Seorang Kanak Kanak Lelaki Terpaksa Menahan Sakit 30 Minit, Kepala Tersepit Di Jeriji Pintu



SHAH ALAM: Malang menimpa seorang kanak kanak lelaki apabila kepala tersepit pada jeriji pintu di hadapan rumahnya dan terpaksa menahan sakit selama 30 minit sebelum diselamatkan oleh bomba.

Menurut Jurucakap Bomba, kejadian berlaku di Taman Seri Andalas Klang dekat sini pada kira-kira pukul 8.30 malam Ahad.
Pasukan bomba mengambil masa selama 5 minit untuk mengeluarkan kepala kanak kanak terbabit yang tersepit dengan menggunakan pemotong khas. 
Namun, tiada kecederaan yang berlaku dan kanak kanak terbabit dilaporkan stabil. - PENMERAHPRESS

"Jangan Ambil Hak Rakyat, Itu Rakyat Punya..Kalau Ada Ketirisan, Rakyat Hampa dan Hilang Keyakinan," - PM


Penahanan terbaharu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah peringatan kepada penjawat awam terhadap ketirisan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Isu ketirisan 'bersamaan dengan mengambil apa yang dimiliki rakyat' dan beliau turut mengingatkan mereka yang berkhidmat di dalam kerajaan supaya tidak mengambil hak rakyat.
"Apa yang dilakukan SPRM beberapa hari lepas mengingatkan kita mengenai ketirisan. Tentang merampas hak-hak rakyat.
"Jangan ambil hak rakyat, itu rakyat punya. Sebab apa, kita buat peruntukan, program dan bajet sediakan segala-galanya untuk rakyat. Kalau ada ketirisan, rakyat hampa dan hilang keyakinan," katanya dalam perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri yang pertama untuk tahun ini di sini Isnin.
Perdana menteri inginkan perkhidmatan awam 2017 sebagai tahun untuk menyampaikan kesejahteraan dan juga kebajikan rakyat. 
"Janganlah kita dalam silo masing-masing, mengatakan itu hak kita, orang lain jangan campur hak kita. Kalau kita ada sikap seperti ini, kita akan hadapi masalah birokrasi yang keterlaluan," katanya.
Malah menurut Perdana Menteri, tahun 2017 akan menjadi tahun yang berjaya sekiranya mindset semua perkhidmatan awam memberi fokus kepada penyampaian
.

'' Christiano Ronaldo Memang Idola Saya Sejak Dulu Lagi. Kalau Jumpa Beliau, Saya Pasti SELFIE Dengan Dia - FAIZ SUBRI




Mohd Faiz Subri, finalis FIFA 2016 menyimpan hasrat untuk berselfie dengan pemain idola beliau, Christiano Ronaldo.  Malah, emain Pulau Pinang berusia 29 tahun itu juga semakin teruja dan gementar apabila bakal berkongsi pentas dengan bintang bola sepak antarabangsa seperti Lionel Messi dari Argentina dan Antoine Griezmann dari Perancis.

“Ronaldo memang merupakan idola saya sejak dulu lagi. Kalau jumpa beliau, saya pasti selfie  dengan dia.
Ronaldo dijangka akan menghadiri majlis Anugerah FIFA itu untuk menerima anugerah Ballon d’Or 2016 selain dicalonkan untuk anugerah pemain terbaik 2016.
Mohd Faiz dijangka tiba di Zurich pada 7.55 malam Ahad waktu tempatan, bersamaan 2.55 pagi Isnin waktu Malaysia selepas transit di Dubai untuk majlis itu yang dijadualkan pada 6 petang waktu tempatan.
Menurutnya lagi, dia masih lagi belum membuat keputusan pakaian bagaimana untuk dipakainya nanti untuk anugerah tersebut.
“Buat masa ini saya ada tiga pasang baju Melayu dan masih belum membuat keputusan untuk pakai yang mana satu, kerana suhu di sana sangat sejuk. Jika tidak boleh memakai baju Melayu, saya akan sekurang-kurangnya ambil gambar dengan baju Melayu di Zurich,” katanya.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini berkata Faiz sudah mendapat kebenaran daripada FIFA untuk memakai baju Melayu ke anugerah berprestij itu.
Beliau ditemani isteri Norzawanis Hashim, 29, dan dua anak, Akif Fayyadh, 4, dan Muhammad Aqil Zayyan yang berusia lapan bulan.
Jaringan ajaib Faiz yang melanggar hukuman fizik yang dijaringkan ketika meraih kemenangan 4-1 ke atas Pahang, merupakan antara tiga gol yang disenarai akhir untuk Anugerah Puskas 2016.
Dua lagi calon bagi anugerah gol paling cantik sepanjang tahun lalu ialah Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan pemain wanita, Daniuska Rodriguez dari Venezuela.

