Showing posts with label KECANTIKAN. Show all posts

Tips Hilangkan Bintik Hitam Di Muka Dengan Berus Gigi?..Kesannya amat menakjubkan!..

Bintik hitam pada muka? Jangan risau, ini ada jalan penyelesaian mudah yang anda boleh cuba buat di rumah.
Dengan menggunakan berus gigi, masalah bintik hitam akan hilang dengan segera.
Bahan-bahan
Sediakan 1 sudu teh ubat gigi
1 sudu teh serbuk penaik
Air suam secukupnya
Tuala
Langkah-langkah penyediaan
1. Cuci wajah sehingga bersih terlebih dahulu
2. Ambil tuala dan celup ke dalam air suam, kemudian usap tuala tersebut pada kawasan berbintik. Tujuan ini adalah untuk membuka liang pori serta mencegah bakteria dari tangan dan kuku masuk ke liang pori.
3. Sediakan satu bekas, campur ubat gigi, serbuk penaik dan air kedalam bekas tersebut. Kacau hingga rata.
4. Sapu campuran ubat gigi tadi di bahagian berbintik hitam, gosok dengan berus gigi selama beberapa minit.
5. Selepas gosok, korang biarkan 1-2 minit sebelum cuci muka korang dengan air suam.
Selamat mencuba!

Amalkan Jus Air Kunyit Untuk Kecantikan Dalaman dan Luaran Wanita..Petua Tradisional..


Air kunyit ni sangat bagus dan berkhasiat untuk kecantikan dalaman dan luaran wanita berkesan juga untuk buangkan lemak dan kuruskan badan. Kunyit mempunyai kebaikkan dalam penjagaan kulit wajah untuk merawat dan mencerahkan kulit dan nampak lebih berseri.

  • ❤Ia mampu menjadikan kulit lebih bersinar dan licin dari dalam kulit.
  •  
  • ❤Menghaluskan kulit wajah. 

  • ❤Meringankan segala macam masalah kulit dan membuat kulit menjadi halus mulus.

  • ❤Menghilangkan kerutan dan garis halus di wajah. Masalah ini selalu menjadi perhatian wanita terutamanya kerutan diwajah.

  • ❤Mengatasi masalah jeragat dan bintik hitam. Kunyit juga dikatakan mampu membantu menghilangkan jeragat dan bintik hitam.

  • ❤Menghilangkan jerawat. Manfaat kunyit juga mampu menghilangkan jerawat dengan membasmi kuman jerawat supaya jerawat dapat diatasi tanpa meninggalkan kesan.

Selain fungsinya untuk kecantikan wajah kunyit juga berkhasiat untuk kecantikan dalaman wanita.

  • Mencuci darah dan kekotoran dalaman, kecutkan rahim (bagus untuk kurangkan buncit), kecutkan buasir, kecutkan fibroid, kecutkan semua jenis ketumbuhan dalaman, menyuburkan peranakan, memulihkan luka luka dalaman, naikkan seri muka, buang angin, elakkan tombong atau rahim keluar atau rahim jatuh dan baanyak lagi.

Secara saintifiknya, ibu kunyit ni adalah sejenis anti-septic yang boleh mencuci darah dan membersihkan luka.

Caranya:

1. Kisarkan ibu kunyit (dalam 4ketul sederhana besar) dengan 5 gelas air masak.
2. Tapis airnya.
3. Campurkan sedikit air asam jawa dan gula merah (gaul sebati sambil panaskan di kuali)
4. Diminum sekali sehari selama 3 hari berturut turut selepas darah nifas bagi orang bersalin. Untuk dijadikan amalan elok diminum sekali sehari setiap pagi atau malam atau bila berkesempatan asalkan ada minum.

Selamat mencuba. 

Petua Cara Pantas Cerahkan Ketiak Yang Hitam,Celah Peha, Leher Seawal 7 Hari Dengan Cara Tradisional..


Kita selalu dengar rungutan orang yang mengalami masalah ketiak hitam, ataupun kawasan leher dan celah peha.  Kawasan-kawasan yang terselindung ini mudah meninggalkan kesan hitam akibat kurang mendapat udara atau kerana penggunaan krim yang kurang sesuai.

Okay. Sebelum tahu cara nak hilangkan kesan hitam di bawah ketiak, celah peha dan juga leher, kita harus ketahui mengapakah kawasan-kawasan yang disebutkan tadi hitam?

Sebab-sebab berlaku kesan hitam di celah ketiak, leher dan peha:

1. Deodoran yang tidak sesuai serta penggunaan tidak tepat antara punca berlakunya masalah ketiak hitam dan tona kulit tidak sekata. Bagi yang mempunyai kulit sensitif, kandungan di dalam deodoran boleh menyebabkan masalah kulit seperti merengsa dan sebagainya. Sisa deodoran yang tidak dibersihkan dan bercampur dengan peluh dikhuatiri mengundang bakteria dan menyebabkan ketika menjadi hitam.

2. Ia juga disebabkan oleh perubahan hormon dan genetik contohnya ketika hamil.

3. Kaedah bercukur yang tidak betul akan menyebabkan kulit terluka dan meninggalkan parut. 

4. Penggunaan alat pencukur yang tidak bersih dikatakan juga faktor yang menggalakkan pembiakan bakteria dan ketiak menjadi gelap.

