(AWAS) PDRM Guna Kamera Lebih Canggih (KAMERA SNIPER) Sempena Tahun Baru Cina l Kelajuan Anda DiPERHATIKAN !!!



Berdasarkan rekod PERKESO, kematian terutamanya golongan pekerja meningkat setiap tahun malah angka semakin merisaukan apabila tibanya musim perayaan. 

Tahun ini, bagi mengurangkan angka kemalangan dan juga kematian, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan operasi secara besar besaran untuk melancarkan pergerakan lalulintas, mengurangkan kadar kemalangan jalanraya khususnya kemalangan maut dan kes kes pecah rumah pada musim Perayaan Tahun Baru Cina.



Pemandu yang didapati melakukan kesalahan seperti menggunakan lorong kecemasan dan memotong di garisan berkembar ketika Ops Selamat dijalankan pada Tahun Baru Cina 2017 iaitu 21 Januari sehingga 5 Februari ini akan terus dihadapkan ke mahkamah seandainya gagal membuat pembayaran kompaun pada tarikh atau jangkamasa yang telah ditetapkan. Sekiranya gagal hadir ke mahkamah, waran tangkap akan dikeluarkan.

Operasi juga akan ditingkatkan di lokasi lokasi yang seringkali kerap berlaku kemalangan. Kalau dulu kita akan nampak polis trafik dengan tripod kamera tapi untuk tahun 2017, polis trafik mengambil pendekatan baru dengan menggunakan kamera yang lebih canggih dan tidak memerlukan polis untuk hanya statik berada pada satu satu kawasan sahaja.  


Kamera ini bukan hanya boleh dipegang malah boleh menangkap imej kenderaan yang melebihi had laju dengan kelajuan yang tepat dengan cepat. Seumpama sniper tapi dalam bentuk kamera. Alat penembak had laju ini juga dapat menghasilkan gambar/imej yang membolehkan pihak polis trafik menahan pesalah di sepanjang lebuh raya.

Kalau dahulu, para pesalah jalanraya masih boleh terlepas, tetapi kini, khabarnya dengan kecanggihan alat ini, pesalah yang membuat kesalahn di Skudai, Johor boleh ditahan di Tol Sungai Besi, lengkap dengan bukti imej pesalah dan tarikh hadir ke mahkamah (sekiranya gagal membayar kompaun). Canggih bukan? 



Ops Selamat kali ini bukan hanya memfokuskan kepada kesalahan jalanraya malah juga melibatkan kes pecah rumah di mana ramai yang meninggalkan rumah ketika musim perayaan. Mereka yang balik bercuti raya dinasihatkan supaya mengunci rumah dan memberitahu kepada jiran supaya tiada perkara tidak diingini berlaku.


Dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga jaga antaranya;

Jangan Memandu di lorong kecemasan
Jangan memotong di garisan berkembar
Jangan menggunakan telefon bimbit ketika memandu

Patuhi Had LAJU
Pakai talipinggang keledar 
Pakai topi keledar ketika membawa motor
Pastikan mendapat rehat secukupnya sebelum bertolak ke destinasi

PANDU CERMAT, JIWA SELAMAT

Info: PDRM
Kredit: PERKESO







0 comments:

5 Barang Yang Dapat Menunjukkan Anda Nampak Lebih Bergaya/actif Dalam Golongan Remaja!. Anda Pasti Terkejut Dengan No 5..!!




Barang ke-1: Smartphone bukan button phone 

Perlu diakui ia kini menjadi pilihan utama remaja masa kini. Bukan sahaja sebagai alat perhubungan malah fungsinya yang pelbagai menyebabkan permintaan terhadapnya di luar jangkaan.

Honor 6 Plus misalnya, menjadi kegilaan remaja kerana dilengkapi pelbagai ciri menarik termasuk: 
- skrin paparan 1080p berukuran 5.5-inci

- Pemprosesan Huawei Kirin 925 yang menyokong LTE Cat.6 dengan kelajuan sehingga 300Mbps

- 3GB RAM dan 32GB memori simpanan dalaman pastinya mencabar keinginan remaja untuk memilikinya.

- Bukan sekadar alat perhubungan malah kelajuannya menyebabkan kebergantungan terhadapnya melebihi sebagai alat perhubungan malah dapat berfungsi sebagai alat hiburan

- Fizikalnya yang mudah dibawa dengan bentuk sangat ekslusif menyebabkan ia begitu diminati sesiapa sahaja



Barang ke-2: Jam tangan digital 

- Pastinya ia lebih menjadi pilihan berbanding jam tangan biasa yang hanya mempamerkan masa dan tarikh.

- Teknologi terkini yang menjangkau evolusi yang menjurus ke arah konsep paling canggih apabila pengeluar produk elektronik bersaing menghasilkan rekaan termoden dengan fungsi terhebat.

- Jam digital berjenama Samsung Gear S misalnya, membolehkan remaja menterjemah semua perkara yang berhubungan dengan smartphone.

- Dikategorikan sebagai smartwatch yang mana jam tangan pintar ini memiliki design yang futuristik dengan layar melekung dan berkotak menyebabkan ia menjadi idaman dalam kalangan pecinta smartwatch di seluruh dunia.


Barang ke-3: Cermin mata 

- Cermin mata diperlukan remaja yang mementingkan gaya dan penampilan kerana menampakkan mereka lebih versatile.

- Bagi remaja yang mengutamakan gaya dalam penampilan, kehadiran cermin mata bukan sahaja membuatkan mereka tampil lebih yakin malah mengklasifikasikan mereka sebagai golongan high class.



Barang ke-4: Sport shoes dan bagpack 

- Dua barangan yang penting terutama bagi remaja yang mementingkan keselesaan, ranggi dan ringkas

- Memiliki dua barangan ingin sudah cukup untuk menggambarkan bagaimana kehidupan mereka lebih bersahaja tetapi dalam konteks yang tampak mewah.

Barang ke-5: Honda BeAT 

- Ditampilkan dengan reka bentuk terkini dan ekslusif dengan dilengkapi slim body, sharp design, trendy headlight, smoky tailing, digital meter dan technology terunggul - CBS, eSP dan PGM-Fi. 

- Model ini baru dilancar di UKM bulan lepas dan mendapat balasan yang meriah di kalangan student dan remaja 

- Idea ini diambil dari catalogue kami (Honda BeAT) di mana kami nak positionkan Honda BeAT ini sebagai gajet gaya remaja. 


- Menggabungkan reka bentuk trendy dan bergaya dengan Sistem Brek Combi (CBS) Honda, skuter pertama diiktiraf memenuhi standard Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) di Malaysia ini diyakini mampu memenuhi kehendak semasa.

- Dipercayai mampu mengurangkan pencemaran karbon terhadap alam sekitar ini tergolong sebagai Active Lifestyle Device (Gaya Hidup Aktif), dan direka untuk menyokong serta memudahkan kehidupan serba pantas generasi muda masa kini. 

- Dilengkapi Sistem Brek Combi atau CBS (Combi Brake System), Honda BeAT pastinya menjadi model keluaran Boon Siew Honda yang paling unik apabila menonjolkan ciri- ciri terkini dan serba moden dengan menggunakan teknologi keselamatan lanjutan.





- Terdapat empat pilihan warna bagi model yang dilengkapi dengan dua tahun atau 20,000 kilometer jaminan pengeluaran (yang mana berkenaan) ini, iaitu Vital Metallic Blue, Pearl Magellanic Black, Viva City Red dan khusus untuk wanita, Angel Pink. 

- Harga pasaran termasuk GST RM5, 565 



Bagi mendapat maklumat lanjut mengenai Honda BeAT, sila kunjungi laman web www.boonsiewhonda.com.my atau 



HUBUNGI:1800-88-3993

0 comments:

Persahabatan Kajol dan Karan Johar Musnah Kerana Twitter?



Karan Johar, pengarah filem Bollywood mempunyai hubungan yang baik dengan Kajol sebelum ini yang pernah berlakon dalam filem arahannya itu Kuch Kuch Hota Hai dan Kabhi Kushie Kabhi Gham. 



Namun, persahabatan mereka musnah kerana twitter apabila filem Ae Dil Hai Mushkil ditayangkan pada masa yang sama dengan filem suami Kajol, Ajay Devgan.

Ajay lantang menuduh Karan merasuah kepada seorang pengkritik filem terkenal di Bollywood mengundang kemarahan Karan malah Kajol juga menyokong tindakan Ajay.

Menurut Karan, beliau tidak mahu mendengar apalagi berjumpa dengan mereka berdua dan tidak mahu Kajol kembali dalam hidup dia. 

Selepas 25 tahun, semuanya berubah. 


0 comments:

Tanpa Majlis Gah, Hazama-Genervie Kam Selamat Diijabkabul

Kredit FB: Encik Abid

Penyanyi yang terkenal dengan lagu "Di Amaran Mama" yang bakal berentap di ANugerah Juara Lagu ke-31, Hazama telah selamat diijabkabul dengan pengarah muzik terkenal, Genervie Kam di sebuah villa yang terletak di Gombak, Kuala Lumpur.


Hazama sebelum ini sememangnya tidak mahu mengadakan majlis besar-besaran kerana hanya mahu menjalankan yang wajib di sisi agama saja.

Pasangan ini selamat bergelar suami ister pada pukul 10.30 pagi tadi dengan mas kahwin RM300.

Ini adalah perkahwinan kedua Genervie Kam dan perkahwinan pertama Hazama. Kegembiraan Hazama turut dikongsikan di instagram beliau.

Kredit Instagram: Hazama




0 comments:

Ryan Lancar Baca Al Fatihah Ketika Solat,Peminat Puji Cara Ning Baizura Didik Anak


Ryan Sky Dalton, 3 tahun merupakan anak kepada penyanyi Ning Baizura dan juga Omar Shariff Christopher Layton Dayton yang berkahwin pada 31 Januari 2008. 


Semalam di instagram Ning, Ryan dilihat bersolat dan lancar membaca surah al Fatihah. Peminat peminat menghujani komen komen yang positif dan kagum dengan cara Ning mendidik Ryan. 


Di kapsyen tersebut, Ning mengatakan anaknya Ryan dalam proses belajar dan masih tidak sempurna namun sebagai ibubapa, mereka bangga dengan apa yang dicapai oleh anaknya itu. 



0 comments:

Padam Gambar di Instagram, Lindsay Lohan Peluk Islam?



Lindsay Lohan  sebelum ini seringkali dikaitkan dengan berita memeluk Islam setelah banyak kali memberi isyarat yang dia sedang mendalami agama Islam.


Lindsay dilihat bersiar-siar dengan mengendong senaskah Al-Quran selepas perbicaraan beliau atas kesalahan memandu di Brooklyn. Dia juga dikatakan berkongsi cerita sedang mempelajari bahasa Arab menerusi akaun Twitternya.

Perubahan demi perubahan dilihat dari Lindsay apabila dilihat di antara selebriti yang kurang kontroversi malah pernah menjalani misi kemanusiaan di Syria.

Dua tiga hari ini, Lindsay mengejutkan peminatnya apabila memadam kesemua gambar di instagram dengan menulis caption 'Alaikum Salam' di instagramnya. 

Ekoran itu, pelbagai spekulasi timbul sehingga ada yang mempersoalkan sama ada dia sudah memeluk islam.



Apapun, semoga beliau dibuka kan hati untuk terus dekat dengan Islam. InsyaAllah.



0 comments:

Viral Dituduh Menipu OKU.. inilah Ugutan Yang Buat Wanita Ini Takut Untuk Keluar Rumah



Johor Bahru - Seorang wanita yang rabun teruk di mana baru baru ini viral apabila dikatakan menipu sebagai buta mendakwa kini ketakutan untuk menjual tisu sebagai pendapatan apabila menerima pelbagai kecaman dan juga ugutan.


Menurut wanita terbabit yang berumur 42 tahun, kini beliau takut untuk keluar rumah selepas menerima pelbagai ancaman termasuk ada yang magu mencungkil matanya selepas tersebarnya video dia memasukkan sejumlah besar wang penjualan tisu di atm. 


''Selepas video saya jadi viral, saya jadi takut sebab ada yang nak cucuk mata saya''

Beliau yang juga merupakan OKU tahap rabun teruk menafikan dakwaan menipu menjadi buta dan meraih pendapatan besar dengan menjual tisu. 


Laporan polis juga telah dibuat ekoran tersebarnya video tersebut. 

0 comments:

Peniaga Tergamam Ayam Miliknya Menghasilkan Telur Bersaiz Syiling 10 Sen



Sepang: Seekor ayam menjadi sensasi apabila menghasilkan sebiji telur bersaiz syiling 10 sen. Pemilik ayam tersebut, Fendi Baharudin 45, berkata, ayam miliknya itu yang dikenali dengan nama Che Mek mengeluarkan 2 biji telur yang kecil malah lebih kecil dari telur puyuh. Che Mek merupakan ayam hutan kacuk ayam kampung. 

Fendi juga berhasrat untuk membawa telur ayam nya itu ke makmal untuk membuat kajian bagaimana telur itu boleh menjadi kecil daripada saiz biasa. 

Sehingga kini, kedua telur itu dijaga dengan rapi kerana sangat sensitif dan mudah untuk pecah. 

Katanya menerusi harian metro, dia membela haiwan itu sebagai hobi untuk isi masa lapang dan tidak berhasrat untuk menjual telur ayam berkenaan. Sejak menjinakkan diri dalam ternakan ayam, ini merupakan kali pertama Fendi melihat telur sekecil syiling 10 sen. 

0 comments:

Selagi Saya Masih Hidup, Saya Akan Buat Yang Terbaik Untuk Anak dan Keluarga





KUALA LUMPUR - "Selagi saya hidup, saya akan buat yang terbaik untuk anak dan keluarga," demikian kata Muhammad Firdaus Khairi, 29, yang viral di media sosial selepas gambarnya dimuat naik minggu lepas menerusi harian metro. 



Menurut pemilik gambar, Muhammad Firdaus berkata walaupun cacat penglihatan namun aktiviti dan pergerakan tidak terbatas. Orang yang cacat penglihatan sepenuhnya seperti dia bukan hanya bergantung kepada penglihatan semata-mata  kerana mereka juga menggunakan deria lain termasuk pendengaran, rasa dan naluri yang dikurniakan Allah SWT. 


Muhammad Firdaus menjadi tumpuan apabila gambar dia bersama anak kecilnya, Muhammad Razin Hamizan, 8, dalam perjalanan pulang ke rumah di Sentul Timur menjadi viral. Menurut beliau lagi, setiap hari dia akan berjalan ke LRT untuk menghantar anak ke pusat penjagaan sebelum jam 8 pagi dan akan mengambil isterinya di tempat kerja di Taman Pelangi.


Isteri beliau, Noor Hidayah Ibrahim, 29 yang juga cacat penglihatan kategori rabun teruk biasanya akan membahagikan tugas jaga anak kerana keduanya bekerja. 



0 comments:

Kasih Sayang Terhadap Kucing.. Seorang Pesara Tentera Gunakan Duit Pencen Untuk Sara 47 Ekor Kucing

Kulim: Seorang pesara tentera sanggup menggunakan wang pencennya demi memberi keselesaan terhadap haiwan peliharaannya itu. Malah, Abdul Samat Lebai Salleh, 61, dan isterinya, Nurul Aini Yan, 45 menyediakan tempat khas untuk kucing mereka selain menyelimut sangkar kucing tersebut dengan tuala ketika cuaca panas.

Setiap bulan pasangan suami isteri ini mengeluarkan kos sebanyak RM600 untuk membeli makanan kucing termasuk susu bagi anak kucing menggunakan wang pencen.

Menurutnya lagi, paling penting ketika membela kucing adalah perlu menjaga kebersihan dan menjaga ketenteraman jiran. Kucing beliau hanya dibiarkan bebas di dalam rumah dan sekiranya terlepas, dia akan cari untuk di bawa pulang kerana takut menganggu jiran.

Malah, setiap hari beliau akan membasuh sangkar supaya bersih dan menyimpan hasrat untuk membina tempat kucing seakan hotel di tepi rumahnya di Taman Kenari. 

Untuk menjadikan impiannya sebagai realiti, ianya memerlukan kos yang banyak iaitu lebih kurang Rm5000 dan sepatutnya dibina dari tahun lalu namun ekoran kekurangan dana, niatnya itu ditangguhkan sementara. Kini proses pembinaan rumah kucing ini dibuat dengan menggunakan wang pencen beliau dan kan mengenakan bayaran yang berpatutan sekiranya pemilik kucing ingin meninggalkan kucing mereka di situ nanti.

Semua kucing yang dijaga oleh beliau mempunyai buku rekod kesihatan dan juga nama panggilan yang unik antaranya Atam atau Abang Long, Abu Jep, Biru-biru, Tompok, Merah, Anjang, Kembang, Mak Coreng, Black, Adik Yok, Abot, Aman, Alam, Celoreng, Apok, Uteh. Semoga dimurahkan rezeki. -PENMERAHPRESS


Credit: Harian Metro


0 comments:

(2 GAMBAR) Impian FAIZ SUBRI Bergambar Dengan CHRISTIANO RONALDO Tercapai Di FIFA 2016


Sebelum ini Faiz Subri, pemenang Anugerah PUSKAS FIFA 2016 menyimpan hasrat untuk bergambar berdua dengan pemain idola beliau, Christiano Ronaldo di pentas FIFA 2016. Semalam pastinya detik terindah buat Faiz Subri apabila impiannya itu menjadi realiti.

Lebih manis lagi, Ronaldo juga mengucapkan tahniah di atas kemenangan beliau.

Menurut Faiz lagi, ketika bergambar dengan Christiano Ronaldo, dia hilang kata kata apabila dapat bersua muka bertentang mata dengan idolanya itu. 

Faiz Subri mencipta sejarah apabila menjadi pemain Asia pertama meraih anugerah gol tercantik, Puskas sejak diperkenalkan pada 2009 dan menewaskan pencabar dari Brazil Marlone (22.86) dan Daniuska Rodriguez dari Venezuela (10.01).

Malah, Faiz juga menerima ucapan tahniah daripada penjaga gol Jerman, Manuel Neuer; Dani Alves dari Juventus dan bekas pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson. - PENMERAHPRESS

Tahniah buat FAIZ SUBRI!! 

0 comments:

Inilah KandunganText Yang Ditulis oleh Isteri Faiz Subri Ketika Menang Anugerah Fifa Puskas 2016



Sebentar tadi, Mohd Faiz Subri menjulang nama Malaysia di Zurich apabila merangkul Anugerah PUSKAS FIFA 2016 atau anugerah gol paling cantik 2016.

Dengan perasaan gemuruh dan gembira, Faiz Subri mengambil masa yang agak lama untuk memberi ucapan di atas pentas namun berjaya menghabiskan ucapan dengan sempurna. Ini adalah kandungan text yang ditulis sendiri oleh isteri beliau yang ingin di baca oleh Faiz Subri ketika menyampai kan ucapan tadi.

Apapun tahniah dan respek kepada Faiz Subri kerana cuba memberikan yang terbaik tadi. Sekalung tahniah buat FAIZ SUBRI!!


Ucapan Faiz Subri selepas beliau dianugerahkan sebagai pemenang FIFA Puskas Award di Zurich, Switzerland. Kredit : FA PENANG



0 comments:

(Video) "Assalammualaikum... " - Ucapan Penuh Faiz Subri Ketika Terima Anugerah Puskas 2016



Mohd Faiz Subri,29 tahun,  hari ini mencipta sejarah apabila menjadi rakyat Malaysia yang pertama memegang trofi berprestij di anugerah FIFA yang berlangsung sebentar tadi di Zurich. 


Beliau memenangi anugerah Puskas atau anugerah gol paling cantik bagi tahun 2016 menewaskan Jonath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan pemain wanita, Danisuka Rodriguez dari Venezuela.

Didahulukan dengan 'Assalammualaikum', Faiz kelihatan sedikit gemuruh sewaktu memulakan ucapan namun dia berjaya menghabiskan ucapan tersebut tanpa sebarang masalah.

Sejuta Ucapan Tahniah buat Faiz Subri. Anda seorang lagenda! TAHNIAH!!



Kredit video: Mohd Firdaus

1 comments:

FAIZ SUBRI Pemenang Anugerah FIFA Puskas 2016! TAHNIAH!!




Pagi ini terciptanya satu sejarah buat Malaysia, apabila FAIZ SUBRI memenangi Anugerah Fifa Puskas 2016 di Zurich sebentar tadi. Debaran ini berakhir dengan kegembiraan dan lafaz kesyukuran apabila Mohd Faiz Subri, 29, membawa pulang trofi kemenangan buat negara kita.




Pemain tengah dari Pulau Pinang itu menewaskan dua lagi calon, Jonath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan pemain wanita, Danisuka Rodriguez dari Venezuela.

Mohd Faiz subri  mencipta sejarah baru bola sepak tanah air apabila menjaringkan gol menerusi sepakan percuma dari jarak 32 meter ketika bertemu Pahang dalam saingan Liga Super di Stadium Bandaraya pada 16 Februari lalu berjaya dicalonkan dalam anugerah Puskas tahun ini. Tahniah buat FAIZ SUBRI. 






0 comments:

Seorang Kanak Kanak Lelaki Terpaksa Menahan Sakit 30 Minit, Kepala Tersepit Di Jeriji Pintu



SHAH ALAM: Malang menimpa seorang kanak kanak lelaki apabila kepala tersepit pada jeriji pintu di hadapan rumahnya dan terpaksa menahan sakit selama 30 minit sebelum diselamatkan oleh bomba.

Menurut Jurucakap Bomba, kejadian berlaku di Taman Seri Andalas Klang dekat sini pada kira-kira pukul 8.30 malam Ahad.
Pasukan bomba mengambil masa selama 5 minit untuk mengeluarkan kepala kanak kanak terbabit yang tersepit dengan menggunakan pemotong khas. 
Namun, tiada kecederaan yang berlaku dan kanak kanak terbabit dilaporkan stabil. - PENMERAHPRESS

0 comments:

"Jangan Ambil Hak Rakyat, Itu Rakyat Punya..Kalau Ada Ketirisan, Rakyat Hampa dan Hilang Keyakinan," - PM


Penahanan terbaharu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah peringatan kepada penjawat awam terhadap ketirisan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Isu ketirisan 'bersamaan dengan mengambil apa yang dimiliki rakyat' dan beliau turut mengingatkan mereka yang berkhidmat di dalam kerajaan supaya tidak mengambil hak rakyat.
"Apa yang dilakukan SPRM beberapa hari lepas mengingatkan kita mengenai ketirisan. Tentang merampas hak-hak rakyat.
"Jangan ambil hak rakyat, itu rakyat punya. Sebab apa, kita buat peruntukan, program dan bajet sediakan segala-galanya untuk rakyat. Kalau ada ketirisan, rakyat hampa dan hilang keyakinan," katanya dalam perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri yang pertama untuk tahun ini di sini Isnin.
Perdana menteri inginkan perkhidmatan awam 2017 sebagai tahun untuk menyampaikan kesejahteraan dan juga kebajikan rakyat. 
"Janganlah kita dalam silo masing-masing, mengatakan itu hak kita, orang lain jangan campur hak kita. Kalau kita ada sikap seperti ini, kita akan hadapi masalah birokrasi yang keterlaluan," katanya.
Malah menurut Perdana Menteri, tahun 2017 akan menjadi tahun yang berjaya sekiranya mindset semua perkhidmatan awam memberi fokus kepada penyampaian
.

0 comments:

'' Christiano Ronaldo Memang Idola Saya Sejak Dulu Lagi. Kalau Jumpa Beliau, Saya Pasti SELFIE Dengan Dia - FAIZ SUBRI




Mohd Faiz Subri, finalis FIFA 2016 menyimpan hasrat untuk berselfie dengan pemain idola beliau, Christiano Ronaldo.  Malah, emain Pulau Pinang berusia 29 tahun itu juga semakin teruja dan gementar apabila bakal berkongsi pentas dengan bintang bola sepak antarabangsa seperti Lionel Messi dari Argentina dan Antoine Griezmann dari Perancis.

“Ronaldo memang merupakan idola saya sejak dulu lagi. Kalau jumpa beliau, saya pasti selfie  dengan dia.
Ronaldo dijangka akan menghadiri majlis Anugerah FIFA itu untuk menerima anugerah Ballon d’Or 2016 selain dicalonkan untuk anugerah pemain terbaik 2016.
Mohd Faiz dijangka tiba di Zurich pada 7.55 malam Ahad waktu tempatan, bersamaan 2.55 pagi Isnin waktu Malaysia selepas transit di Dubai untuk majlis itu yang dijadualkan pada 6 petang waktu tempatan.
Menurutnya lagi, dia masih lagi belum membuat keputusan pakaian bagaimana untuk dipakainya nanti untuk anugerah tersebut.
“Buat masa ini saya ada tiga pasang baju Melayu dan masih belum membuat keputusan untuk pakai yang mana satu, kerana suhu di sana sangat sejuk. Jika tidak boleh memakai baju Melayu, saya akan sekurang-kurangnya ambil gambar dengan baju Melayu di Zurich,” katanya.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini berkata Faiz sudah mendapat kebenaran daripada FIFA untuk memakai baju Melayu ke anugerah berprestij itu.
Beliau ditemani isteri Norzawanis Hashim, 29, dan dua anak, Akif Fayyadh, 4, dan Muhammad Aqil Zayyan yang berusia lapan bulan.
Jaringan ajaib Faiz yang melanggar hukuman fizik yang dijaringkan ketika meraih kemenangan 4-1 ke atas Pahang, merupakan antara tiga gol yang disenarai akhir untuk Anugerah Puskas 2016.
Dua lagi calon bagi anugerah gol paling cantik sepanjang tahun lalu ialah Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan pemain wanita, Daniuska Rodriguez dari Venezuela.

0 comments:

Disebabkan RUPA Terlalu Cantik, Gadis Ini 'Dikurung' Ibu Bapa Selama 26 Tahun



Angelica Kenova, 26 tahun memiliki rupa yang sangat cantik. Namun disebabkan  memiliki kecantikan yang luar biasa, gadis ini 'dikurung' kedua ibu bapanya.


Kedua ibu bapannya risau sekiranya berlaku sesuatu pada anak perempuannya ini yang tidak pernah menikmati dunia luar.


Angelica Kenova hanya keluar dari rumah bersama pengiring dan juga pengawal keselamatan.

Menurut Kenova kedua ibu bapanya menjaganya seperti seorang puteri malah  setiap gerak gerinya dikawal rapi. Memasuki umur 26 tahun, Kenova berharap dia boleh merasai hidup seperti orang lain. 

Memiliki rupa seperti barbie menyebabkan ibu bapanya khuatir dengan kehidupan luar yang bakal dilalui oleh anak gadis mereka itu.

0 comments:

LELAKI 'POKOK' KEMBALI MENJADI NORMAL SELEPAS MELALUI 16 PEMBEDAHAN



DHAKA: Seorang lelaki yang sebelum ini mengidap ketuat di seluruh badan menjadi perhatian orang ramai dan dikenali sebagai lelaki pokok.
Kini beliau telahpun kembali normal apabila menjalani 16 pembedahan untuk membuang ketumbuhan seberat 5 kg pada kaki dan tangannya.

Abul Bajandar, 27 tahun mempunyai seorang anak perempuan merupakan salah seorang daripada 4 individu yang mengidap episermodyssplasia verruciformis.
Rawatan kepada beliau mendatangkan hasil dan mencapai hasil luar biasa dalam perubatan moden. 
“Tangan dan kakinya kini berada dalam keadaan baik. Dia akan dibenarkan pulang dalam tempoh 30 hari selepas menjalani beberapa pembedahan kecil lain untuk menyempurnakan bentuk tangannya,” tambah Samantha.
Beliau yakin Abul merupakan individu pertama menghidap penyakit itu yang berjaya dirawat apabila pasukan perubatan memberi jaminan bahawa ketuat tersebut tidak akan tumbuh semula.
Menurut Abul Bajandar, beliau tidak menyangka akan mampu memegang anakya dan tidak sabar untuk pulang ke rumah. 
Beliau menjadi selebriti selepas ke­adaan kesihatannya mendapat liputan meluas media tempatan dan antarabangsa. – PENMERAHPRESS

0 comments: