Kejam! Budak hampir MATI tercekik gara-gara pengasuh berdendam dengan si ibu..


FUZHOU, CHINA - Alangkah terkejutnya sasangan suami isteri apabila mendapati anak mereka didera oleh pengasuh yang baru diupah sebulan yang lalu menerusi rakaman video live di telefon bimbit mereka, lapor Daily Mail. 

Tindakan pengasuh berusia 40'an yang memukul dan mengoncang mangsa berusia setahun itu dirakam oleh monitor yang dipasang ibu bapa mangsa. 

Apabila ibu bapa mangsa mempersoalkan tindakan wanita berkenaan, dia menjelaskan bahawa emosinya tidak begitu baik pada hari kejadian, sebelum keluar dari rumah majikan dengan membawa bersama beg pakaiannya. 

Zhang dan isterinya, Chen, mengupah Cik Zhou, berasal dari wilayah Jiangxi melalui sebuah agensi sebulan lalu untuk menjaga anak mereka kerana mereka sibuk menguruskan perniagaan. Pasangan itu kemudian memasang monitor di rumah untuk memantau anak dan pengasuh berkenaan yang videonya boleh disiarkan ke telefon bimbit mereka sepanjang masa. 

Sekitar jam 6 petang, 18 Mac lalu, alangkah terkejutnya Zhang apabila mendapati pengasuh berkenaan menyuap nasi pada anaknya secara paksa dan hampir menyebabkan anaknya tercekik. 



Video rakaman yang dikongsikan itu juga menunjukkan mangsa muntah di atas meja, lalu kepalanya ditampar oleh pengasuh. Selain itu, hidung mangsa turut dipicit pengasuh untuk memastikan kanak-kanak itu menelan makanannya. Biarpun mangsa menangis, pengasuh itu langsung tidak menghiraukannya. 

Ketika kejadian itu berlaku, Zhang dan isterinya berada di Quanzhou, menyebabkan mereka segera pulang ke Fuzhou pada keesokan pagi dan segera membawa mangsa ke hospital untuk melakukan pemeriksaan kesihatan, sebelum membuat laporan polis berhubung kejadian itu. 

Zhang dan Chen kemudian berdepan dengan Zhou di rumah dan bertanya mengapa dia mendera anak mereka. Namun Zhou menafikan dakwaan itu. Selepas Ditunjukkan video rakaman tersebut, Zhou akhirnya mengaku dan menjelaskan emosinya tidak begitu baik pada hari kejadian sebelum melarikan diri dari rumah itu dengan beg pakaiannya.  

Menurut Chen, dia sebelum ini pernah menegur Zhou yang membawa anaknya pergi ke tempat orang ramai. Chen mengesyaki Zhou tidak berpuas hati dengan teguran itu lalu melepaskan kemarahannya itu pada anak mereka. 

Menurut laporan Shanghai Daily, mangsa disahkan menghidap aspiration pneumonia akibat didera pengasuh berkenaan. Polis kini sedang menyiasat kes tersebut. 

0 comments:

(Video) Bayi Maut Akibat Sesak Nafas Selepas Dipaksa Makan Ubat..


Kejadian berlaku disebuah perkampungan di China, yang majoritinya terdiri daripada kaum Cina Muslim. Seorang bayi maut kerana sesak nafas setelah dipaksa makan ubat oleh ibunya. 
Menurut sumber, bayi tersebut tidak sihat, oleh itu ibunya ingin memberi ubat untuk menyembuhkannya. Namun, kerana menolak untuk memakan ubat, ibunya telah memaksa bayi tersebut untuk menghabiskan kuantiti ubat secara paksaan sehingga mengakibatkan bayi tersebut sesak nafas dan maut.
Memang normal si kecil menolak untuk makan ubat ketika tidak sihat. Namun ibu bapa perlu bijak untuk memujuk mereka agar menelan ubat mengikut sukatan yang telah ditentukan.

0 comments:

(Video) Tersentuh, Ciuman Pertama Bayi Pada Ibunya Selepas Lahir Ke Dunia..



Sungguh gembira apabila anak yang selama ini ditunggu-tunggu akhirnya dilahirkan. Video ini dikongsikan oleh Ahmad Shaqoor di facebook miliknya, ini adalah moment indah kehadiran bayi pertama mereka. Jom kita lihat.


0 comments:

Tips. Cara Cepat Hilangkan Lemak Di Perut Dengan Hanya 2 Minit Setiap Hari..

belly fat 2

Pelakon jepun Miki Ryosuke baru-baru ini menemui satu kaedah yang menarik yang membantu beliau untuk kehilangan 13 kg (28.7 lb) dan 12 cm (4.7 ") dari pinggang ke dalam hanya beberapa minggu. keputusan ini adalah kesan sampingan daripada latihan bantuan sakit belakang ditetapkan kepadanya oleh doktor, dan latihan ini mengambil dia hanya 2 minit sehari.


Mari kita mencuba teknik ini dan memahami dengan tepat bagaimana ia membantu kita menurunkan berat badan.

BAGAIMANA IA BERFUNGSI

Ia disebut sebagai diet lama nafas. Teknik ini terletak dalam mengambil kedudukan yang tertentu, mengambil nafas tiga saat, dan kemudian pengeluaran nafas yang kuat selama tujuh saat.

Kebanyakan doktor Eropah menyokong penggunaan senaman pernafasan untuk penurunan berat badan dan menerangkan keberkesanannya seperti berikut: lemak terdiri daripada oksigen, karbon, dan hidrogen. Apabila oksigen yang kita sedut dalam mencapai sel-sel lemak, ia berpecah mereka ke dalam komponen (karbon dan air). Oleh itu, oksigen lebih badan kita menggunakan, lebih banyak lemak yang kita terbakar.

APA YANG PERLU KITA LAKUKAN

Melakukan senaman setiap hari untuk 2-10 minit.

1. Berdiri, dan tolak satu kaki ke hadapan dan belakang yang lain.

2. Sekarang anda perlu ketegangan punggung kita dan pindahkan berat badan kita ke kaki belakang kita.

3. Mula perlahan-lahan menghirup selama 3 saat, mengangkat tangan kita di atas kepala kita.

4. Kemudian menghembus nafas dengan kuat selama 7 saat, meneran otot semua badan kita.

5. Di samping itu, pakar berkata, teknik ini akan menguatkan otot badan dan meningkatkan metabolisme






SUMBER: medicaldaily

0 comments:

12 Ciri-ciri Wanita Tercantik Menurut Al-Quran Dan Assunnah..


Wahai wanita usah terlalu selesa dan ego dengan kecantikan paras rupamu kerana ia hanya pinjaman dunia. Kelak kecantikan itu akan lenyap dimamah usia. Belajarlah untuk menjadi wanita yang sentiasa menyenangi dan disenangi teman-teman, bertolak ansur dan bijak mengurus diri dengan baik.

Seorang wanita biasa akan tampak cantik di mata Allah. Seorang wanita manis akan terlihat semakin manis di mata Allah. Dan seorang wanita cantik akan terlihat jauh lebih cantik di mata Allah. Siapakah wanita itu? Dia adalah  wanita yang sentiasa menjaga keimanan dan ketaqwaannya kepada Allah SWT.

1. Wanita yang sentiasa berpegang kepada Al Quran dan Sunnah Rasul-Nya. 
2. Wanita yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya. 
3. Wanita yang sentiasa patuh dan taat kepada suaminya (jika sudah bersuami). 
4. Wanita yang sentiasa menutupi auratnya dan tidak berlebihan jika berhias. 
5. Wanita yang sentiasa menjaga kehalusan dan kesopanan dalam tutur kata. 
6. Wanita yang sentiasa menjaga keindahan, kemuliaan akhlak dan tingkah lakunya. 
7. Wanita yang sentiasa bersikap ramah dan saling menyayangi. 
8. Wanita yang sentiasa menghormati insan yang lebih tua dan bersikap menghargai kepada yang lebih muda. 
9. Wanita yang sentiasa menjauhkan diri dari sekumpulan orang yang suka membicarakan buruk orang lain serta tidak suka memfitnah. 
11. Wanita yang tidak suka mempertontonkan kecantikan dan kemolekan tubuhnya (Tabarruj) kepada lelaki yang bukan mahramnya. 
12. Wanita yang pandai menempatkan diri baik dalam tutur kata serta sikapnya ketika bergaul dan di mana jua dia berada. 

Oleh Ustazah Sharifah Khasif Fadzilah Mohd Badiuzzaman.

0 comments:

Kegemukan atau Obesiti boleh menyebabkan kesukaran untuk hamil? Ikuti penerangan ini..


Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti mendamba kehadiran cahaya mata. Sama ada cepat atau menangguhkan dahulu peluang untuk melahirkan anak, terpulang kepada pasangan masing-masing. Namun, tahun berganti tahun hasrat menimang cahaya mata masih tidak kunjung tiba. Usai rawatan di klinik Obstetrik dan Ginekologi doktor menyarankan agar menurunkan berat badan. Apa kaitan berat badan dengan kehamilan?