5. Selain itu, pakaian yang ketat terutama di bahagian lengan dikenal pasti antara penyebab ketiak menjadi gelap. Pergeseran antara ketiak dan baju membuatkan bahagian ini tidak selesa.

Petua Hilangkan Kesan Hitam Di Ketiak, Leher Dan Celah Peha Secara Tradisional

1. Kapur sireh dan sebiji limau nipis

Cara-Caranya:
Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit kapur sirih. Sapukan di bawah ketiak dan biarkan selama 15 minit sebelum dicuci dengan air bersih. Lakukannya selepas mandi dan amalkan setiap hari selama seminggu, kemudian ulang selang sehari pada minggu berikutnya. Iaitu lakukan tiga kali seminggu.

Insya Allah, bukan setakat kesan hitam akan berkurangan, ketiak pun tidak berbau lagi. Boleh juga disapukan di kawasan leher dan celah peha. Mungkin ada rasa panas sedikit tetapi tidaklah melukakan kulit kita.  


2. Buah betik

Buah betik juga boleh menghilangkan kesan hitam di bawah ketiak. Caranya, parut buah betik yang hampir masak sehingga halus. Letakkan ramuan ini di ketiak selepas anda mandi dan biarkan selama beberapa minit. Bilas dengan air, lakukan secara kerap, anda pasti berpuas hati dengan hasilnya.


3. Sirih dan beras

Kisar segenggam beras sehingga halus. Kemudian tumbuk beberapa helai daun sirih sehingga lumat. Campurkan kedua-dua bahan tadi dan kacau sehingga sebati. Sebelum mandi, lumurkan dahulu campuran sirih dan beras tadi ke seluruh tubuh badan terutama di bahagian ketiak dan celah paha. Kemudian gosok-gosokkan ia dengan perlahan sehingga semua bahan yang telah dilumur tanggal dari badan. Petua ini bukan sahaja menjadikan kulit badan anda halus, malahan ia juga akan membantu menanggalkan daki dan kesan hitam.

Semoga apa yang dikongsikan tentang cara-cara hilangkan kesan hitam di celah peha, ketiak dan leher dapat memberikan manfaat kepada semua. Untuk mendapatkan pelbagai lagi rahsia cantik dalaman dan luaran, anda boleh baca koleksi petua di blog ini.-PENMERAHPRESS- 


Tidur Boleh Kurangkan Berat Badan? Punyalah Senang Nak Kurus!..


Tidur cukup boleh kurangkan berat badan? Haaa... macam tak percayakan, tapi betul! Kalau anda tidak cukup tidur, ini akan memberi kesan pada berat badan.  Masa itulah badan akan letih. Sesetengah orang juga akan bergantung pada kopi untuk membuka mata. Sebab terlalu letih juga, anda tidak akan bersenam.

Kebanyakan pakar bersetuju bahawa mendapatkan tidur yang cukup adalah penting untuk kesihatan tubuh dan juga berat badan sebagai mana pentingnya diet dan senaman.
Mengurangkan tidur akan menyebabkan otak membuat keputusan yang tidak baik. Ini menumpulkan aktiviti dalam lobus frontal otak, bahagian kawalan pembuat keputusan. Umpama anda berada dalam keadaan sedikit mabuk. Minda tidak dapat membuat keputusan yang baik.

Tambah pula, jika anda terlampau letih, pusat ganjaran di otak akan mencari sesuatu yang akan rasa lebih seronok. Jadi, semasa anda cukup tidur,  anda mampu menolak rasa teringin makan makanan yang memuaskan atau ‘comfort food’. Sebaliknya bagi otak yang tidak cukup tidur,  anda mungkin bermasalah untuk berkata tidak pada makanan yang berada di hadapan mata pada ketika itu.

Kajian yang telah diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition mendapati bahawa mereka yang tidak tidur pada waktu malam, selera makan pada waktu itu akan meningkat. Berkemungkinan besar mereka akan memilih makanan tinggi karbohidrat.

Hormon lapar

Tidur umpama nutrisi untuk otak. Kebanyakan orang memerlukan antara 7 hingga 9 jam waktu tidur setiap malam. Jika tubuh mendapat waktu tidur kurang dari itu, berkemungkinan tubuh akan memaksa anda mencari makan untuk mengisi perut yang lapar.
Kenapa pula keadaan ini berlaku? Semuanya kerana kurang tidur akan memberi kesan pada hormon lapar dan hormon rasa kenyang yang dikenali sebagai ghrelin dan leptin.
Ghrelin akan beri isyarat pada otak masa untuk makan. Apabila kita kurang tidur, tubuh akan menghasilkan lebih banyak ghrelin.
Leptin pula, akan memberi isyarat pada otak untuk berhenti makan. Apabila anda tidak mendapat tidur secukupnya, tahap leptin akan jatuh menjunam. Ia akan memberi isyarat pada otak untuk makan lebih banyak.

Lemak terkumpul dalam tubuh

Kurang tidur membuatkan anda rasa mamai. Ini yang telah dijelaskan oleh penyelidik di University of Chicago. Dalam masa empat hari tidur yang tidak cukup, kebolehan tubuh untuk memproses insulin – hormon yang diperlukan untuk mengubah gula, kanji dan makanan lain kepada tenaga - menjadi tidak keruan.
Sensitiviti terhadap insulin juga telah menunjukkan kejatuhan sehingga 30 peratus. Mengapa keadaan ini tidak baik?
Apabila tubuh tidak memberi tindak balas yang sempurna terhadap insulin, tubuh mempunyai masalah memproses lemak-lemak daripada aliran darah. Akhirnya lemak itu akan tersimpan dalam tubuh,
Perlu diberi perhatian juga. Tidak bermakna jika anda tidur, berat akan kurang. Tetapi tidur yang sedikit akan menghalang metabolisme dan menyumbang kepada penambahan berat badan.

Tip Tidur Sempurna

Zaman sekarang, hendak mendapatkan tidur yang sempurna agak susah. Ditambah pula apabila semua skrin gajet yang ada menggoda kita untuk berjaga lebih lama.
Asas untuk mendapatkan tidur yang cukup dan sempurna amat mudah.
Lakukan tip berikut:

1. Tutup komputer, telefon bimbit, dan televisyen sekurang-kurangnya sejam sebelum anda tidur.
2. Jadikan bilik tidur hanya untuk tidur dan bukan perkara lain. Fikirkan tentang rehat dan bukannya tentang hiburan dan kerja sewaktu berada dalam bilik tidur.
3. Cipta ritual waktu tidur. Sebagai contoh, mandi air panas sebelum tidur.  
4. Berpegang pada jadual waktu tidur dan waktu bangun yang sama setiap hari. Ikut juga jadual ini pada hari minggu.
5. Jaga makan. Elakkan makan hidangan berat sebelum tidur yang akan menyebabkan pedih ulu hati dan menyukarkan anda tidur. Elakkan minum soda, teh, kopi dan coklat selepas pukul 2 petang. Kafein boleh berada dalam sistem tubuh selama 5 hingga 6 jam.
6. Tutup lampu. Kegelapan boleh memberi isyarat pada tubuh untuk melepaskan hormon tidur asli iaitu melatonin. Jika lampu terbuka, cahaya terang akan menahan hormon ini daripada keluar.

Petua Cantik dan Kurus Secara Selamat, Minumlah Jus 'Kurus Keding' Berkesan Dalam Tempoh 3 Hari Sahaja..Jom Cuba..

Minumlah Jus Kurus Keding Kalau Betul Nak Cantik Untuk Suami



Bukan senang mak-mak nak kurus kalau setiap hari terpaksa masak untuk anak-anak dan suami. Haruslah tergoda dengan makanan dan akhirnya duduk semeja makan bersuap!

Alahaaiii... cabaran sungguh! Tetapi kali ini anda mungkin boleh guna petua cantik dan kurus dengan hanya minum jus yang dikongsi oleh Puan Mastura Rashid ini, jom semak...

OK, Siapa azam tahun baru dia nak kurus dan cantik jelita? Baik ngaku cepat.

Sayalah tu...
Ok, harini saya minum JUS KURUS KEDING.
(#acahje takdelah sampai keding)
Fresh juice, fresh fruits.
Sangat BERKESAN ok!

Sebelum ni mak saya yang minum, hasilnya memang dia loose weight banyak sangat dan tobat taknak minum dah. Ni hari ke-3 saya minum.



BAHAN (untuk stok 3 hari):
2 biji green apple
2 biji medium-sized carrot
1 biji navel orange (besar) atau 2 biji limau sunkist
2 inci halia
2 cawan air sejuk

CARA:
Blend semua, takyah tapis sebab dah halus. Dan hampas tu sumber fiber, buat kita kenyang lama sikit. Tambah gula/madu. Gula jangan banyak tau. Nak jadi Cinderella ke Fiona Shrek? Nak jadi Fiona, gula tambah 10 sudu. Madu takpe banyak, tapi guna madu asli je.



ATURAN:
Minum setiap pagi, sebelum sarapan. Kalau ada #gastrik, alas dulu perut dengan makanan ringan seperti roti atau biskut. Lepas minum jus, rehatkan perut, biar proses detox dan pengkurusan berjalan, dan jampi sambil hala lidi kat badan sendiri "Baba thin sheep, kuruslah kau wahai (sebut nama sendiri)." Acah-acah #harrypotter. 14 hari kena jampi, memang kuruslah.



Q&A JUS KURUS:

1. Pregnant dan BF boleh minum?
Boleh. Bagus sangat untuk baby. Dapat best nutrients dan vitamin buah-buah.

2. Pantang boleh minum?
Yes, boleh. Jangan bubuh green apple. Bisa. Guna carrot, halia dan orange saja. Nak jadi cinderella ke mak lampir? Pilih.

3. Kata boleh minum 3x. Camne tu?
Baik adik, kakak, makcik. Dengan jumlah bahan dan 2 gelas air tu, jus dapat 1 jug kecik. Sehari segelas je minum. Lebihan simpan peti. Jangan letak luar. Nanti rosak. Nak kurus sebab jus ke sebab cirit birit? Pilih.

4. Berapa kg boleh terbakar? Kenapa 14 hari challenge?
First, bergantung pada umur dan tahap metabolisma badan. Makin kita berumur, makin slow proses pembakaran lemak. Halia membantu tingkatkan tahap metabolisma badan. Jadi lemak cepat terbakar. Apple hijau pun boleh pecahkan lemak. 14 hari challenge untuk mudahkan kita yang baru nak start. Just nice untuk kekalkan konsistensi dan motivasi. Boleh monitor juga berapa kg turun, setiap 7 hari.