Disebabkan RUPA Terlalu Cantik, Gadis Ini 'Dikurung' Ibu Bapa Selama 26 Tahun



Angelica Kenova, 26 tahun memiliki rupa yang sangat cantik. Namun disebabkan  memiliki kecantikan yang luar biasa, gadis ini 'dikurung' kedua ibu bapanya.


Kedua ibu bapannya risau sekiranya berlaku sesuatu pada anak perempuannya ini yang tidak pernah menikmati dunia luar.


Angelica Kenova hanya keluar dari rumah bersama pengiring dan juga pengawal keselamatan.

Menurut Kenova kedua ibu bapanya menjaganya seperti seorang puteri malah  setiap gerak gerinya dikawal rapi. Memasuki umur 26 tahun, Kenova berharap dia boleh merasai hidup seperti orang lain. 

Memiliki rupa seperti barbie menyebabkan ibu bapanya khuatir dengan kehidupan luar yang bakal dilalui oleh anak gadis mereka itu.

LELAKI 'POKOK' KEMBALI MENJADI NORMAL SELEPAS MELALUI 16 PEMBEDAHAN



DHAKA: Seorang lelaki yang sebelum ini mengidap ketuat di seluruh badan menjadi perhatian orang ramai dan dikenali sebagai lelaki pokok.
Kini beliau telahpun kembali normal apabila menjalani 16 pembedahan untuk membuang ketumbuhan seberat 5 kg pada kaki dan tangannya.

Abul Bajandar, 27 tahun mempunyai seorang anak perempuan merupakan salah seorang daripada 4 individu yang mengidap episermodyssplasia verruciformis.
Rawatan kepada beliau mendatangkan hasil dan mencapai hasil luar biasa dalam perubatan moden. 
“Tangan dan kakinya kini berada dalam keadaan baik. Dia akan dibenarkan pulang dalam tempoh 30 hari selepas menjalani beberapa pembedahan kecil lain untuk menyempurnakan bentuk tangannya,” tambah Samantha.
Beliau yakin Abul merupakan individu pertama menghidap penyakit itu yang berjaya dirawat apabila pasukan perubatan memberi jaminan bahawa ketuat tersebut tidak akan tumbuh semula.
Menurut Abul Bajandar, beliau tidak menyangka akan mampu memegang anakya dan tidak sabar untuk pulang ke rumah. 
Beliau menjadi selebriti selepas ke­adaan kesihatannya mendapat liputan meluas media tempatan dan antarabangsa. – PENMERAHPRESS

HARI PERTAMA SEKOLAH, ANAK TOMOK ARRIAN SHAH TAK MAHU PULANG KE RUMAH


Arrian Shah, anak kepada penyanyi Tomok kini sudahpun memulakan persekolahan awal namun apa yang menariknya,  Arian Shah Akid tidak mahu pulang selepas hari pertama sesi persekolahannya tamat.



Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 32 berkongsi keadaan hari pertama Arrian yang menghadiri pra sekolah yang kini berusia 4 tahun.

Rata rata peminat Tomok berpendapat, Arrian mungkin terlalu gembira pada hari pertama anak Tomok memasuki persekolahan dan apalagi dapat berkenalan dengan rakan rakan baru.


Selain Arrian Shah Akid, Tomok juga mempunyai seorang lagi anak Andrasha Iman yang kini memasuki umur setahun.

ISTERI PERTAMA SUAMI TERIMA SAYA SEBAGAI MADUNYA - KING COCO




KUALA LUMPUR - King Coco atau lebih dikenali dengan nama Coco yang menjadi viral melalui video loghat mat sallehnya dan kini sudah pun bergelar isteri kedua kepada Azrin Anas.


Sah menjadi isteri Azrin pada ahad lalu, Coco atau nama sebenarnya Marshaira Ismail, 19 tahun diijabkabul bersama dengan Azrin Anas, 33.


Isteri pertama suaminya itu dikatakan telahpun menerima beliau sebagai madu. Menunrut coco lagi, dia tidak boleh melarang netizen daripada mengecam nya namun sebagai insan biasa, keluarga beliau tetap terasa. 



Manakala di media sosial pula, screenshot ucapan rindu daripada suaminya Azrin kepada isteri pertamanya tersebar yang dimuat naik 2 minggu lalu. -PENMERAH PRESS