Masalah obesiti ini bukan sekadar memberi kesan kepada rupa paras fizikal dan emosi semata-mata, bahkan turut menyebabkan banyak masalah kesihatan termasuk masalah kesuburan wanita. Di kalangan yang mampu hamil, komplikasi lain sepanjang kehamilan boleh timbul disebabkan atau dikaitkan dengan obesiti.


Mengapakah obesiti boleh menyebabkan kesukaran untuk hamil?

Tisu adipos (tisu lemak) adalah merupakan salah satu organ endokrin (penghasilan hormon) yang aktif. Ketidakseimbangan fungsi organ endokrin di kalangan wanita obes ini akan menyebabkan kerintangan kepada hormon insulin (insulin resistance) dan penambahan hormon androgen (hormon seksual lelaki). Perubahan ini akan merencat proses ovulasi (perlepasan telur dari ovari) yang akhirnya membuatkan wanita tidak subur.

Kebanyakan wanita ini turut mengalami masalah haid yang tidak teratur, tidak datang haid dalam tempoh masa yang panjang (amenorrhea) atau haid yang terlalu sedikit (oligomenorrhea). Adakalanya haid terlalu kerap atau berpanjangan hingga menyebabkan anaemia (kurang darah). Selain menyebabkan perencatan proses perkembangan, kematangan dan perlepasan telur (ovulasi), obesiti juga dipercayai memberi kesan negatif kepada kualiti telur (oosit) dan penerimaan dinding rahim.

Apa perlu dilakukan bagi wanita obes yang merancang untuk hamil?

Ramai wanita merasakan berat badan yang berlebihan ini adalah perkara biasa terutamanya  jika orang di sekeliling seperti suami, keluarga dan rakan-rakan turut mempunyai masalah yang sama. Adakala mereka membandingkan diri dengan wanita obes lain yang tidak mempunyai masalah kesuburan atau belum menghidapi sebarang masalah kesihatan lain. Oleh itu mereka merasakan tidak ada keperluan untuk menurunkan berat badan.

Kajian telah menunjukkan penurunan berat badan sebanyak 10 peratus akan merangsang proses ovulasi secara semulajadi. Ramai dapat melihat kitaran haid mereka menjadi lebih baik dan terdapat juga yang berjaya hamil secara semulajadi.

Penurunan berat badan sememangnya merupakan rawatan utama. Selain membantu meningkatkan kesuburan secara semulajadi, ianya juga membantu meningkatkan keberkesanan ubat-ubat kesuburan yang digunakan.  Sekiranya mereka berjaya hamil, risiko-risiko kesihatan sepanjang kehamilan akan lebih berkurangan.

Wanita yang mempunyai masalah obesiti sememangnya disarankan mengambil langkah serius untuk menurunkan berat badan mereka. Perubahan yang besar perlu dilakukan terhadap gaya hidup, pemakanan sihat disamping menjalani senaman yang teratur dan efektif.

• Pemakanan yang sihat bukan bermaksud mengelak makan tetapi menjaga kualiti dan kuantiti pemakanan tersebut. Mula belajar untuk mengira jumlah kalori pemakanan seharian, catat dan kaji diari pemakanan sendiri.

• Bersenam juga adalah keperluan mandatori seiring dengan penjagaan diet. Ramai yang kecewa dan tidak dapat bertahan lama dengan perubahan diet sahaja. Kadar metabolik badan akan kekal rendah tanpa senaman dan lemak-lemak badan ini sangat sukar disingkirkan.

Senaman akan meningkatkan kadar pembakaran lemak di samping mula membina otot-otot yang akan terus kekal meningkatkan kadar metabolik badan walaupun semasa rehat. Cari dan amalkan senaman yang praktikal, sesuai dan disukai agar ianya boleh dilakukan setiap hari. Beban kerja harian bukanlah alasan untuk mendapatkan 20 ke 30 minit untuk bersenam setiap hari.

Senaman di rumah sama ada menggunakan alat, mesin senaman atau semudah melakukan aerobik mahupun tarian berpandukan pita video boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja, walaupun seawal pagi atau lewat malam.

• Penggunaan ubat-ubat untuk menurunkan berat badan, turut serta dalam program-program pelangsingan badan dan pembedahan bukanlah perkara mudah selain melibatkan kos yang sangat tinggi. Kaedah ini adakala mendatangkan risiko dan kesan sampingan. Mungkin tidak berkekalan sekiranya gaya hidup sihat tidak diamalkan. Walau bagaimanapun rawatan ini mungkin diperlukan bagi mereka yang mempunyai masalah obesiti yang serius (BMI >40-45).