Boleh tak jangan belasah nasi lemak 2 pinggan macam saya semalam lepas minum jus kurus? Jadi fiona la selamanya.

5. Saya nak jadi cinderella. Boleh ke?
Jadi mak lampir pun boleh. Teknik saja berbeza. Nak jadi mak lampir kena belajar lepas rambut, mengilai, biar gigi karat, panjat pokok. Nak jadi cinderella, kenalah amalkan jus ni, buatlah workout serba sedikit walaupun sekadar stretching, avoid fast food, oily food.

Selamat jadi #cinderella
Selamat tinggal dunia #fionashrek
Cantikkan diri untuk #suami
Tapi jangan esok lusa kurus keding sampai orang ingat #papankatil

Ps: Oh nanti saya share slimming tea dari pure cinnamon (bukan kayu manis tebal dan keras fake kat rumah tu. Itu dipanggil cassia, kandungan kimia tinggi). Tapi ini kayu manis dari hutan. Makan saja pun dah manis.

Sumber: Mastura Rashid

Buah Delima Membantu Hilangkan Jerawat dan Cukup Bagus Rangsang Pembentukan Kolagen! Jom Amalkan..

Mungkin buah delima kedengaran agak asing di mata sesetengah individu. Namun ternyata, buah delima punya peranan besar dalam aspek kecantikan. Ia kaya dengan antioksidan, vitamin K, vitamin C dan Potassium yang merupakan agen anti-penuaan. Jom semak manfaat yang tersembunyi di sebalik buah delima untuk kecantikan kulit.

1. Selamat Tinggal Kulit Kering

Jika dibandingkan dengan teh hijau, buah delima sebenarnya memiliki kandungan kebaikan yang lebih besar untuk memperbaiki kulit kering. Ia juga kaya dengan vitamin C yang mampu melembutkan kulit yang kasar. Buah ini juga boleh dijadikan scrub untuk menanggalkan sel-sel kulit mati.

2. Hilangkan Jerawat

Manfaat antioksidan yang terkandung dalam buah delima mampu mengubati jerawat. Gunakan kulit buah delima dan jemur sehingga kulitnya kecut. Kemudian kisar atau tumbuk sehingga lumat dan menjadi serbuk. Simpan di dalam bekas. Sekira mahu menggunakannya, ambil sedikit serbuk tadi dan campurkan ia bersama sedikit perahan air limau nipis. Sapu pada wajah, biarkan sehingga kering dan bilas.

3. Melindungi Kulit Dari Sinaran Matahari

Sinaran matahari mampu merosakkan sel kulit kamu sehingga menyebabkan timbul bintik hitam dan sebagainya. Tetapi, dengan pengambilan buah delima dan kandungan antioksidan di dalam buah tersebut mampu melindungi tubuh daripada kesan-kesan negatif akibat sinaran matahari tadi.

4. Merangsang Pembentukan Kolagen

Pertambahan usia membuatkan kekenyalan kulit semakin berkurangan. Kandungan antioksidan di dalam buah tersebut mampu mengatasi hal ini. Ya, buah delima banyak membantu pembentukan kolagen. Selain itu, ia juga membantu anda agar kulit tetap tampak segar dan tidak kelihatan kusam.

MASKER DELIMA + MADU

Masker ini dapat membantu menghilangkan flek hitam di wajah. Haluskan delima dan tambahkan satu sendok madu, campurkan lalu oleskan ke seluruh wajah dan leher. Biarkan selama 15 minit dan bilas. Tengok hasilnya, serius puas hati!

MASKER DELIMA + LEMON

Kandungan vitamin C dari lemon dan antioksidan dari buah delima dalam membuat kulit terlihat segar dan lembut campur delima dengan lemon. Oleskan pada kulit dan bilas setelah semua kering di wajah.

NOTA:

Buah delima terbahagi kepada tiga jenis iaitu delima putih, merah dan ungu. Namun delima yang paling terkenal untuk dijadikan ubat adalah delima merah. Ia juga dianggap unsur penting dalam pembentukan darah merah.

Cara Rawat Badan Banyak Angin Selain Urut Dengan Mudah..Ikuti Petua Ini..



Bila badan banyak angin, kita akan rasa serba tak kena. Perut kembung, badan rasa sakit-sakit , tidak selesa dan lesu. Masalah angin yang terlalu banyak dalam badan juga boleh menjejaskan kelancaran bekerja yang secara tidak langsung membuatkan seseorang itu tertekan.

Bagi kebanyakan orang, masalah angin ini mungkin bukan gangguan yang menjejaskan hidup. Tetapi bagi sesetengah orang khususnya golongan muda, ia boleh menjejaskan keyakinan diri. Walaupun gejala yang dialami mungkin sama, tetapi punca masalah ini berbeza antara individu.

Masalah angin dalam badan kebanyakannya berpunca daripada udara yang ditelan dan apabila seseorang dalam keadaan tertekan, mereka lebih kerap menelan udara tanpa disedari.

Masalah ini juga boleh disumbangkan oleh proses penghancuran makanan oleh bakteria di dalam usus besar yang tidak berlaku seperti sepatutnya. Ini bermakna ia mungkin disebabkan gangguan dalam sistem penghadaman.

Terdapat beberapa kaedah rawatan bagi menyelesaikan masalah ini. Paling utama adalah penghidapnya perlu membuat perubahan kecil dalam pemakanan dengan mengelakkan pengambilan makanan berangin dan bergas, ambil ubat serta cuba untuk tidak menelan terlalu banyak udara.

Kaedah perlu dilakukan penghidap masalah angin.

Tukar jenis makanan

Kandungan gas yang dihasilkan daripada makanan berbeza antara individu. Seseorang itu perlu memastikan jenis makanan khusus yang menyebabkan berlakunya masalah angin ini berdasarkan pengalaman. Sekiranya makanan itu dapat dikenal pasti, hindarkan daripada mengambil makanan itu.

Ubat-ubatan

Ubat-ubatan seperti antasid, simethicone dan arang diaktifkan yang boleh didapati di farmasi dapat membantu mengurangkan masalah angin. Selain itu, enzim penghadaman seperti laktase membantu menghadamkan karbohidrat di samping membolehkan seseorang mengambil makanan yang biasanya menghasilkan angin.

Kurangkan menelan udara

Individu yang mengalami masalah sendawa yang kronik dinasihatkan supaya kurang mengambil gula-gula getah dan gula-gula. Anda dinasihatkan supaya mengunyah makanan secara perlahan-lahan dan tidak banyak bercakap ketika makan. Sekiranya pesakit memakai gigi palsu, dinasihatkan supaya berjumpa doktor gigi untuk memastikan ia sesuai dipakai.

Hindari makanan yang menghasilkan angin

Makanan yang mengandungi gula raffinose, fruktosa, laktosa dan sorbitol menghasilkan banyak angin. Raffinose terkandung dalam makanan seperti kacang yang mengandungi banyak gula kompleks manakala bunga kubis, kubis brussel, asparagus, brokoli dan kubis pula mengandungi fruktosa. Laktosa ialah gula semula jadi yang terdapat dalam susu dan makanan mengandungi susu seperti keju dan aiskrim.

Fruktosa banyak terdapat pada bawang, buah pir dan gandum. Ia juga banyak digunakan sebagai pemanis dalam minuman ringan dan jus buah-buahan.

Ubatan dan urutan

Selain pengambilan ubat yang sesuai bagi mengurangkan masalah angin sama ada dengan bertemu doktor atau berkunjung ke farmasi terdekat, teknik urutan juga satu daripada kaedah yang dapat membantu anda.

Melalui teknik urutan yang betul, angin dalam badan seseorang itu mampu dikeluarkan dan ia akan memberikan kelegaan segera.

Tips. Cara Cepat Hilangkan Lemak Di Perut Dengan Hanya 2 Minit Setiap Hari..

belly fat 2

Pelakon jepun Miki Ryosuke baru-baru ini menemui satu kaedah yang menarik yang membantu beliau untuk kehilangan 13 kg (28.7 lb) dan 12 cm (4.7 ") dari pinggang ke dalam hanya beberapa minggu. keputusan ini adalah kesan sampingan daripada latihan bantuan sakit belakang ditetapkan kepadanya oleh doktor, dan latihan ini mengambil dia hanya 2 minit sehari.


Mari kita mencuba teknik ini dan memahami dengan tepat bagaimana ia membantu kita menurunkan berat badan.

BAGAIMANA IA BERFUNGSI

Ia disebut sebagai diet lama nafas. Teknik ini terletak dalam mengambil kedudukan yang tertentu, mengambil nafas tiga saat, dan kemudian pengeluaran nafas yang kuat selama tujuh saat.

Kebanyakan doktor Eropah menyokong penggunaan senaman pernafasan untuk penurunan berat badan dan menerangkan keberkesanannya seperti berikut: lemak terdiri daripada oksigen, karbon, dan hidrogen. Apabila oksigen yang kita sedut dalam mencapai sel-sel lemak, ia berpecah mereka ke dalam komponen (karbon dan air). Oleh itu, oksigen lebih badan kita menggunakan, lebih banyak lemak yang kita terbakar.

APA YANG PERLU KITA LAKUKAN

Melakukan senaman setiap hari untuk 2-10 minit.

1. Berdiri, dan tolak satu kaki ke hadapan dan belakang yang lain.

2. Sekarang anda perlu ketegangan punggung kita dan pindahkan berat badan kita ke kaki belakang kita.

3. Mula perlahan-lahan menghirup selama 3 saat, mengangkat tangan kita di atas kepala kita.

4. Kemudian menghembus nafas dengan kuat selama 7 saat, meneran otot semua badan kita.

5. Di samping itu, pakar berkata, teknik ini akan menguatkan otot badan dan meningkatkan metabolisme






SUMBER: medicaldaily

Tips Cara Hilangkan 'Biji Kolestrol' atau Milia..

Memang rasa tak seronok setiap kali melihat wajah di cermin ternampak bintik-bintik kecil pada muka. ia seakan jerawat tetapi sebenarnya tidak. Jika dipicit pun tak sakit tetapi menimbulkan rasa tidak senang setiap kali menatapnya.
Bintik seperti ini sebenarnya adalah milia atau oil seeds. Milia ni selalu timbul pada bahagian bawah mata dan hidung. Milia ni muncul apabila kulit mengelupas seperti biasa dan liang tersumbat.
Bukan itu sahaja, milia ni juga boleh disebabkan produk kecantikan yang kita gunakan yang berasaskan minyak.
Bagi sesetengah orang pula, milia ni disebabkan oleh faktor genetik atau perubahan hormon. Tapi jangan risau kerana ia tidak berbahaya.
Terdapat cara mudah untuk mengelakkan timbulnya milia pada wajah.
1.Senantiasa membersihkan wajah
Pembersihan rutin merupakan langkah penting untuk mengatasi  milia bagi setiap kalangan usia. Jangan terus tidur dengan wajah yang tidak dibersihkan terlebih dahulu.
2. Jangan menggaru milia kerana ingin menghilangkannya
Milia akan hilang dengan sendirinya dalam beberapa minggu dan jangan pula sakitkan wajah dengan mencungkil milia dengan benda tajam. Bimbang ia menjadi masalaj lain pula nanti. Jika luka pulak boleh akibatkan parut.
3. Elak solekan terlalu tebal
Salah satu cara untuk menyembunyikan wajah adalah dengan mengenakan solekan tebal pada wajah. Namun tindakan ini perlu dielakkan kerana akan menyebabkan milia ini terus muncul dan bertahan di kulit. Seterusnya mengundang banyak kotoran hingga sukar mahu singkir kotoran.
4. Lindungi kulit dari sinar matahari
Milia akan bertambah parah akibat sinaran matahari. Hal ini terutama berlaku jika anda menderita milia sekunder yang umumnya disebabkan oleh terik matahari. Sengatan matahari dapat menyebabkan penyebaran milia atau menyebabkan milia muncul pada kulit dalam waktu yang cukup lama.

TIPS 13 CARA MUDAH KURUSKAN BADAN SEPERTI GADIS INI YANG DULUNYA SERING DIEJEK GEMUK.

KURUS
Kisah gadis manis ini cukup viral. Dia yang tidak tahan sering diejek gemuk membuat keputusan drastik untuk menurunkan berat badan dan mendapatkan berat ideal. Pelbagai carian dilakukan cara bagaimana mahu menurunkan berat badan dalam masa singkat. Usahanya tidak terhenti di situ apabila menemukan dengan carian di Stailoo.com.
Melakukan usaha tanpa sebarang ubat kurus sebaliknya dengan cara diet, proses hidrasi dan juga turut menggunakan teknik senaman. Ternyata usahanya cukup berbaloi apabila berjaya menurunkan berat badan sebanyak 54kg daripada 78kg berat sebelumnya.
Sebenarnya banyak cara untuk kurus. Apa kata anda cuba 13 cara mudah ini yang paling berkesan untuk menurunkan berat dalam masa singkat.
#1 Cuba Diet Rendah-Karbohidrat, Tinggi Protein
Cara terbaik untuk anda turunkan berat badan dengan cepat adalah dengan diet rendah karbo.
Selera makan anda akan berkurangan apabila anda amalkan diet rendah-karbo dan secara tak langsung anda akan turun berat badan secara automatik. Diet rendah-karbo memerlukan anda untuk mengurangkan pengambilan karbohidrat (nasi, mee, roti, dll) dan gantikan dengan makanan yang tinggi dengan protein dan lemak (daging, ikan, telur, yogurt).
#2 Perhatikan Pengambilan Kalori (Tak Perlu Obses)
Apa itu kalori? Kalori ialah unit bagi tenaga. Tenaga inilah yang akan digunakan untuk kita bernafas, bergerak, dan untuk sel-sel dalam badan berfungsi dengan baik. Secara logiknya, kalori yang diambil mestilah lebih kurang daripada kalori yang dibakar. Tetapi jika anda mengambil kalori secara berlebihan, kalori (tenaga) tersebut akan disimpan oleh badan dalam bentuk lemak. Jadi anda perlu ambil tahu pengambilan kalori paling kurang seminggu sekali:
#3 Minum Air, Terutama Sebelum Makan
Soalan yang biasa ditanya, berapa banyak air perlu diminum dalam sehari?
Jawapannya: Bergantung pada individu.
Tidak ada satu pun kajian sains yang dapat membuktikan berapa banyak jumlah air perlu diambil dalam sehari. Jika anda seorang yang aktif atau jenis kuat berpeluh, pastikan anda minum lebih banyak air untuk gantikan air dalam badan yang telah hilang tersebut.
Tetapi, jika anda kurang aktif – kerja pejabat, kurang bersenam – pastikan anda minum air tidak kurang daripada 8 gelas sehari.
#4 Bersarapan Dengan Telur
Telur mengandungi 77 kalori, 6 gram protein dan 5 gram lemak-sihat. Telur memang tinggi dengan kolesterol (212mg). Tapi tak bermakna tinggi kolesterol dalam diet menyebabkan tinggi kolesterol dalam darah. High Density Lipoprotein (HDL) atau kebiasaannya dipanggil kolesterol “baik”, akan meningkat apabila anda mengambil telur dalam diet anda. Individu yang mempunyai HDL yang tinggi kurang risiko untuk mengidap sakit jantung, kanser dan pelbagai lagi masalah kesihatan. Bersarapan dengan telur akan membuatkan anda terasa lebih kenyang kerana telur tinggi dengan kandungan protein.
#5 Minum Air Kopi (Tanpa Gula)
Kopi mengandungi kafein – sejenis bahan psychoaktif yang meningkatkan fungsi mental dan fizikal. Kafein tersebut akan merangsang sistem saraf untuk menghantar isyarat ke sel lemak untuk menghancurkan lemak yang ada dalam badan. Malah, kafein dalam kopi ini meningkatkan prestasi senaman atlit sebanyak 11-12%. Anda digalakkan untuk minum kopi setiap kali sebelum memulakan senaman untuk lebih bertenaga.
#6 Cara Kuruskan Badan: Teh Hijau
Untuk membakar lemak di dalam badan, lemak tersebut perlu dihancurkan oleh sel lemak dan dihantar ke saluran darah untuk digunakan sebagai tenaga. Amalkan meminum teh hijau setiap hari. Ini kerana teh hijau juga membantu pembakaran kalori walaupun anda dalam keadaan rehat/ tidak bergerak.
#7 Banyakkan Sayuran Dan Buah-buahan
Sayur dan buah adalah makanan terbaik wujud di muka bumi – rendah kalori, tinggi serat, tinggi kandungan air dan sangat mengenyangkan. Banyak hasil kajian menunjukkan, individu yang makan lebih banyak sayur dan buah didapati lebih sihat berbanding mereka yang tidak.
#8 Katakan Tidak Pada Gula
Terdapat dua jenis gula:
Pertama, gula semula jadi (good) – gula yang sudah wujud di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran.
Kedua, gula tambahan (bad) – gula yang ditambah di dalam makanan untuk menaikkan perasa seperti di dalam kek, makanan ringan, air berkarbonat, jus di dalam tin, gula-gula, air kordial, ais-krim dsb.
#9 Buat Sedikit Senaman Aerobik (Cardio)
Senaman aerobik sangat berkesan untuk anda kuruskan badan dengan cara betul dan membakar lemak terutama di bahagian perut. Tapi jangan tersalah faham. Fokus hanya pada satu bahagian (contoh perut) sahaja untuk menghilangkan lemak tidak akan berhasil. Dalam satu kajian, senaman selama 6 minggu yang fokus pada bahagian abdomen semata-mata tidak menunjukkan sebarang perubahan pada ukur lilit pinggang dan tiada penurunan lemak yang ketara. Tetapi, dengan melakukan senaman cardio seperti berjalan, berlari, berenang – telah menunjukkan pengurangan lemak di bahagian perut.
#10 Tidur Dengan Cukup (8 jam Sehari)
Kajian menunjukkan tidur yang tidak cukup memberi risiko 89% untuk terjadinya obesiti pada kanak-kanak dan 55% pada dewasa. Tidur yang tidak cukup juga antara punca kenaikan berat badan. Lebih teruk, mereka mempunyai selera makan yang lebih tinggi dan cenderung untuk makan lebih kalori apabila tidur yang tidak cukup. Jadi, cuba usahakan untuk tidur yang secukupnya (lebih kurang 8 jam) setiap hari.
#11 Guna Pinggan Lebih Kecil
Cara ini dianggap pelik tapi berkesan. Contoh, anda ingin kuruskan badan tanpa makan nasi (atau tak lebih segenggam nasi), gunakan pinggan lebih kecil amat membantu. Anda akan makan kurang kalori dengan tip kuruskan badan ini. Cuba lah kalau tak percaya.
#12 Banyakkan Protein
Protein digunakan untuk membina otot, tendon, organ, enzyme, hormon dan banyak lagi fungsi protein untuk tubuh kita. Dan protein memainkan peranan utama dalam proses anda mengurangkan berat badan. Protein lebih mengenyangkan daripada mana-mana karbohidrat atau lemak. Dan selera makan anda akan berkurang apabila mengambil protein dalam diet. Anda boleh makan daging, ikan, ayam, udang, telur, brokoli, produk tenusu (mentega, keju, yougurt, air, susu kambing, susu lembu,) kekacang, oat – dan banyak lagi.
#13 Lupakan “Diet” dan Makan Secara Seimbang
Berapa kali anda gagal dan putus asa dalam berdiet? Apabila setiap masa anda terlalu memikirkan pasal diet, “ini boleh, ini tak boleh”, lama kelamaan anda akan tertekan. Akhirnya anda melantak segala jenis makanan (walaupun anda tahu berat badan anda akan naik) Lupakan sahaja, sebaliknya, fikir dan fokus untuk makan makanan yang lebih sihat dan anda akan sedar cara kuruskan badan lebih mudah dengan 13 cara ini.

Petua: Mudahnya Untuk Cantik. Guna Beras Dan Susu Saje..Jom Cuba..

Nak kecilkan pori-pori pada wajah? Nak muka kurang minyak, nak lembapkan kulit. Beras adalah penyedut terbaik untuk kotoran. Bagus jugak untuk parut. Ikuti perkongsian tips dari Amy Hamid ini:

Anyway hanya guna dua bahan  je susu full cream tak kisah apa jenis amy guna dutchlady. Sebab creamy. Then beras . Ala beras nie ciput je takde sampai habis beras mak kau kau kerjakan hiks. Amy guna half dari bekas putih nie. Senang nak bajet kan. Then modal pon rendah.
 BERAS DAN SUSU
Image may contain: drink 
1st step- rendam susu dan beras semalaman. Letak dalam peti ais. Konpem segar and bau wangi! Bagi beras lembut senang nk tumbuk dgn halus mudah nak lekat dekat muka
Image may contain: plant and food 
2 step- tumbuk sampai halus. Dah rendam senang nak tumbuk

Image may contain: drink 
3step- dah halus masuk balik dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti. Banyak nie boleh tahan seminggu lebih. Boleh pakai hari2. Sebab lagi rajin lagi muka cantik
4step- apply waktu malam sebelum nak tidur. Tempek je then bagi kering dalam setengah jam then bilas. Masa bilas tenyeh ala2 manja. Pastu cuci konpem korang rasa best.!!

Step ada 4 je kan. Mudah sangat. Then cara tradisional lagi cepat nak cantik. Amy pori besar nk kecikkan. Nie cara terbaik! Tak kacau if ada jerawat.so korang ada jerawat gedabak tu nie cara paling tak sakit! Malah lagi cepat baik!

Shared la if korang nak cantik tanpa kesan kimia 

Nak Nampak Awet Muda? Nah, Cuba Amalkan 6 Makanan Agar Anda Nampak Sentiasa Muda Remaja..


Makanan Awet Muda. Sebenarnya cara makan anda yang sihat dan sesuai dengan keperluan tubuh itulah yang membuatkan anda tetap awet muda.

Sesiapapun boleh lebih awet muda jika dia mampu mengawal tahap stress, rajin bersenam, minum teh hijau serta mengambil pelbagai makanan tertentu.Pengambilan protein serta antioksidan yang tinggi begitu diperlukan oleh tubuh supaya semua organ dapat berfungsi dengan baik serta memperlambatkan proses penuaan.

Berikut beberapa jenis makanan yang perlu anda masukkan ke dalam diet harian anda dalam jumlah yang mencukupi supaya anda tetap sihat dan awet muda.
 
Blueberry 
Buah ini mengandungi vitamin C untuk membantu perjalanan darah dan memberikan mineral serta garam pada tubuh. Ia boleh membantu tubuh melawan penuaan. Selain itu, blueberry juga mengandungi kalium yang tinggi. Mineral ini boleh membantu keseimbangan cecair dalam sel sehingga mengurangkan pembengkakkan pada wajah ketika kurang cecair.
 
Teh Hijau 
Daun teh mengandungi antioksidan tinggi iaitu ‘catechins’. Minuman teh hijau juga dikatakan mampu menurunkan berat badan dan mengecilkan ukuran pinggang. Ini adalah kerana ‘catechins’ efektif meningkatkan metabolisme tubuh. Minum secawan teh hijau sehari akan mengurangkan risiko tekanan darah tinggi sebanyak 46 peratus. 
 
Avokado 
Lemak yang terkandung dalam sebiji buah avokado adalah jenis lemak sihat yang tidak menggemukkan. Lemak baik dalam avokado boleh menurunkan risiko strok dan penyakit jantung.
 
Bawang Putih 
Bawang putih mengandungi alisin, zat anti bakteria dan anti kulat yang dapat mencegah kanser, memperkuatkan jantung, mengurangkan penyimpanan lemak serta mencegah jerawat. Untuk mengaktifkan alisin, kupas kulit bawang putih dan makanlah secara mentah. Bawang putih yang dimasak atau dipanaskan terlalu lama akan membuatkan zat ini tidak berguna. Jika anda tidak mampu untuk menelan bawang putih mentah, tukarlah dengan suplemen bawang putih.
 
Epal 
Sebiji epal pada setiap hari boleh menjauhkan anda daripda doktor. Ini adalah kerana epal mengadnungi flavonoid yang berfungsi sebagai antioksidan, pelindung tubuh daripada kanser paru-paru dan usus. Zat tersebebut juga dpat melawan kolesterol jahat dan meningkatkan kolesterol baik.
 
Bawang Bombay 
Bawang bombay mengandungi flavonoidsdan daily sulfide yang berfungsi sebagai anti oksidan pelindung DNA, anti peradangan dan alergi. Paling best, bawang bombay juga mampu meredakan masalah jerawat.

Petua Miliki Bibir Pink Semulajadi Kurang Dari 24 Jam Dengan Menggunakan Bahan Semulajadi..

Memiliki bibir sihat dan kemerah – merahan menjadi idaman setiap wanita. Pasti ramai diluar sana yang gusar jika bibir kering dan pecah – pecah kan? Untuk memiliki bibir yang cantik, kita perlu melakukan rutin tertentu untuk kekalkan ia sentiasa lembut dan cantik. Antara cara mudah untuk kekalkan bibir merah yang ternyata berkesan dalam masa 24 jam sahaja adalah :
1. Keledek Merah
Sapukan potongan keledek merah ini pada bibir anda dua kali sehari supaya warna aslinya serap di bibir.
2. Minyak Zaitun
Sapu dan urut bibir anda menggunakan minyak zaitun setiap malam sebelum tidur. Khasiat minyak zaitun mampu melembutkan dan mencerahkan bibir anda.
3. Madu
Madu mempunyai khasiat yang sangat baik untuk melembabkan dan sekaligus mencerahkan warna bibir.
4. Lidah Buaya
Aloevera dapat menyembuhkan bibir pecah dan sangat berkesan untuk menyembuhkan kulit kering. Untuk mendapat hasil yang terbaik sapukan aloevera di bibir anda setiap malam.
5. Minyak Almond
Minyak Almond mengandungi vitamin E yang mampu memberi kelembapan pada tahap maksimum dengan waktu yang singkat. Anda juga boleh gabungkan minyak almond dan madu sebagai sapuan harian sebelum tidur.
Selamat mencuba ya!