Showing posts with label HIBURAN. Show all posts

(Video) Sharnaaz Ahmad Mahukan Enam Orang Anak, 3 Lelaki dan 3 Perempuan..

IKATAN cinta di antara pelakon Sharnaaz Ahmad dan pasangannya, Noor Nabila Mohd Noor akhirnya dimeterai pada Jumaat lalu dengan sekali lafaz.

Majlis pernikahan pasangan sama cantik sama padan itu berlangsung di Hotel Royale Chulan, Damansara.
Seperti mana pasangan baharu berkahwin, Sharnaaz turut menyampaikan hasratnya untuk memiliki sebuah keluarga besar dengan memiliki enam orang cahaya mata.
“Kami belum lagi berbincang tentang perancangan keluarga kerana baharu sahaja berkahwin tapi kalau ditanya tentang anak, kalau boleh saya mahu enam orang iaitu tiga lelaki dan tiga perempuan,” katanya memetik mStar.
"Saya Mahu 6 Orang Anak," Kata Sharnaaz Ahmad
NABILA BERSAMA TIGA ADIK PEREMPUANNYA, NEELOFA, AMEERA DAN ATHISHA.
Jika Sharnaaz meluahkan bilangan anak yang diidamkannya, Nabila pula menyatakan dia tidak menghalang kerjaya Sharnaaz sebagai seorang pelakon namun ia tetap bersyarat.
“Saya hormat kerjaya lakonan dia dan tidak pernah menghalang. Saya juga yakin dia tahu jaga diri dan batansan yang perlu dijaga sebagai suami. Dia bebas berlakon tapi berbatas,” kata wanita berusia 33 tahun itu.
Pasangan ini memilih Itali sebagai destinasi bulan madu dan akan berada di sana selama tiga minggu. 



Akhirnya Akim Dan Stacy Menayangkan Gambar Anaknya Eshaal Pada Umum Di Instagram Miliknya..

Akim, Stacy Pertama Kali Tayang Wajah Eshaal

SEJAK dilahirkan pada  17 Februari lalu, wajah Eshaal anak kepada pasangan penyanyi popular, Akim dan Stacy tidak pernah lagi ditayangkan kepada umum.

Dan hari ini, bersempena 44 hari kelahirannya, Akim dan Stacy mengambil keputusan memuat naik gambar puteri mereka di laman Instagram masing-masing, sebentar tadi.
Menulis kapsyen, “Assalamualaikum semua, hari ini Eshaal sudah 44 hari usianya. Sekarang ini Eshaal kuat minum susu dan tidur saja kerana nak besar seperti Beyya (panggilan manja untuk anak angkat pasangan ini, Bella). Terima kasih yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan anak kami.”


Comel kan.

14 Gambar Menarik Menggambarkan Haiwan Dari Perspektif Berbeza dan Melucukan!..

14 imej menarik menggambarkan haiwan dari perspektif berbeza

Dua orang jurugambar telah menganjurkan anugerah Comedy Wildlife Photography Awards untuk menggalakkan orang ramai untuk melihat hidupan liar dari perspektif yang berbeza dan pada masa yang sama, berkempen untuk pelindungan haiwan.
Pada rencana ini dikumpulkan beberapa imej terbaik yang dipertandingkan untuk merebut anugerah tersebut. Semoga anda terhibur!