Ubat seperti Metformin/Glucophage kerap digunakan untuk rawatan pesakit PCOS yang obes. Selain membantu mengurangkan masalah kerintangan terhadap hormon insulin dan mengurangkan hormon androgen dalam darah, ianya juga akan mengurangkan penyerapan karbohidrat yang mungkin akan membantu dalam penurunan berat badan secara tidak langsung. Selain itu Metformin juga dapat meningkatkan keberkesanan ubat kesuburan seperti Clomiphene.

• Selain penurunan berat badan dan menjalani rawatan kesuburan, wanita yang merancang untuk hamil perlu mengambil asid folik beberapa bulan sebelum memulakan usaha kehamilan. Sekiranya mereka sudah menghidapi penyakit-penyakit seperti diabetes, darah tinggi mahupun kolesterol yang berlebihan, penyakit-penyakit ini perlu dikawal terlebih dahulu. Adakalanya ubat-ubat yang diambil perlu ditukar, penilaian dan nasihat dari doktor yang merawat mereka turut diperlukan.

Obesiti adalah masalah kesihatan yang serius. Selain menganggu keupayaan wanita untuk hamil, ianya juga boleh menjejaskan kesihatan ibu dan bayi sepanjang kehamilan. Selain itu boleh menjejaskan kesihatan wanita secara amnya dan menjadi punca kepada beberap jenis kanser. Oleh itu wanita obes perlu melakukan perubahan besar.

0 comments:

Tips Cara Hilangkan 'Biji Kolestrol' atau Milia..

Memang rasa tak seronok setiap kali melihat wajah di cermin ternampak bintik-bintik kecil pada muka. ia seakan jerawat tetapi sebenarnya tidak. Jika dipicit pun tak sakit tetapi menimbulkan rasa tidak senang setiap kali menatapnya.
Bintik seperti ini sebenarnya adalah milia atau oil seeds. Milia ni selalu timbul pada bahagian bawah mata dan hidung. Milia ni muncul apabila kulit mengelupas seperti biasa dan liang tersumbat.
Bukan itu sahaja, milia ni juga boleh disebabkan produk kecantikan yang kita gunakan yang berasaskan minyak.
Bagi sesetengah orang pula, milia ni disebabkan oleh faktor genetik atau perubahan hormon. Tapi jangan risau kerana ia tidak berbahaya.
Terdapat cara mudah untuk mengelakkan timbulnya milia pada wajah.
1.Senantiasa membersihkan wajah
Pembersihan rutin merupakan langkah penting untuk mengatasi  milia bagi setiap kalangan usia. Jangan terus tidur dengan wajah yang tidak dibersihkan terlebih dahulu.
2. Jangan menggaru milia kerana ingin menghilangkannya
Milia akan hilang dengan sendirinya dalam beberapa minggu dan jangan pula sakitkan wajah dengan mencungkil milia dengan benda tajam. Bimbang ia menjadi masalaj lain pula nanti. Jika luka pulak boleh akibatkan parut.
3. Elak solekan terlalu tebal
Salah satu cara untuk menyembunyikan wajah adalah dengan mengenakan solekan tebal pada wajah. Namun tindakan ini perlu dielakkan kerana akan menyebabkan milia ini terus muncul dan bertahan di kulit. Seterusnya mengundang banyak kotoran hingga sukar mahu singkir kotoran.
4. Lindungi kulit dari sinar matahari
Milia akan bertambah parah akibat sinaran matahari. Hal ini terutama berlaku jika anda menderita milia sekunder yang umumnya disebabkan oleh terik matahari. Sengatan matahari dapat menyebabkan penyebaran milia atau menyebabkan milia muncul pada kulit dalam waktu yang cukup lama.

0 comments:

TIPS 13 CARA MUDAH KURUSKAN BADAN SEPERTI GADIS INI YANG DULUNYA SERING DIEJEK GEMUK.

KURUS
Kisah gadis manis ini cukup viral. Dia yang tidak tahan sering diejek gemuk membuat keputusan drastik untuk menurunkan berat badan dan mendapatkan berat ideal. Pelbagai carian dilakukan cara bagaimana mahu menurunkan berat badan dalam masa singkat. Usahanya tidak terhenti di situ apabila menemukan dengan carian di Stailoo.com.
Melakukan usaha tanpa sebarang ubat kurus sebaliknya dengan cara diet, proses hidrasi dan juga turut menggunakan teknik senaman. Ternyata usahanya cukup berbaloi apabila berjaya menurunkan berat badan sebanyak 54kg daripada 78kg berat sebelumnya.
Sebenarnya banyak cara untuk kurus. Apa kata anda cuba 13 cara mudah ini yang paling berkesan untuk menurunkan berat dalam masa singkat.
#1 Cuba Diet Rendah-Karbohidrat, Tinggi Protein
Cara terbaik untuk anda turunkan berat badan dengan cepat adalah dengan diet rendah karbo.
Selera makan anda akan berkurangan apabila anda amalkan diet rendah-karbo dan secara tak langsung anda akan turun berat badan secara automatik. Diet rendah-karbo memerlukan anda untuk mengurangkan pengambilan karbohidrat (nasi, mee, roti, dll) dan gantikan dengan makanan yang tinggi dengan protein dan lemak (daging, ikan, telur, yogurt).
#2 Perhatikan Pengambilan Kalori (Tak Perlu Obses)
Apa itu kalori? Kalori ialah unit bagi tenaga. Tenaga inilah yang akan digunakan untuk kita bernafas, bergerak, dan untuk sel-sel dalam badan berfungsi dengan baik. Secara logiknya, kalori yang diambil mestilah lebih kurang daripada kalori yang dibakar. Tetapi jika anda mengambil kalori secara berlebihan, kalori (tenaga) tersebut akan disimpan oleh badan dalam bentuk lemak. Jadi anda perlu ambil tahu pengambilan kalori paling kurang seminggu sekali:
#3 Minum Air, Terutama Sebelum Makan
Soalan yang biasa ditanya, berapa banyak air perlu diminum dalam sehari?
Jawapannya: Bergantung pada individu.
Tidak ada satu pun kajian sains yang dapat membuktikan berapa banyak jumlah air perlu diambil dalam sehari. Jika anda seorang yang aktif atau jenis kuat berpeluh, pastikan anda minum lebih banyak air untuk gantikan air dalam badan yang telah hilang tersebut.
Tetapi, jika anda kurang aktif – kerja pejabat, kurang bersenam – pastikan anda minum air tidak kurang daripada 8 gelas sehari.
#4 Bersarapan Dengan Telur
Telur mengandungi 77 kalori, 6 gram protein dan 5 gram lemak-sihat. Telur memang tinggi dengan kolesterol (212mg). Tapi tak bermakna tinggi kolesterol dalam diet menyebabkan tinggi kolesterol dalam darah. High Density Lipoprotein (HDL) atau kebiasaannya dipanggil kolesterol “baik”, akan meningkat apabila anda mengambil telur dalam diet anda. Individu yang mempunyai HDL yang tinggi kurang risiko untuk mengidap sakit jantung, kanser dan pelbagai lagi masalah kesihatan. Bersarapan dengan telur akan membuatkan anda terasa lebih kenyang kerana telur tinggi dengan kandungan protein.
#5 Minum Air Kopi (Tanpa Gula)
Kopi mengandungi kafein – sejenis bahan psychoaktif yang meningkatkan fungsi mental dan fizikal. Kafein tersebut akan merangsang sistem saraf untuk menghantar isyarat ke sel lemak untuk menghancurkan lemak yang ada dalam badan. Malah, kafein dalam kopi ini meningkatkan prestasi senaman atlit sebanyak 11-12%. Anda digalakkan untuk minum kopi setiap kali sebelum memulakan senaman untuk lebih bertenaga.
#6 Cara Kuruskan Badan: Teh Hijau
Untuk membakar lemak di dalam badan, lemak tersebut perlu dihancurkan oleh sel lemak dan dihantar ke saluran darah untuk digunakan sebagai tenaga. Amalkan meminum teh hijau setiap hari. Ini kerana teh hijau juga membantu pembakaran kalori walaupun anda dalam keadaan rehat/ tidak bergerak.
#7 Banyakkan Sayuran Dan Buah-buahan
Sayur dan buah adalah makanan terbaik wujud di muka bumi – rendah kalori, tinggi serat, tinggi kandungan air dan sangat mengenyangkan. Banyak hasil kajian menunjukkan, individu yang makan lebih banyak sayur dan buah didapati lebih sihat berbanding mereka yang tidak.
#8 Katakan Tidak Pada Gula
Terdapat dua jenis gula:
Pertama, gula semula jadi (good) – gula yang sudah wujud di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran.
Kedua, gula tambahan (bad) – gula yang ditambah di dalam makanan untuk menaikkan perasa seperti di dalam kek, makanan ringan, air berkarbonat, jus di dalam tin, gula-gula, air kordial, ais-krim dsb.
#9 Buat Sedikit Senaman Aerobik (Cardio)
Senaman aerobik sangat berkesan untuk anda kuruskan badan dengan cara betul dan membakar lemak terutama di bahagian perut. Tapi jangan tersalah faham. Fokus hanya pada satu bahagian (contoh perut) sahaja untuk menghilangkan lemak tidak akan berhasil. Dalam satu kajian, senaman selama 6 minggu yang fokus pada bahagian abdomen semata-mata tidak menunjukkan sebarang perubahan pada ukur lilit pinggang dan tiada penurunan lemak yang ketara. Tetapi, dengan melakukan senaman cardio seperti berjalan, berlari, berenang – telah menunjukkan pengurangan lemak di bahagian perut.
#10 Tidur Dengan Cukup (8 jam Sehari)
Kajian menunjukkan tidur yang tidak cukup memberi risiko 89% untuk terjadinya obesiti pada kanak-kanak dan 55% pada dewasa. Tidur yang tidak cukup juga antara punca kenaikan berat badan. Lebih teruk, mereka mempunyai selera makan yang lebih tinggi dan cenderung untuk makan lebih kalori apabila tidur yang tidak cukup. Jadi, cuba usahakan untuk tidur yang secukupnya (lebih kurang 8 jam) setiap hari.
#11 Guna Pinggan Lebih Kecil
Cara ini dianggap pelik tapi berkesan. Contoh, anda ingin kuruskan badan tanpa makan nasi (atau tak lebih segenggam nasi), gunakan pinggan lebih kecil amat membantu. Anda akan makan kurang kalori dengan tip kuruskan badan ini. Cuba lah kalau tak percaya.
#12 Banyakkan Protein
Protein digunakan untuk membina otot, tendon, organ, enzyme, hormon dan banyak lagi fungsi protein untuk tubuh kita. Dan protein memainkan peranan utama dalam proses anda mengurangkan berat badan. Protein lebih mengenyangkan daripada mana-mana karbohidrat atau lemak. Dan selera makan anda akan berkurang apabila mengambil protein dalam diet. Anda boleh makan daging, ikan, ayam, udang, telur, brokoli, produk tenusu (mentega, keju, yougurt, air, susu kambing, susu lembu,) kekacang, oat – dan banyak lagi.
#13 Lupakan “Diet” dan Makan Secara Seimbang
Berapa kali anda gagal dan putus asa dalam berdiet? Apabila setiap masa anda terlalu memikirkan pasal diet, “ini boleh, ini tak boleh”, lama kelamaan anda akan tertekan. Akhirnya anda melantak segala jenis makanan (walaupun anda tahu berat badan anda akan naik) Lupakan sahaja, sebaliknya, fikir dan fokus untuk makan makanan yang lebih sihat dan anda akan sedar cara kuruskan badan lebih mudah dengan 13 cara ini.

0 comments:

Wefie Terlampau, 3 Gadis Dikutuk Netizen..

FENOMENA swafoto sudah tidak asing lagi dalam kalangan remaja masa kini patah lagi dengan kemunculan pelbagai peranti canggih dan aplikasi memudahkan lagi setiap momen dirakam

Di dalam foto yang tersebar itu, dua daripada tiga gadis itu berposing dengan gaya kaki terkangkang ke langit menjadi kecaman pengguna laman sosial.

Namun apa yang tidak enaknya, apabila kemudahan dan kecanggihan itu ada disalahgunakan sehingga mampu menjatuhkan maruah, harga dan martabat diri sendiri.
Terbaharu laman Facebook tempatan mula sensasi dengan sekeping foto tiga gadis berhijab ber’wefie’ lucah di sebatang jalan tar sehingga tular hangat diperkatakan.
Rata-rata netizen, mengutuk keras tindakan gadis remaja berkenaan yang tidak tahu menjaga batas sebagai seorang wanita dan dalam pada masa yang sama mencemarkan imej wanita Muslim.
Malah tidak kurang juga yang memberikan komen berbaur lucah.
“Ni dah kenapa selfie begitu rupa…cubelah elok2 sikit bergambar tu…dah cantik manis rupa wajah tapi bila bergambar begitu, hilang terus cantik tu dik…alahaiiii,” tulis Rapidah Supian.
Manakala Salleh Mohamad pula, “Selfienak tunjok apa 2?? Awat elok sangat ka?? Kalau elok pon jangan la bodoh sangat..sampai tera 2, maruah mu di mana??? Sudah2 la ye.”
“Pandai kangkang ni…spesis macam ni tahan lame kalo part kangkang,” ujar Acap D Luffy. 

0 comments:

6 Adab Suami Isteri Di Media Sosial Yang Harus Dilakukan..


Buat pasangan yang telah berkahwin, status anda membayangkan tahap kebahagiaan dalam rumah tangga manakala bagi yang bujang, menjadi pengukur karakter peribadi oleh calon pasangan. Sebenarnya reaksi atau pergerakan seseorang di media sosial menggambarkan apa yang selalu bermain di fikirannya.

Jika anda kerap mengeluh, suka merungut atau membebel tentang sikap suami di media sosial umpamanya, ibarat memberi tanggapan bahawa runtuhnya komunikasi antara suami isteri, selain mendedahkan aib kepada dunia luar.


Untuk memastikan profil yang bersih serta mencerminkan karakter hubungan anda yang lebih baik, 6 adab ini harus dipatuhi:

1. Hapuskan foto-foto lama yang tidak relevan dengan kehidupan anda sekarang. Contohnya gambar sewaktu belum bertudung, bersama bekas teman lelaki, saat berpesta atau sebagainya. Elakkan juga bergambar dengan lelaki lain selain ahli keluarga sendiri.
2. Hati-hati memberikan Like atau Share kepada postings orang lain. Setiap perbuatan anda akan terpapar di akaun anda sendiri, termasuklah komen-komen yang dilontarkan. Tentu tidak manis jika anda dilihat berkongsi artikel tentang masalah rumah tangga, bukan? Silap hari bulan dianggap berkongsi masalah diri sendiri pula.
3. Jangan menunjukkan emosi secara berlebihan. Elakkan status-status liar atau amukan terhadap sesuatu perkara. Tidak perlu menggunakan huruf-huruf besar atau tanda seruan walaupun memaksudkannya. Jangan banyak berkias atau menyindir pasangan. Ini boleh membayangkan penyakit hati anda.
 
4. Selalu letakkan status perkahwinan yang sebenar. Jika sudah berkahwin, jangan letakkan bujang atau janda/duda pula. Anda pasti tidak mahu dipandang serong atau bagi yang bujang, seperti terdesak mencari pasangan di media sosial. Kestabilan minda anda bisa terlihat di sini.
5. Jangan berkongsi foto-foto intim dengan pasangan. Mungkin apa yang mulanya sweet boleh membuat orang meluat pula dengan gelagat anda. Simpan saja nostalgia itu di rumah. Begitu halnya dengan foto-foto anak. Tidak perlu terlalu banyak demi keselamatan si kecil dari menjadi sasaran pedofilia atau penjenayah siber.
 
6. Apabila berlaku perselisihan faham dengan pasangan, elakkan berbicara tentangnya di media sosial. Atasi masalah secara matang, bersemuka atau berbalas mesej di antara anda berdua sahaja. Jangan membiarkan pertengkaran itu dilihat oleh seluruh dunia!

0 comments:

(Gambar) 28 Senarai tempat menarik di Terengganu 2017..Untuk para pelancong mahu ke Terengganu, boleh tengok sini..

Bersempena Visit Beautiful Terengganu 2017, berbagai lokasi pelancongan menarik ada di negeri Terengganu. Terengganu negeri cantik, budaya menarik, orangnya baik-baik. Jom kita tengok!

1 – Pulau Redang

Nak berehat sakan? Jom kita ke Pulau Redang. Pelbagai aktiviti air ada di sini.
2- Pulau Kapas

Pulau Kapas di Marang, Terengganu ini cukup terkenal dengan pasirnya yang memutih serta air lautnya yang jernih.

3- Pulau Perhentian Besar

Selain Redang, Terengganu juga mempunyai Pulau Perhentian Besar dan Perhentian Kecil buat kaki selam.
4 – Pantai Batu Buruk

Terengganu memang terkenal sebab pantainya cantik. Tapi tidak banyak yang boleh menewaskan Pantai Batu Buruk. Ia ditambah mempunyai 10 buaian untuk kemudahan pengunjung.
5 – Tasik Kenyir

Tasik Kenyir yang terletak di kawasan barat daerah Hulu Terengganu adalah tasik yang terhasil daripada pembinaan Empangan Kenyir pada tahun 1985. Antara tarikan ada di sini adalah Kenyir Waterpark, Taman Santuari Kelah, Air Terjun Langsir, Kenyir Elephant Village (KEV) dan banyak lagi.
6 – Pulau Perhentian Kecil

Terletak 10 batu nautika dari persisiran pantai Terengganu, Pulau Perhentian Kecil adalah pulau untuk kaki percutian bajet.
7 – Rantau Abang

Salah satu pantai yang popular di Terengganu adalah Pantai Rantau Abang yang terletak 62 km dari bandar Kuala Terengganu dan 17 km dari bandar Dungun.
8 – Muzium Terengganu

Muzium Negeri Terengganu yang dibina seperti istana kayu lama ini adalah antara muzium yang terbesar di Asia.
9 – Pasar Payang

Mahu bawa pulang cenderahati dari Terengganu atau ingin mencari batik untuk pakaian pejabat? Pasar Payang mungkin tempat yang paling sesuai membelinya.
10 – Taman Tamadun Islam

Taman Tamadun Islam dan Masjid Kristal di Pulau Wan Man, Terengganu ini adalah taman tema bercirikan Islam yang pertama di dunia.
11 – Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman

Terengganu memang terkenal dengan pantai, tetapi itu bukan bermakna ia tiada zoo.
12 – Masjid Terapung Terengganu

Sebelum Melaka, Terengganu telah pun mempunyai masjid terapungnya sendiri di Kuala Terengganu.
13 – Kompleks Kraf Noor Arfa

Kompleks Noor Arfa Craft adalah antara kompleks batik paling terkenal di Terengganu.
14 – Bukit Puteri

Mahu lihat panorama Kuala Terengganu dari tempat tinggi? Jom naik Bukit Puteri.
15 – Bukit Panorama Kuala Terengganu

-Pemandangan menarik daripada bahagian atas Bukit Panorama.
16 – Memorial Batu Bersurat

Penemuan Batu Bersurat pada tahun 1887 di tepi sungai Padang Tara, Kampung Buloh, Kuala Berang membuktikan Terengganu adalah negeri yang terawal menerima Islam di Semenanjung Tanah Melayu. Pada masa ini Batu Bersurat tersebut dipamerkan di Muzium Negeri untuk membolehkan generasi hari ini melihat dengan lebih dekat mengenai sejarah batu tersebut. Kerajaan Negeri Terengganu telah mewujudkan Memorial Batu Bersurat di Kuala Berang tempat penemuan batu tersebut sebagai tempat kajian dan kunjungan penduduk tempatan dan pelancong untuk melihat replika batu bersurat. Batu Bersurat yang sebenarnya telah di tempatkan di Muzium Negeri Terengganu.
17 – Rumah Haji Su di Kampung Losong Kuala Terengganu 

Jadi produk pelancongan terbaru di Terengganu. Bangunan ini mempamerkan keunikan dan kehalusan seni bina rumah Terengganu.

18 – Kampung Cina

Kampung Cina ini mempunyai pelbagai kemudahan seperti kedai cenderamata, kedai kopi, pejabat, kedai pakaian, restoran dan pelbagai lagi. Kesemua yang terdapat di sini masih mengekalkan tradisi warisan Cina terdahulu. Jika berada di sini, perhatikan keunikan struktur bangunan lama yang masih elok dan antik. Bagi peminat fotografi, tempat ini memang sangat sesuai untuk mengasah bakat anda.
Sumber jomjalan, Terengganu Times

0 comments:

Resepi Lemang Periuk Kera..


Lain daripada yang lain, lemang periuk kera 4 beradik mendapat sambutan ramai

Apa kata raya nanti kita buat kelainan sikit, tukar dari guna buluh lemang ke periuk kera (tu pon kalau ada hehe) Senang nak bukak isi lemang tu, boleh terus makan. Resepi ni sama je dengan lemang guna buluh, yang cuma bezanya hanya pada guna periuk kera.

periuk

BAHAN-BAHAN:

  • 20 bekas periuk kera.(kalau nak makan banyak,sila sediakan banyak-banyak).Bersihkan dengan membuang penutup dan bibirnya. (daun disekeliling muka periuk kera)
periuk2
  • 300g beras pulut. Basuh dan toskan.
  • 1 liter santan
  • Garam secukup rasa untuk dicampur di dalam santan.(santan rasa lemak-lemak masin)
  • Gula kalau suka rasa manis pada pulut.

CARA MEMBUATNYA:

periuk5
  • Masukkan pulut ke dalam periuk kera.
  • Masukkan setengah sahaja untuk memberi peluang kepada beras mengembang. 
  • Masukkan santan sampai tutup beras. Susun dalam acuan@bekas untuk dikukus. 
  • Kukus sampai masak.
SUDAH SIAP....Sedap dimakan bersama kari ayam,rendang dan yang sewaktu dengannya. Ataupun makan begitu sahaja atau cicah dengan gula atau susu pekat manis. Memang sangat sedap...Cubalah ya..

0 comments: