang manusia membuat spekulasi berdasarkan apa yang mereka lihat. Tapi saya yakin kita boleh memberi didikan atau educate masyarakat kita tentang isu ini. Dan inilah yang sedang diperjuangkan oleh Minda dan Relate Malaysia untuk mengakhiri stigma tentang sakit mental. Dan inilah yang sedang saya sokong, melalui penulisan kerdil saya.

4. PERANAN PESAKIT TERHADAP DIRI SENDIRI DAN PERANAN MASYARAKAT TERHADAP PESAKIT.

Sedikit yang saya boleh kongsikan. Jika anda mengalami simptom sakit mental, jangan takut untuk bertemu dengan doktor. Jangan merasa rendah diri. Yakinkan diri bahawa ‘You are not your depression’. Ini adalah tips yang saya baca dalam artikel seorang doktor dari UK. Seorang penghidap sakit mental tidak akan mampu sembuh selagi dia belum memisahkan antara dirinya yang sebenar dengan dirinya yang menderita masalah mental. Bila kita telah berjaya memisahkan kedua ‘entiti’ dalam diri kita ini, barulah kita akan merasakan diri kita tidak teruk sebenarnya. Yang teruk itu adalah depresi kita, sakit kita, bukan kita. Sikap positif terhadap diri begini dapat membantu kita untuk sembuh. Selanjutnya dapatkan rawatan. Kuatkan semangat. Anda tidak bersendirian, percayalah.

Saya yakin, rakyat Malaysia bukanlah masyarakat yang buta sains, bukan masyarakat yang tidak jujur terhadap ilmu. Negara kita bukanlah negara yang terkebelakang dalam isu medik. Hanya satu pesanan saya terhadap masyarakat, membacalah dan dapatkanlah kefahaman tentang isu ini. Educate yourself. Banyakkan mendengar apa kata pesakit mental tentang diri mereka, apa yang boleh dilakukan untuk membantu mereka. Ini semua berbeza mengikut pesakit. Jadi jika anda mempunyai orang terdekat yang mempunyai simptom depresi, anda sendiri perlu mengenali depresi mereka dan mengatasinya bersama-sama.
Sedikit idea awal yang saya boleh kongsikan untuk anda faham tentang Mental Disorder:
"It's a disorder. It's not a decision,"
"Mental illness is a flaw in chemistry and hormone, not a character,"
"How come every other organ in your body can get sick and you get sympathy, except your brain?" —Ruby Wax
"You'd never say: 'It's a cancer, just get over it', right?"
"I'm terrified by this dark thing that sleeps in me,"
"That's the stigma. We live in a world where if you break your arm, everyone runs over to sign your cast, but if you tell people you're depressed, everyone runs the other way. That's the stigma. We're so, so accepting of any body part or organs breaking down, other than our brains. And that's ignorance,"

*****************
Saya kira cukuplah sampai di sini sahaja penulisan saya. Kepada semua sahabat-sahabat yang sentiasa berada di sisi saya hingga saat ini, saya tak mampu nak membalas kebaikan kalian. Hanya Allah yang akan membalasnya. Berada di sisi seorang yang mempunyai mental disorder dan bersabar dengan karenahnya adalah antara pengorbanan yang paling mulia bagi saya. Kerana ia tak mudah. Dan semoga dengan saya menggagahkan diri bercerita tentang pengalaman saya ini, akan mengalirkan manfaat yang besar untuk kebaikan manusia lain.

“Semoga setelah penulisan ini sampai kepada kalian yang membaca, ada jiwa-jiwa yang akan terubat, ada hubungan retak yang dapat dibaik pulih kembali, ada hati-hati yang akan lebih belas dan kasihan, ada lisan yang berfikir sebelum melontarkan kata dan kesimpulan, ada nyawa yang akan selamat, ada peluang kedua untuk sebuah kehidupan,”
Saya Nur Jehaada, dan ini kisah saya :)
Persilakan untuk share.


Sumber:oh!bulan

Kereta Lelaki Ini Dirosakkan Oleh Segelintir Peniaga Uptown Kerana Parking Terlebih Masa Di Uptown Danau Kota..



KUALA LUMPUR - Seorang lelaki luah rasa kesalnya dengan tindakan segelintir peniaga uptown yang tidak bertanggungjawab menjahanamkan keretanya hanya kerana parking terlebih di tapak niaga Uptown Danau Kota. 

Lelaki yang tidak didedahkan nama itu tidak menyangka segelintir peniaga uptown tergamak merosakkan keretanya sehingga terpaksa mengeluar wangnya sendiri untuk membaiki kenderaannya. 

Aduan dari mangsa (sumber: Orang Wangsa Maju)

Bila dah jadi begini, aku tak boleh bersabar lagi. This is another level. Kalau korang yang tak tahu, kawasan uptown ini kawasan shop lot atau office lot lama. Senang cakap, banyak orang lama duduk sini. 10-30 tahun punya cerita, bila uptown muncul, awal-awal okey, tetapi lama-lama k.o. Bagi hangin satu badan saja. 

Tapak lot dah dibagi, korang pasang di situ saja, tak boleh ke? Ini tidak, pasang sampai parking kereta. Selepas itu korang angin bila orang parking kereta di situ. Korang pecahkan kereta, calarkan, patahkan, conteng-conteng apa kes? 

Kononnya uptown nak tolong orang Melayu berniaga, cari duit lebih. Ini dah macam tolong ajar jadi samseng saja. Walaupun kereta itu kacau tempat itu, beri amaran bertulis saja tak cukup ke? Ini dibaraikan kereta orang, kenapa? Bukan kitorang parked berbulan-bulan di situ.

Sekarang, beribu riban duit perlu dibelanjakan untuk repair. Nak minta korang bayar gantirugi? Memang haramlah, korang confirm tak ada duit. 

Ini bukan kereta pertama menjadi mangsa korang. Banyak lagi kes yang sama dah berlaku. Yes, korang akan cakap tak semua peniaga samseng atau yang sewaktu dengannya tetapi berniaga biarlah beradab. 

Laporan polis telah dibuat, rakaman CCTV dalam proses. Korang tunggulah. Tak dapat di dunia, di akhirat nanti ada. Merangkaklah korang nanti cari orang-orang yang teraniaya ini. 

Berdasarkan gambar, mangsa menerima sekeping nota yang juga menyebutnya sebagai babi, selain bahagian bonet depan dan tapi pintu keretanya dicalarkan dengan sengaja. Malah belakang bonet keretanya turut dikemekkan. 


Ekoran kejadian itu, mangsa membuat laporan polis dan mahu tindakan tegas dikenakan terhadap pelakunya. 


Dalam masa yang sama, mangsa menjelaskan bukan niatnya mahu memburukkan peniaga uptown, namun dia sudah hilang kesabaran apabila keretanya dengan sengaja dirosakkan.


Kejadian seperti ini tidak sepatutnya berlaku. Dalam Akta Pelindungan Pengguna, individu yang merosakkan harta benda orang awam boleh didakwa dan jika didapati bersalah, pelaku boleh dikenakan hukuman penjara atau denda, atau kedua-duanya sekali.-PENMERAHPRESS-


Kisah Pengajaran, dua beradik ke mahkamah hanya untuk berebut hak penjagaan ibu kandungnya. Masya Allah..



Di Malaysia realitinya anak kandung menuntut ibunya atau ayahnya di mahkamah hanya kerana wang atau geran tanah, rumah dan harta yang lainnya. Tapi, di Saudi, dua adik beradik ke mahkamah hanya untuk berebut hak penjagaan ibu kandungnya. Masya Allah...


SENGKETA DUA BERADIK HINGGA KE MAHKAMAH

Dua Orang Adik Beradik di Saudi Arabia bergaduh dan merebut HAK penjagaan ibu hingga ke mahkamah. Di salah satu pengadilan Qasim, Kerajaan Saudi Arabia, Hizan al Fuhaidi dengan air mata yang bercucuran, menangis sehingga membasahi janggutnya. Kenapa? Kerana ia kalah terhadap kepada saudara kandungnya di mahkamah.

Tentang apakah kekalahan dengan saudaranya? Tentang tanah atau harta? Bukan kerana itu semua. Ia kalah terhadap saudaranya berkenaan hak penjagaan ibunya yang sudah tua & bahkan hanya memakai sebuah cincin timah di jarinya yang telah kusam.

Seumur hidupnya, beliau tinggal bersama Hizan yang selama ini menjaganya, tatkala beliau telah semakin tua, datanglah adiknya yg tinggal di kota lain, untuk mengambil ibunya agar tinggal bersamanya, dengan alasan, kemudahan kesihatan dan lain-lain di kota jauh lebih baik daripada di desa.

Namun Hizan menolak dengan alasan, selama ini ia mampu untuk menjaga ibunya. Perbalahan ini tidak berhenti sampai di situ, sehingga berlarutan ke mahkamah.

Sidang pun bermula hingga sang hakim pun meminta agar sang ibu hadirkan di mahkamah. Kedua bersaudara ini mendukung ibunya yang sudah tua yang beratnya sudah tidak sampai 40 kilogram.

Hakim bertanya kepadanya, siapa yang lebih berhak tinggal bersamanya. Ibu itu memahami pertanyaan hakim, ia pun menjawab, sambil menunjuk kepada Hizan, "Ini mata kananku". Kemudian menunjuk kepada adiknya sambil berkata, "Ini mata kiriku".

Hakim berfikir sejenak kemudian memutuskan hak penjagaan kepada adik Hizan,
berdasar pertimbangan kemaslahatan bagi si ibu.

Betapa mulia air mata yg dikeluarkan oleh Hizan. Air mata penyesalan kerana tidak dapat memelihara ibunya tatkala beliau telah meningkat usianya semakin lanjut. Dan, betapa bangga dan agungnya seorang ibu, direbut oleh anak-anaknya hingga seperti ini.

Andai kata kita dapat memahami, bagaimana seorang ibu mendidik kedua anak lelakinya hingga ia menjadi ratu dan mutiara termahal bagi anak-anaknya.

Ini adalah pelajaran dan pengajaran yang sangat mahal tentang berbakti kepada orang tua di zaman yang sudah hampir kiamat ini betapa banyak anak yang derhaka.

Ya ALLAH, Roob kami!! Anugerahkan kepada kami keredhoan ibu kami dan berilah kami kekuatan agar selalu dapat berbakti kepadanya. Aamiiin, Aamiin ya Rabbal'alamiin.

Cara Yang Betul Mencuci Kemaluan Menurut Islam, Jangan Ambil Mudah..

Kenapa penting untuk kita bersihkan kemaluan kita dengan betul?
Ramai orang merasakan diri mereka cukup bagus dengan banyak amal ibadah, bersedekah dan lain lain, tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka.
Saidina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan mayat seorang lelaki tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan lelaki itu. Lalu disuruh orang membukakannya. Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala kemaluan mayat lelaki itu.
Saidina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk membunuhnya. Tetapi ular itu tiba-tiba berkata-kata. Katanya 
”Apakah salahku kerana aku diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan”. 
Setelah diselidiki amalan lelaki itu semasa hayatnya, jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya setelah selesai membuang air kecil.
Cara Yang Betul Mencuci Kemaluan Menurut Islam
LELAKI:

Selepas membuang air kecil, disunatkan berdehem 2 atau 3 kali supaya air kencing betul-betul sudah habis keluar. Lepas itu, urutlah kemaluan dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran. Kemudian basuhlah dengan air sebersihnya.

WANITA:

Apabila membasuh kemaluan, pastikan dicuci bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih. Bukan dengan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.