▼ Ada urusan penting yang perlu diselesaikan segera..
q1
 Apa agaknya yang sangat menggelikan hati sang anjing laut ini ya?
q2
 Betapa sukarnya kehidupan seekor gorila, ingin bersendirian sebentar pun tak boleh…
q3
 “Mak! tolong saya!”
q4
▼ Amboi..Gelak sakan nampak.
*** EXCLUSIVE - VIDEO AVAILABLE *** SOUTH AFRICA - APRIL 2012: A comedic photo of a cheetah appearing to find something hilarious by Dutton Robert for the Comedy Wildlife Photo Awards 2016, South Africa, April, 2012. The Comedy Wildlife Photo Awards 2016 are in full swing - with hundreds of hilarious photos being sent in from around the world. Last yearís competition featured 1,502 entries from 52 different countries, with highlights including a laughing seal, a tumbling leopard and a gorilla picking its nose - all beautifully photographed with perfect comedy timing and a strong conservation message. Among the best early entries this year are photos of a cheetah appearing to find something hilarious, a gorilla caught in an unfortunate position, and a baby elephant face-planting the ground. PHOTOGRAPH BY Dutton Robert / Barcroft Images London-T:+44 207 033 1031 E:hello@barcroftmedia.com - New York-T:+1 212 796 2458 E:hello@barcroftusa.com - New Delhi-T:+91 11 4053 2429 E:hello@barcroftindia.com www.barcroftimages.com
 Seperti memakai mutiara…
q6
▼ Kerengga pun boleh menari Tango tau! 
q7
 Bye bye awak…
q9
 ▼ Hi, cute tak saya?
q10
 ▼ Amboi.. gelak sakan nya dia..
q11
 ▼ Sabarlah sang kerbau…
q12
 Opocot! Terkejut kita..
q13
▼ “Alamak, terlepas pula! Tak de rezeki ”
q14
  ▼ Senyuman manis seekor burung hantu
q15

Adi Putra Fail Cerai Terhadap Isteri Pertama?



Perkhabaran terbaharu mendakwa pelakon Adi Putra sudah memfailkan penceraian terhadap isteri pertamanya, Aida Yusof?

Menurut laporan mStar, aktor kelahiran Singapura itu dikatakan sudah memfailkan penceraian di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 3 Mac lalu.
Menurut sumber, kes Adi akan disebut dalam masa terdekat.
Adi sebelum ini pernah memfailkan penceraian terhadap Aida lima tahun lalu, namun ia ditarik balik kerana mereka mahu menyelesaikan permasalahan dihadapi dengan sebaik mungkin.
Pelakon berusia 36 tahun itu menggemparkan industri hiburan tempatan tahun lalu apabila gambar perkahwinannya dengan seorang kakitangan kerajaan tersebar di sebuah portal hiburan.
Penularan foto akhirnya memaksa Adi mengadakan sidang media bagi menjawab persoalan tersebut di mana pelakon itu akhirnya mendedahkan dia sudah mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan Norshahida Dzolkifly, 33, pada 20 Jun 2016. – PENMERAH PRESS

Farahdhiya Cari Bakal Suami Gigi Cantik, Kaki Gimnasium & Hitam Manis


Farahdhiya bukan lagi nama yang asing dalam dunia hiburan. Menjengah usia 33 tahun, ramai yang ternanti nanti siapakah yang bertuah menawan hati beliau.


Pun begitu, naib juara Gegar Vaganza musim kedua ini menafikan hatinya telah berpunya oleh mana-mana lelaki.
Menurutnya, kegagalan percintaannya dahulu membuatkannya lebih berhati-hati dan memilih.
Pada masa yang sama dia akui, mempunyai beberapa kriteria tertentu untuk jejaka idamannya.
“Dia tidak perlu terlalu kacak atau cukup sekadar kulit hitam manis. Dia juga mesti memiliki gigi yang cantik dan gusi bersih.
“Ini paling penting buat saya kerana dengan senyuman yang menampakkan gigi dan gusi yang bersih, ia akan membuatkan raut wajah lebih bersinar.
“Dia juga mestilah ‘kaki’ gimnasium dan pandai menjaga penampilan diri. Tapi kalau dia suka mengawal dan mengatur apa yang perlu saya buat, lupakan hasrat itu,” katanya kepada BH Online.
Apapun, semoga Farahdhiya mendapat jodoh yang dinanti nantikan. InsyaAllah.

Sumber: Bh Online

9A SPM, Anak Noniswara Bakal Dapat Mini Cooper


SEMALAM merupakan antara hari yang paling gembira buat pelakon dramatis Noniswara, apabila anak keduanya, Nur Erysha Emyra Zakaria berjaya raih keputusan cemerlang 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Erysha, 18, merupakan pelajar Sekolah Menengah Aminuddin Baki mendapat keputusan cemerlang itu bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Sains, Prinsip Perakaunan, Ekonomi dan Pendidikan Islam.
“Alhamdulillah, semestinya sebagai ibu, saya berbangga, sebak dan gembira. Tiada kata-kata yang sesuai untuk menggambarkan kegembiraan ini melihatkan kejayaan seorang anak.
“Erysha anak yang berdisiplin dalam akademik. Saya tidak perlu bersusah payah hendak memaksanya, sebaliknya dia sendiri tahu apa yang perlu dibuat. Jujurnya, bukan dia seorang saja, anak-anak saya yang lain juga begitu,” katanya kepada BH Online.
Menurut Nonis lagi, atas pencapaian cemerlang itu, Erysha bakal menerima hadiah sebuah kereta Mini Cooper.
“Setakat ini, Daddy dia yang sudah berjanji untuk membelikan kereta Mini Cooper untuk Erysha jika dia cemerlang dalam SPM.
“Cuma, setakat ini dia belum lagi meminta apa-apa hadiah daripada saya,” ujarnya lagi.
Bercerita mengenai perancangan masa depan, Erysha dijangka bakal mengambil bidang perakaunan. - PENMERAH PRESS

Sumber: BH ONLINE

Doktor Sahkan Amyra Rosli Kini Mengandung Tujuh Minggu - Amar Baharin




Petaling Jaya - Amyra Rosli, aktres cantik isteri kepada pelakon Amar Baharin kini disahkan doktor telah hamil  tujuh minggu, lapor Mstar Online.



Amyra dibawa ke hospital swasta di ibu negara untuk mendapatkan rawatan setelah dipercayai sakit perut.



Menurut Amar Baharin, doktor baru sahaja mengesahkan Amyra kini mengandung setelah menjalani pemeriksaan termasuk imbasan.

Malah, Amar juga memberitahu, sejak beberapa minggu lepas, isterinya mengalami simptom-simptom kehamilan tetapi tiada kesempatan untuk membuat pemeriksaan sehinggalah malam tadi Amyra mengadu sakit perut yang memaksa Amar menghantar Amyra ke hospital untuk rawatan lanjut.


Melalui akaun Instagram milik Amyra Rosli, satu gambar telah dimuat naik olehnya yang memaparkan Amar sedang menemani Amyra ketika berada di hospital.



Amar juga menjelaskan Amyra dinasihatkan berehat untuk selama dua minggu bagi memastikan kandungannya benar-benar kuat. Berkemungkinan dia juga akan berehat sementara waktu dalam bidang lakonan. Tahniah buat Amar dan Amyra. - PENMERAH PRESS

Video: “Jangan Solat Macam Anjing” – Fynn Jamal


Penyanyi yang telah berhijrah dan memakai purdah, Fynn Jamal telah membuat kenyataan yang telah dikecam teruk oleh netizen.


Fynn Jamal mengeluarkan kenyataan bahawa sembahyang lelaki dan perempuan adalah sama. Malah Fynn juga mengatakan sembahyang cara perempuan adalah seperti sembahyang seperti anjing. 

Menurutnya, setiap perempuan tidak perlu bersujud dengan merapatkan kedua-dua lengannya yang mana perbuatan itu seolah-olah merujuk kepada seekor anjing.

“Solat perempuan dan lelaki adalah sama, kak fynn ulang ya, sama. Jadi kita (perempuan) selama ni bersolat seperti malu-malu, menutup ketiak itu adalah perbuatan yang salah,” ujarnya menerusi video.
Katanya lagi, sujud dengan menurunkan lutut dahulu adalah salah, sebaliknya harus sujud dengan menggunakan tangan dahulu, kemudian diikuti dengan pergerakan lutut.
Ekoran itu, netizen mula mempersoalkan dakwaan itu sehinggalah ia mengundang pelbagai kecaman dari pelbagai pihak, termasuk daripada segelintir ulama dan pengamal ilmuan Islam.
Menjawab kepada ‘fatwa’ penyanyi itu, seorang ilmuan islam, Abdul Rahman menerusi perkongsian di laman tampil menafikan dan mengatakan bahawa tidak menjadi kesalahan semasa turun sujud menggunakan lutut atau tangan terlebih dahulu kerana kedua-duanya adalah betul.
Rahman menjelaskan di mana keempat-empat mazhab iaitu Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali menyuruh wanita rapatkan lengan ketika sujud dan rukuk. Jom ikuti penjelasannya.

M A Z H A B  H A N A F I :
Disebutkan dalam Kitab Al-Durr Al-Mukhtar:
“Dan (ketika sujud) wanita hendaklah lengannya diturunkan/direndahkan (ke lutut) supaya dia tidak menzahirkan kedua lengannya. Dan hendaklah dia MERAPATKAN perutnya dengan kedua pehanya kerana yang demikian itu lebih tertutup. Dan kami telah tulis dalam Al-Khazain (mungkin nama kitab Hanafi) bahawa (solat) wanita berbeza dengan lelaki dalam 25 perkara.”
M A Z H A B  M A L I K I :
1) Kata Ibnu Abi Zaid Al-Qairawani dalam Matan Al-Risalah (matan muktabar dalam fiqh Mazhab Maliki):
“Dan keadaan wanita dalam solat ialah seperti orang lelaki, cuma wanita MERAPATKAN dan tidak meluaskan kedua pehanya dan KEDUA LENGANNYA.”
2) Kata pengarang Al-Syarh Al-Kabir:
“Bahawasanya wanita disunatkan MERAPATKAN (anggota badannya) ketika rukuk dan sujudnya.” 
Kemudian Imam Al-Dusuqi menghuraikan maksud kalam di atas dalam Hasyiah-nya:
“Iaitu: wanita hendaklah MERAPATKAN perutnya dengan pehanya, dan sikunya dengan lututnya.”
M A Z H A B  S Y A F I E :
1) Untuk Mazhab Syafie, kita bagi Matan Abi Syuja’ je lah:
“Dan wanita MERAPATKAN anggotanya antara satu sama lain.”
2) Atau kalau nak rujuk Imam Syafie terus pun boleh. Kata beliau dalam Kitab Al-Umm:
“Dan lelaki serta wanita adalah sama dalam hal zikir dan solat. Tetapi aku memerintahkan agar wanita menutup selain daripada apa yang dilakukan oleh lelaki ketika rukuk dan sujud, iaitu dengan MERAPATKAN sebahagian anggotanya dengan sebahagian yang lain.”
M A Z H A B  H A N B A L I :
Imam Ibnu Qudamah menyebutkan dalam matan Fiqh Hanbali yang masyhur yang bernama Al-Muqni’:
“Dan wanita sama seperti lelaki dalam semua hal tersebut, kecuali wanita menghimpunkan dirinya (merapatkan anggota badannya) ketika rukuk dan sujud.
“Keempat-empat mazhab menyuruh wanita rapatkan lengan ketika sujud dan rukuk,” tulisnya.
Apa-apa pun walaupun Fynn telah dikecam hebat oleh netizen, tetapi Rahman meminta semua pihak untuk tidak menghentam dan mencaci penyanyi itu. Malah, meminta Fynn untuk mencari guru fiqh yang bermazhab dan bukan yang baru nak mula mencipta mazhab. - PENMERAH PRESS

Fazura Dikecam NETIZEN Kerana Twit ‘Iman Senipis Kulit Bawang’


Dua tiga hari ini rakyat Malaysia sudah sedia maklum tentang penangguhan tayangan filem Disney terbaharu iaitu Beauty and the Beast yang cukup dinanti ramai. 

Isu penangguhan itu dikatakan disebabkan salah satu babak dalam filem itu yang mengandungi adegan homoseksual.
Malah isu ini juga turut mendapat perhatian selebriti popular tanah air, Nur Fazura.
Fazura yang mungkin sedikit kecewa dengan isu penangguhan itu ada memuat naik twit di laman mikro Twitter, menulis; “Tayangan Beauty & The Beast dibatalkan hanya kerana? Haih… Saya tak sangka iman mereka senipis kulit bawang.”

Kebanyakan netizen mengambil peluang di atas twit tersebut untuk ‘membahan’ kembali Fazura.
Antaranya, “Saya harap Malaysia banned awak menyanyi. Sebab iman saya senipis kulit bawang, asyik termaki je.”
“Gegendang telinga saya senipis kulit bawang bila dengar awak menyanyi,” tulis Pot2yed2 pula.
Kudinkun pula menyifatkan Fazura perlu mencerminkan dirinya terlebih dahulu sebelum mahu mempertikaikan tahap keimanan orang lain.
Ayat ‘iman senipis kulit bawang’ juga merupakan antara dialog popular yang diungkapkan pelakon berusia 34 tahun itu ketika membintangi filem terbitan Red Communications iaitu Manisnya Cinta Di Cappadocia, lakonannya bersama Shaheizy Sam. 


(GAMBAR) Anak Adira dan Dato Red Yang Dinamakan Anggerik.. Putih Melepak!



Penyanyi terkenal Adira telah pun selamat bergelar ibu pada 10 Mac lalu dan melahirkan seorang anak perempuan yang comel.

Semenjak bayi perempuan yang diberi nama Anggerik ini dilahirkan, baik Adira mahupun suaminya, Datuk Red masing-masing mengambil pendekatan tidak mendedahkan terlalu awal wajah bayi perempuan mereka kepada peminat.
Namun, atas permintaan peminat, Datuk Red telah memuat naik wajah Anggerik di laman Instagramnya.
Perkongsian gambar Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu itu nampaknya menarik perhatian ramai pengikutnya.
Rata-rata dilihat memuji kecomelan anak sulungnya bersama Adira yang disifatkan memiliki kulit putih gebu.
Difahamkan, Adira bakal mengadakan majlis akikah untuk Anggerik pada bulan Mei ini.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand.
Adira merupakan isteri kedua Datuk Red, manakala Anggerik merupakan anak keempat bagi ahli perniagaan itu. 

Sebelum Ini Fattah Amin, Kini Giliran Saharul Ridzwan Jadi Penyanyi?




BENTONG: Pelakon Saharul Ridzwan dikhabarkan akan menghasilkan lagu dan menjadi penyanyi tidak lama lagi.

Khabar angin itu timbul selepas pelakon yang popular menerusi drama Hati Perempuan itu memuat naik gambar bersama komposer terkenal iaitu Ajai di Instagram.

"Saya berjumpa dengan Ajai kerana ingin membincangkan sebuah projek melibatkan kami berdua.

"Tidak semestinya ia berkaitan saya akan bergelar penyanyi dan boleh jadi saya bakal hasilkan sebuah buku, manalah tahu, ada rezeki.




"Namun boleh jadi juga saya bertemu dengannya untuk latihan vokal," katanya menerusi  mStar Online.


Dalam pada itu, Saharul tidak menafikan minatnya dalam bidang nyanyian malah menyimpan hasrat bergelar penyanyi sebelum aktif dalam lakonan.

"Tak salah rasanya jika seorang pelakon mencuba menjadi penyanyi, Insya-Allah kalau ada rezeki saya ingin mencabar diri untuk menyanyi.

"Alhamdulillah jika perkara itu terlaksana ia ibarat impian jadi kenyataan!," ujarnya.



Credit: MSTAR

Sweetnya, Lepas Tudung, Aeril Hadiahkan Wawa… Kejutan Istimewa..


JIKA sebelum ini pelakon Aeril Zafrel membuat kejutan dengan menghadiahkan sehelai tudung bercetak khas ‘pesanan cintanya’ buat isteri tersayang, Wawa Zainal sempena meraikan ulang tahun perkahwinan mereka pada bulan Februari lalu, kali ini ada lagi satu kejutan yang cukup sweet dilakukan aktor itu khas buat suri hidupnya itu.


Baru-baru ini, pasangan ini telah bercuti di Lombok, Indonesia dan tanpa disangka oleh Wawa, Aeril sebenarnya telah menempah perkhidmatan video dari produksi CST yang cukup terkenal dengan pembikinan video pra perkahwinan di kalangan selebriti.
Menurut Aeril, isterinya itu sudah lama teringin bekerja dengan CST dan kali ini Aeril berjaya menunaikan impian isteri kesayangannya itu.
Lalu terhasillah video tarian hindustan Aeril dan Wawa mengikut irama lagu dari filem hindustan terkenal, Kaho Na Pyar Ya Hair lakonan Hitrik Roshan dan Amesha Patel.
Wawa yang teruja dengan kejutan itu memuat naik satu status di Instagram; The best birthday surprise ever (kejutan hari lahir yang terbaik).”
Pasangan romantis ini berkahwin pada 25 Februari 2012 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Ahmad Fakharuddin Attar, 4, dan Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa, 2 tahun.

`Ada sebab kami rahsiakan pernikahan' - Mat Dan




KUALA TERENGGANU: Selebriti Mat Dan atau nama sebenarnya, Kareef Daniel Abdullah, 28, mengakui merahsiakan majlis pertunangan dan pernikahannya hari ini kerana menghormati ibu mentuanya yang masih dalam tempoh edah. 

Jejaka 'Mat Saleh' yang popular kerana fasih bertutur loghat Terengganu itu mengesahkan bernikah dengan gadis pilihannya selepas solat Asar petang tadi, di rumah keluarga isterinya di Taman Permint Permai, Kampung Bukit, Chendering, di sini. 

Beliau yang masih berpakaian persalinan nikah ketika ditemui di rumah keluarga isterinya di Taman Permint Permai sebentar tadi, bagaimanapun enggan mendedahkan lanjut mengenai isterinya serta butiran majlis hari ini. 

"Tak mengapalah, saya tak mahu cerita lanjut. "Kami memilih mengadakan majlis tertutup dan hanya menjemput keluarga terdekat kerana menghormati ibu mentua yang masih dalam edah. "Cuma kami merancang mengadakan majlis persandingan pada akhir tahun ini," katanya. 

Majlis pernikahan antara Mat Dan, dan gadis pilihannya yang dikatakan bertugas sebagai pramugari itu menjadi viral di laman sosial, selepas pasangan terbabit bertunang pada majlis serba ringkas pada sebelah pagi.


Adakah Ini Bakal Isteri Hafiz Hamidun..?? Cantik Orangnya..





Hafiz, 33, berkata dia merancang untuk menikahi wanita berkenaan sebelum umat Islam menyambut Ramadan pada Mei depan.


"Bagi pihak saya, memang dirancang untuk menikah sebelum Ramadan dan majlis resepsi akan diadakan selepas raya tahun ini.



"Saya tak rancang untuk bertunang, sebaliknya mahu terus bernikah.





"Saya berdoa semoga perancangan saya untuk berkahwin kali ini berjaya... insyaAllah,"



"Kami kenal antara satu sama lain sudah lama tetapi sejak dua bulan lalu kami mula berkawan dengan serius.


"Dia yang pernah berkahwin dan mempunyai anak sudah tahu mengenai hala tuju hubungan kami. Saya juga sudah memberitahu niat ikhlas saya untuk memperisterikannya," kata Hafiz.

Hafiz bagaimanapun masih berahsia mengenai wanita berkenaan termasuklah bilangan anak bakal isterinya itu.



Namun disebalik itu, ramai yang ingin mengetahui siapa kah wanita bertuah yang berjaya menambat hati beliau. 




Semua hampir terjawab apabila pemilik hati hafiz hamidun menaikkan status di facebook dengan hashtag yang sama iaitu #HJ. Siti Arifah Amin atau lebih dikenali dengan nama Joy Revfa merupakan pengasas kepada kosmetik MERVE. 



Sekalung tahniah kami ucapkan buat Hafiz Hamidun dan Joy Revfa.. Semoga semuanya dipermudahkan. 

Elfira Bukan Punca Saya Putus Cinta - Sufian Suhaimi



PENYANYI Sufian Suhaimi menafikan dakwaan mengatakan dia sanggup meninggalkan bekas teman wanitanya semata-mata demi mengejar cinta pelakon Elfira Loy.

Sufian Suhaimi yang popular dengan lagu Terakhir, memberitahu dia putus cinta bukanlah disebabkan individu ketiga seperti mana yang didakwa netizen.
Malah, dia langsung tidak berasa tertekan dengan hal tersebut yang sedikit sebanyak ‘mencalarkan’ imejnya sebagai seorang penyanyi.
“Saya tidak tertekan, malah menganggap semua itu hanya sekadar usikan yang tidak serius. Saya ingin tekankan, saya dan Elfira hanya kawan biasa. Hubungan cinta saya yang berakhir sebelum ini juga tiada kaitan dengan Elfira.
Sufian, 25, berkata, kebanyakan pengikut laman sosial tidak mengetahui perkara sebenar bahawa hubungan dia dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Izyan itu sudah berakhir sejak beberapa bulan lalu.

"Ramai yang marah dengan saya kerana mereka baru jumpa gambar-gambar lama saya dengan bekas kekasih saya dan membuat kesimpulan sendiri.
"Ia bukan sebab Elfira dan saya kasihan juga kerana Elfira turut terkena tempias dengan hal ini. Dia (Elfira) ada bertanya saya dan sedih bila dituduh begitu oleh netizen.
Keakraban Sufian dan Elfira semakin ketara apabila penyanyi itu menghadiahkan Elfira jambangan bunga ros sempena ulang tahunnya yang ke-23, baru-baru ini.
Sufian juga merupakan satu-satunya rakan artis yang dijemput Elfira bagi sama-sama memeriahkan majlis sambutan hari jadi pelakon genit itu di sebuah rumah kebajikan anak yatim di Cheras.
Mengulas mengenai kelibatnya dalam majlis itu, Sufian berkata, “Saya hadir pada sambutan hari jadi pertamanya yang diraikan bersama anak yatim. Diikutkan ketika itu, ada beberapa teman lain ada bersama tetapi kerana saya tetamu lelaki tunggal, lalu dijadikan modal untuk mewujudkan cerita.”

Bayi Shaheizy Sam & Syatilla Senyum Ketika Ultrasound



SIAPA yang tidak teruja apabila anak yang dikandung memberikan senyuman ketika melakukan imbasan ultrasound


Ini yang berlaku terhadap pelakon Syatilla Melvin yang berkahwin dengan Shaheizy Sam dan kini bakal melahirkan anak tak lama lagi.  Beliau yang berkongsi kegembiraannya bersama peminat menerusi Instagram miliknya.
Isteri kepada Shaheizy Sam itu berkongsi sekeping foto imbasan ultrasound bayinya yang kelihatan seperti tersenyum.

“Tadi pi tengok dia, sekali dia senyum laaa kat mak pak dia…haih doakan yang baik2 naa.amin,” tulisnya yang kini sedang hamil anak sulung.
Post tersebut yang mendapat lebih 16,663 like dan 127 komen itu menarik perhatian netizen yang rata-rata kagum dengan kejadian tersebut.
Pengikut laman sosial juga turut mendoakan agar segala urusan Syatilla dipermudahkan sehingga dia melahirkan nanti.
Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin mendirikan rumah tangga pada 7 Februari tahun lalu di Bukit Jawi Golf Resort, Nibong Tebal, Pulau Pinang selepas 6 tahun berkenalan.

Ex-GF Sedih Tengok Kemesraan Sufian Suhaimi & Elfira Loy?



UMUM sudah mengetahui keakraban hubungan penyanyi Sufian Suhaimi dengan pelakon Elfira Loy kerana sejak akhir-akhir ini mereka sering keluar bersama.


Terbaharu, Sufian mengambil satu lagi langkah ke hadapan dalam usahanya untuk ‘memikat’ Elfira apabila dia dilihat memberikan jambang bunga ros sempena meraikan ulang tahun ke-23 aktres itu.
Sebelum ini juga, menerusi posting di Instagram Elfira, Sufian merupakan satu-satunya rakan artis yang turut sama menyertai majlis sambutan hari jadi Elfira di sebuah rumah anak yatim di Cheras, Kuala Lumpur.

Menerusi IG Stories yang dimuat naik Elfira, Sufian difahamkan menjadi insan pertama yang mengucapkan ucapan selamat hari lahir padanya tahun ini selain dia juga menghadiahkan jambangan bunga yang pastinya cukup menggembirakan hati pelakon genit itu.
Selang beberapa minit selepas itu, bekas teman wanita Sufian yang dikenali sebagai Izyan juga ada memuat naik emoji menangis dan heartbroken seolah-olah menggambarkan perasaannya pada ketika itu menerusi IG Stories-nya.
Kegembiraan Sufian menyambut birthday ‘rakannya’ itu mungkin sedikit tercalar apabila timbul pula kenyataan-kenyataan ‘panas’ daripada seorang wanita yang mendakwa dirinya merupakan rakan sebilik dengan bekas teman wanita Sufian.
Wanita yang dikenali sebagai Bahiyah Khiruddin itu mendakwa Sufian seolah-olah sudah melupakan teman wanitanya sebaik namanya mengecap populariti dalam sekelip mata.

Malah, Bahiyah turut mengatakan Sufian sengaja men‘dump‘ teman wanitanya, Izyan semata-mata mahu mengorat pelakon tersebut.
Difahamkan pasangan ini baharu sahaja putus cinta berdasarkan pemerhatian pada tarikh terakhir Izyan memuat naik gambar mereka bersama iaitu kira-kira sebulan lalu.
Namun begitu, Sufian penah menjawab gosip cinta dengan Elfira sebelum ini di sebuah portal, dengan mengatakan dia hanya berkawan sahaja dengan Elfira. Apa pun, masing masih masih muda. Perjalanan masih jauh. Doa yang baik baik. 

Pembantu Rumah Terkejut Bila Tahu Shuib Luahkan Nak Kahwin Lagi..!!



Pembantu rumah Shuib Sepahtu terkejut apabila pelawak tersebut menyatakan hasrat untuk berkahwin buat kali kedua. Perkara tersebut diakui Shuib ketika ditemui pada sidang media sempena ulangtahun ke-enam perkahwinan mereka bertempat di Bora Ombak, Putrajaya pada petang Selasa.
 

Menurut Shuib, ketika dia memberitahu kepada pembantu rumah hasratnya untuk kahwin lagi, reaksi dia sangat kelakar. Memang dia terkejut tapi lepas tahu dia ucapkan tahniah.
 
“Begitu juga dengan Datuk Rosyam Nor. Reaksi dia sangat lucu ketika saya hubunginya untuk jemput dia hadir ke majlis perkahwinan kami.
 
“Dia terkejut sampai saya kena marah, selepas saya jelaskan perkara sebenar barulah dia okay,” katanya ketawa.

Mengulas mengenai perkahwinan tersebut, Shuib mengatakan ianya merupakan hadiah istimewa buat isterinya, Siti Sarah bagi meraikan ulangtahun mereka tahun ini. 

Ketika kahwin dengan isterinya 6 tahun lepas, dia tidak mempunyai wang yang cukup dan hanya melakukan akad nikah sahaja. 

Majlis kahwin ini dibuat sebagai tanda menghargai isteri beliau yang tidak dapat merasa perasaan untuk bersanding seperti orang lain. 
 
 
“Tidak kira waktu saya susah atau pun senang, dia sentiasa menyokong dan memberikan semangat kepada saya.
 
"Tak kiralah orang nak kata dah lambat ke, dah ada anak tiga ke, saya tak kisah. Bagi saya inilah masanya untuk tunjukkan betapa sayangnya saya kepada Sarah,” ujarnya.
 
Majlis persandingan Shuib dan Sarah akan berlangsung pada 26 Februari lalu bertempat di Bora Ombak, Putrajaya.