Bayi Shaheizy Sam & Syatilla Senyum Ketika Ultrasound



SIAPA yang tidak teruja apabila anak yang dikandung memberikan senyuman ketika melakukan imbasan ultrasound


Ini yang berlaku terhadap pelakon Syatilla Melvin yang berkahwin dengan Shaheizy Sam dan kini bakal melahirkan anak tak lama lagi.  Beliau yang berkongsi kegembiraannya bersama peminat menerusi Instagram miliknya.
Isteri kepada Shaheizy Sam itu berkongsi sekeping foto imbasan ultrasound bayinya yang kelihatan seperti tersenyum.

“Tadi pi tengok dia, sekali dia senyum laaa kat mak pak dia…haih doakan yang baik2 naa.amin,” tulisnya yang kini sedang hamil anak sulung.
Post tersebut yang mendapat lebih 16,663 like dan 127 komen itu menarik perhatian netizen yang rata-rata kagum dengan kejadian tersebut.
Pengikut laman sosial juga turut mendoakan agar segala urusan Syatilla dipermudahkan sehingga dia melahirkan nanti.
Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin mendirikan rumah tangga pada 7 Februari tahun lalu di Bukit Jawi Golf Resort, Nibong Tebal, Pulau Pinang selepas 6 tahun berkenalan.

Ex-GF Sedih Tengok Kemesraan Sufian Suhaimi & Elfira Loy?



UMUM sudah mengetahui keakraban hubungan penyanyi Sufian Suhaimi dengan pelakon Elfira Loy kerana sejak akhir-akhir ini mereka sering keluar bersama.


Terbaharu, Sufian mengambil satu lagi langkah ke hadapan dalam usahanya untuk ‘memikat’ Elfira apabila dia dilihat memberikan jambang bunga ros sempena meraikan ulang tahun ke-23 aktres itu.
Sebelum ini juga, menerusi posting di Instagram Elfira, Sufian merupakan satu-satunya rakan artis yang turut sama menyertai majlis sambutan hari jadi Elfira di sebuah rumah anak yatim di Cheras, Kuala Lumpur.

Menerusi IG Stories yang dimuat naik Elfira, Sufian difahamkan menjadi insan pertama yang mengucapkan ucapan selamat hari lahir padanya tahun ini selain dia juga menghadiahkan jambangan bunga yang pastinya cukup menggembirakan hati pelakon genit itu.
Selang beberapa minit selepas itu, bekas teman wanita Sufian yang dikenali sebagai Izyan juga ada memuat naik emoji menangis dan heartbroken seolah-olah menggambarkan perasaannya pada ketika itu menerusi IG Stories-nya.
Kegembiraan Sufian menyambut birthday ‘rakannya’ itu mungkin sedikit tercalar apabila timbul pula kenyataan-kenyataan ‘panas’ daripada seorang wanita yang mendakwa dirinya merupakan rakan sebilik dengan bekas teman wanita Sufian.
Wanita yang dikenali sebagai Bahiyah Khiruddin itu mendakwa Sufian seolah-olah sudah melupakan teman wanitanya sebaik namanya mengecap populariti dalam sekelip mata.

Malah, Bahiyah turut mengatakan Sufian sengaja men‘dump‘ teman wanitanya, Izyan semata-mata mahu mengorat pelakon tersebut.
Difahamkan pasangan ini baharu sahaja putus cinta berdasarkan pemerhatian pada tarikh terakhir Izyan memuat naik gambar mereka bersama iaitu kira-kira sebulan lalu.
Namun begitu, Sufian penah menjawab gosip cinta dengan Elfira sebelum ini di sebuah portal, dengan mengatakan dia hanya berkawan sahaja dengan Elfira. Apa pun, masing masih masih muda. Perjalanan masih jauh. Doa yang baik baik. 

Hai Jodoh, Semoga Kamu dan Aku Segera Dipertemukan



Hidup kita adalah sebuah perjalanan untuk mencari cinta Nya demi syurga yang didambakan. Setiap perjalanan pasti terselit ujian-ujian yang menduga dan terbitnya sebagai kifarah dosa-dosa kita.Jadikan pengalaman lepas untuk pengajaran berguna untuk masa kini.

Orang kata untuk mendapatkan jodoh kita perlu berusaha. Berusaha yang bagaimana ?

Berusaha untuk menjemput jodoh itu dengan cara.

1. Jaga hubungan dengan Allah dan sesama manusia.

Jaga hubungan adalah dengan melalui solat, cukupkan solat 5 waktu. Mulakan dengan perkara kecil tetapi perlu berterusan contohnya melakukan sesuatu dengan bismillah dan berzikir kepadaNya. Bangun solat Subuh dan jaga juga hubungan dengan mak ayah kita mahupun dengan adik beradik dan sahabat.

2. Belajar untuk setia 

Kadang kadang kita ini tak sabar, terlalu terburu-buru, terlalu cepat untuk mengucap sayang. Sehingga satu persatu kita berjanji sumpah setia. Kita mudah meluah rasa sayang dan tukar pasangan. Belajarlah untuk menjadi seseorang yang terbaik untuk di miliki. Belajarlah untuk setia pada yang satu, setia pada cinta Allah. InshaAllah di permudahkan.

3. Persiapkan diri dari segi kewangan dan kebendaan.

Mulai dari sekarang kumpullah sedikit demi sedikit duit tabungan tak kira lelaki mahupun perempuan. Zaman sekarang untuk berkahwin kosnya tinggi walaupun majlis yang sederhana. Jika jodohnya sudah tiba maka saat itu semua telah di siapkan maka binalah masjidmu.

4. Kekuatan kita adalah doa.

Kita akui kekuatan kita adalah doa, tapi kenapa tak berdoa ?

Hanya berserah semata tanpa ceritakan padaNya. Jangan sombong dan sangsi. Allah Maha mendengar. Mungkin dari 1000 doa kita , doa yang ke 1001 di makbulkan Allah. Doalah yang baik-baik.

5. Selalu buat solat taubat dan solat hajat

Allah mahu lihat sejauh mana keseriusan kita dalam mencari cintanya. Buatlah solat taubat untuk kita dekatkan diri dan serah hati padanya. Sesudah itu lakukan solat hajat dan nyatakan hajat kita padanNya.

6. Istikharah adalah seperti kita meminta pendapat dan pandangan dari orang lain.

Selain kita melakukan istikharah, istikharah dapatkan pandangan orang dan mintalah pertolongan pada ustaz mahupun kawan-kawan untuk mencarikan. Taaruflah mana tahu ada jodoh.

Hai jodoh, semoga kamu dan aku segera dipertemukan. Dipersatukan dalam cinta-Nya dengan jalan yang indah sesuai dengan scenario-Nya. Sekarang, cukuplah kau ada hanya dalam doaku. Tak harus tahu  sepertimana dirimu sekarang,  jika kau belum siap untuk menggenapkan diri yang aku miliki. Cukuplah kita hanya terhubung dalam doa, berusaha saling setia dengan tidak mengumbar cinta kepada dia yang belum halal.

Kadang ada sesuatu dalam hati yang dinamakan rindu. Dia terus menanyakan dirimu seperti apa, dan  bila kita bertemu ?.Ia adalah salah satu alasanku untuk terus muhasabah diri untukmu. Tidak hanya itu, rindu aku titipkan kepada penciptanya dengan penuh keimanan. 

Jodohku, tau kah kalau aku disini menunggumu. Menantimu datang membawa rindu yang telah aku titipkan padaNya. Menyempurnakan iman yang akan membuat cinta ini kukuh. Cepatlah datang, aku disini masih menunggu.

Mama Rindukan Kamu Sayang.Mama Sayangkan Kamu...

Setiap ibu bapa pasti mengimpikan yang terbaik buat anak-anaknya. Semenjak dalam kandungan lagi, pelbagai perancangan yang sempurna buat anak yang bakal lahir. Tapi kadangkala kita hanya merancang, tetapi Allah S.W.T yang menentukan segalanya. Seperti yang diluahkan oleh Puan Yana Erryana di Facebook miliknya cukup menyentuh hati dan perasaan di atas kehilangan anak pertamanya yang ditunggu selama ini. Innalillahiwainnailaihirojiun, Takziah diucapkan kepada Puan Yana. Semoga puan dan suami tabah. Ikuti luahan puan Yana:




"Mama rindukan kamu.. mama sayangkan kamu.. mama mampu mengandungkan kamu.. melahirkan kamu.. mama tak mampu kehilangan kamu. Mama tak boleh lupa anak mama yang mama kandung selama 9bln 10hri.. mama rindukan awak sayang.. kurang ke mama menjadi mama yang sempurna?tak sempurna ke mama dan papa... dekat mana kebahagia mama sayang... mama cuma perlukan anak dalam hidup Mama dan papa.. kesian dekat papa.. papa selalu sebut-sebut nama kamu sayang..

Kalau tak, anak syurga Mama dah ada dekat sisi mama skg nie.. mesti keluarga kita sekarang nie bahagia ada kamu sayang..Mama mampu sabar dan kuat trima takdir dan redha kehilangan orang yg paling mama sayang Raya haji ke3.



Pagi jam 8.00 mama baring-baring, tiba-tiba kuar air ktuban dh pecah mula tu mama xtau lagi,, mama terus mandi2.. n mama sambong baring balik.. mama borak2 dgn Papa ajak mama jln2 g taman tasik konon2nya.. bila mama tgh main hp tgok fb baju2 baby yg comel2 tu mama geram2 aje.. last tu kuar lagi air ktuban bila mama cium je bau mcm pecah air ktuban mcm dkt hspital biasanya mama bau.. mama mcm trkjut aje.. terus mama bg tau papa,, papa tidor lagi papa kata tu kencing lah tu, mama terus Wsp kakak spupu Zakariyah Zaleha bg tau dia air apa tiba2 kluar nie?? K.leha sruh g hospital trus, tanda2nya anak mama nak keluar. papa pn siap2 bwak mama g HOSPITAL KLANG AMPUAN RAHIMAH. 

 Perjlnan nk ke hspital anak mama dlm perut okey aje gerak aktif lasak aje.. mengerass aje okey..
Samapi sana jam9 bru 2cm.. jam11pg terus naik ward 2B mama tak sakit lagi.. jam 2ptg mama dah rasa sakit 5mnit 5mnit, air ketuban pn dh trlalu bnyak kluar sgt2.. k.leha asyik trus wsp mama suh chek dh bpe CM mama bg tau nurse,, nurse marah2 tak nak layan pn.. nurse ckp dokter akan dtg 7 jam tggu mama betul2 sakittt!
Papa dtg anta bag baju baby, papa gembira sgt bila anak dia tiba masanya nak keluar melihat dunia.. papa kata papa tk sbr nk cium pelukk anak papa nie.. sambil papa sayang2 belai2 perut mama.

Baby kuat tendang2 mama sakit sgt2 pinggang ni. Kaki mama asyik kebas2 aje.. tetap sakit 5mnit2, cuma allah aje yg tahu sakitnya mcm mana.. Papa tetap tggu mama.. dokter dtg chek,, dokte kata bru 3cm tggu 7cm bru boleh brsalin, klau x sakit jgk esok pg brsalin paksa masokkan ubat. Mama pn relakan aje lah demi anak mama. Nurse pn rami dah dtg dok pukul2 mama suruh jgn menjerit. Dan kepit peha.. supaya darah x byk kuar.. dokter pn sama lambat dtg. Nurse pn call papa ckp mama dah nak bersalin.

Kbtulan papa masih ade dkt kuasan parking area HOSPITAL. Mama terus nurse nurse gila tu bawak mama g LVLROOM. BILIK PEMEDAHAN jam 12.10 mama kena operate sabb nyawa mama n anak 50-50 antara hidup dan mati.. last sekali bila mama nak pejamkan mata mama cuma nampak Suami Yana Eryyana Love Shahri Hamid ade skali di sblah mama.Jam 1;05 mama dah bersalin oprate baby girl. 



Tapi...........

Baby mama tak dapat di selamatkan lagi..... ALLAH lebih sayangkan anak mama dari mama. mama ingin tahu apa jantina anak mama lelaki ke perempuan. Mama dah tak sabar nak tgok wajah anak mama.. dalam hati mama mesti papa tgh dukong anak dan azan kan anak mama.. bahagia yg amat bahagia dalam hati yg sgt gembira.. tak dapat aku nk melihat wajahnya tangisan suaranya.
Time 15.9.2016 Pagi jumaat

Mama tanya papa mana anak mama papa.. anak kita lelaki ke perempuan?? Papa taknak jawab.. muka papa sgt2 merah.. dan papa rasa bersalah kalau dia nk bg tahu mama.  Mama tany lagi mana ank mama papa??? Papa pn bagi tahu mama sambil papa mengalirkan air mata,Papa cakap anak kita dah tak de.mama time tu tetap tak faham apa yg papa cakapkan itu benar atau tidak.. dokter pn ckp elok2 dkt mama.. yg ank mama dh meninggal dunia. betapa hancurnya hati mama.mama mampu menagis dan meroyan suara mama slow mama x leh nk ckp apa2 lagi... 

Mama dgr suara suara ank org di keliling mama.. mama rasa mama nk terjun bunuh diri pn ada sayang!!!

Sampaikan jam 2ptg suami aku dtg bawak bayi yg aku lahirkan.... Subhanaallah....Anak kita papa..
Papa balut dgn kain batik mama.. mama sruh papa buka balutan itu..Mama tengok wajah2 kali pertama dan terakhir wajah anak mama sebijik muka papa (SYARIFA NUR JANNAH).

Mama mntk maaf syg mama x dpt nk jaga awk.. mama xtau nk ckp apa masatu syg.. mama mampu menagis. Mama cium pipi kamu.. mama belai rambut kamu.. mama cium2 dahi kamu.. mama seakan-akan tdk prcaya anak mama yg slamni ade di rahim mama kini pergi tinggalkan mama..

MAMA TERLALU RINDUKAN KAMU....


Mama diam aje.. air ketuban dah terlalu bnyak kluar.. sampai basah katil,, Waktu melawat dah abiss papa pn terpaksa kluar dantak makan. smpi lah waktu melawat jam5 smpi jam7ptg papa ada disini teman mama.. mama asyik banyak membebel aje mcm2 mama bebelkan. asyik menyampah aje tgok muka papa, mcm nk tumbok aje tgok muka papa.. bila papa dh kluar jam 7.30 ptg papa masih tggu mama dkt bawah..
Jam 12mlm papa masih ada di sblah mama,, smbil papa suapkan roti n air suam... lpastu mama sruh papa pg lah balik dlu rehat2..papa xnk balik.. papa kata papa yg pertama tgok wajah ank mama, dan papa yg nk teman mama dkt LB.. mama ckp esok pv jam7.30 mama ke masok ubat brsalin paksa sbb mama xde sakit yg terus lagi. Papa pn kata oeky lah pala balik dlu..papa pn syg2 perot mama.. last tu mama tgh bring.. sakit lagi 5mnit.. nurse pn ramai yg cuti last tu mama rasa mcm nk berak tapi tak larat nk bgun dri katil.. peha mama mula rasa lain mcm je,last tu mama rasa mcm nk kentot aje.. mama pn lepasskan aje kentot tu.. last2 dh hembuss!! Mama rasa mcm dh lecak2 aje kt peha mama ingatkan mama dh trberak cirit birit.. bila mama buka selak kain darah ketul2 masih keluar dkt clah kangkang pehaaa mama pn jadi terkejut.. mama jadi lemah bila tgok darah dh bayak sgt2 kluar.. mama dah terlalu sakitt!!!!!

Mama pegang besi dan mama terus teran dgn skuat-kuatnyer.. mama teran lagiiii! Smpaikan suara mama dh slow.. mama rasa kepala anak mama dh klaur ade dkt celah kang2 mama.mama jerit dlm kskitan nurse dtg chek.. nurse tu kepit peha mama x bg kang2.. nurse tu kepit peha mama sgt kuat! Nurse selokk tolak kepala anak mama ke dalam dia sumbat balik. nurse kata mama belom nk brsalin lagiiii.. mama dah terlalu sgt2.. sakit!.. mama jerit sakit!!!!

Nurse masokkan ubat pengsan. baby mama pn jantung dh lemah sgt2 baby pn dah lemass! mama pn rasa mcm tgh tidor..

Jam 4:00 mama dah sedar.. mama pn cakap nurse mana mana suami saya?? Nurse kata ada di luar.. mama tanya saya dah bersalin ke?? Nurse kata iya puan.. nurse kata puan jgn byk ckp puan bru sedar..
Mama rasa bahagia sagat bila tau perut mama dah kempis n mama dah selamat bersalin 

ALHAMDULILLAH SYUKUR PADAMU YA ALLAH..
Tapi......
Bila mama dah kluar dri labor room.. mama nampak papa,tapi muka papa merah mata papa bengkak.. tapi.... dlm hati mama berkata knp papa sedih?? Knp papa x gembira mama kn dh slmat brsalin?? Hati mama asyik tertanya-tanya knp???.... terus naik ward.. pagi jam 4:40 tukar katil tukar baju..

Time tu mama sangat2 gembira sgt.. mama x boleh bergerak byk sbb sakit..!!
Demi suami tercinta aku bersabar lagi... aku xnak tunjuk yg aku ni meroyan.. aku xnk suami aku ikot sedih.. aku tetap tahan sedih aku.. aku hanya mampu menagis dalam hati.aku ajak suami aku tgok anak aku.. aku xleh bgun dn brgerak.. aku sabar lagi.. sampaikan ke esok hari jam 7pg.. suara bayi menagis di telinga.aku pn mala meroyan carik mana suami aku mana ank aku.. nurse2 tu lah yg dok pujuk2 aku.. aku nak bayi org kliling aku dukong ank khulur khilir😭😭😭

MAMA PAPA I LOVE YOU SYARIFA NUR JANNAH BITI SHAHRI

SELAMAT TINGGAL SAYANG
AL-FATIHAH
ANAK SYURGAKU PUTERI SULONG KAMI SYARIFA NUR JANNAH 


Mama sayang kamu dunia akhirat

Tenanglah kamu dia sana wahai anak syurgaku⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘


Tenanglah kamu disana.. doakan mama dan papa bahagia till jannah Aamin..
15/9/2016 Al-Fatihah

“Anak Tiri Panggil Saya Mummy Princess”- King Coco



Instafamous yang sering mencetus kontroversi iaitu Kingcoco mengakui, dia tidak menyangka dirinya akan hamil sebegitu cepat.

Menurut laporan Astro Gempak, Coco atau nama Marshaira Ismail, 20, berkata dia seperti sedang bermimpi apabila mengetahui berita gembira tersebut.
“Rasa macam mimpi pula, tak sangka secepat ini saya mengandung.
“Pada mulanya saya merancang untuk mengambil anak angkat sebagai peneman kerana suami selalu tiada di rumah.
“Lagipun kami merancang untuk mempunyai zuriat sendiri dalam tempoh dua tahun selepas berkahwin tapi ini rezeki Allah.
Menurut Coco, dia sangat sukakan kanak-kanak dan sangat rapat dengan anak-anak tirinya.
“Saya tidak pernah tolak. Memang saya sukakan kanak-kanak malah, anak-anak tiri saya pun sangat rapat dengan saya sampai memanggil saya dengan nama Mummy Princess.''
Buat masa sekarang dia tidak mengalami lagi alahan yang teruk atau mengidam yang bukan-bukan. Malah dia menyimpan hasrat untuk mempunyai 2 orang anak dan kini sudahpun membuat perancangan untuk anak anak yang bakal dilahirkan nya.

Pembantu Rumah Terkejut Bila Tahu Shuib Luahkan Nak Kahwin Lagi..!!



Pembantu rumah Shuib Sepahtu terkejut apabila pelawak tersebut menyatakan hasrat untuk berkahwin buat kali kedua. Perkara tersebut diakui Shuib ketika ditemui pada sidang media sempena ulangtahun ke-enam perkahwinan mereka bertempat di Bora Ombak, Putrajaya pada petang Selasa.
 

Menurut Shuib, ketika dia memberitahu kepada pembantu rumah hasratnya untuk kahwin lagi, reaksi dia sangat kelakar. Memang dia terkejut tapi lepas tahu dia ucapkan tahniah.
 
“Begitu juga dengan Datuk Rosyam Nor. Reaksi dia sangat lucu ketika saya hubunginya untuk jemput dia hadir ke majlis perkahwinan kami.
 
“Dia terkejut sampai saya kena marah, selepas saya jelaskan perkara sebenar barulah dia okay,” katanya ketawa.

Mengulas mengenai perkahwinan tersebut, Shuib mengatakan ianya merupakan hadiah istimewa buat isterinya, Siti Sarah bagi meraikan ulangtahun mereka tahun ini. 

Ketika kahwin dengan isterinya 6 tahun lepas, dia tidak mempunyai wang yang cukup dan hanya melakukan akad nikah sahaja. 

Majlis kahwin ini dibuat sebagai tanda menghargai isteri beliau yang tidak dapat merasa perasaan untuk bersanding seperti orang lain. 
 
 
“Tidak kira waktu saya susah atau pun senang, dia sentiasa menyokong dan memberikan semangat kepada saya.
 
"Tak kiralah orang nak kata dah lambat ke, dah ada anak tiga ke, saya tak kisah. Bagi saya inilah masanya untuk tunjukkan betapa sayangnya saya kepada Sarah,” ujarnya.
 
Majlis persandingan Shuib dan Sarah akan berlangsung pada 26 Februari lalu bertempat di Bora Ombak, Putrajaya.

Seniman Legenda, Jins Shamsuddin Meninggal Dunia.. Al FATIHAH




HULU KLANG: Seniman legenda yang disegani, Tan Sri Jins Shamsuddin, 81, meninggal dunia di sebuah klinik di Taman Melawati, di sini, dipercayai akibat sesak nafas selepas tercekik kuih di kediamannya, petang tadi. 

Anak kedua Jins, Putera Hang Jebat, mengesahkan bapanya meninggal dunia setibanya di klinik, kira-kira jam 5.45 petang. "Ayah minum petang dan ketika hendak makan cekodok, ayah tercekik. 

Melihat keadaan ayah, Mak segera membawa ayah ke klinik berdekatan. "Bagaimanapun, ayah disahkan meninggal dunia setibanya di klinik,," katanya kepada BH Online. 


Hang Jebat berkata, dia dan adiknya, Hang Nadim masih terkejut dengan apa yang berlaku ke atas Allahyarham. 

Sedikit latar belakang Jins Shamsudin;
Pembabitan beliau dalam bidang seni bermula apabila menjalani uji bakat yang diadakan oleh P. Ramlee, di mana beliau diterima sebagai pelakon tambahan. Dari pelakon tambahan, beliau sedikit demi sedikit menimba pengetahuan dari P. Ramlee . P.Ramlee amat sukar untuk menerima tawaran belakon daripada pengarah-pengarah yang lain. 


Tan Sri Jins Shamsuddin 
* Dilahirkan di Taiping, Perak pada 5 November 1931 

* Berlakon lebih 40 filem antaranya Sarjan Hassan, Gerak Kilat, Si Tanggang, Bukan Salah Ibu Mengandung dan Sumpah Wanita. 

* Filem arahannya, Menanti Hari Esok, Bukit Kepong, Ali Setan, Esok Masih Ada dan Balada. 





* Melanjutkan pengajian dalam bidang perfileman di London Film School dari 1970 hingga 1972 dan dianugerahkan Diploma dalam Teknologi Filem (Motion Picture Technology) dengan Kepujian Kelas Pertama. 

* Dilantik sebagai Ahli Dewan Negara selama dua penggal bermula 13 Oktober 2004 hingga 11 Februari 2011 

* Perkahwinannya yang pertama bersama seniwati Allahyarham Rahmah Rahmat di Singapura pada 6 Februari 1961 dikurniakan dengan seorang putera bernama Jefri yang kini menetap di Singapura. namun mereka bercerai pada 1963. 

* Sedekad selepas itu, Jins berkahwin kali kedua dengan Puan Sri Halijah Abdullah, beliau dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putera Hang Jebat dan Putera Hang Nadim 

* Pada 2011, Jins disahkan menghidap penyakit Alzheimer yang menyebabkan beliau hilang ingatan dan tidak boleh bercakap. Anugerah dan pencapaian *Anugerah Seniman Negara pada tahun 2009. * Anugerah Seniman Veteran bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) edisi ke-18 pada tahun 2004 di Arena of Stars, Genting Highlands. 

* Pesta Filem Asia ke-26 di Bali, Indonesia (1980): filem "Esok Masih Ada" lakonan dan arahannya telah memenangi Anugerah Mitra bagi Tema Terbaik yang menganjurkan perpaduan kaum. 

* Tujuh anugerah dalam Pesta Filem Malaysia Ketiga untuk filem peperangan, "Bukit Kepong" (1981), sebuah filem tulisan, lakonan dan arahannya; * "Silver Crane Award" dalam Pesta Filem Asia Pasifik (1987); 

* Jemaah juri sebanyak lima kali bagi siri "Pesta Filem Asia Pasifik"; * Penghormatan dan kepercayaan untuk mengarah teater bernilai RM2 juta untuk filem yang berjudul "Merdeka! Merdeka! Merdeka!" di Istana Budaya, bersempena sambutan kemerdekaan 2002. 

Pementasan teater tersebut berlangsung selama lima jam selama lebih dari dua minggu;

 * Pingat Darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang membawa gelaran 'Datuk' oleh Paduka Seri Sultan Perak (1990); 

* Kesatria Mangku Negara (KMN) daripada Yang di-Pertuan Agong (1990); 

* Ijazah Kehormat Sarjana Persuratan oleh Universiti Sains Malaysia (1999). 

* Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) membawa gelaran Tan Sri (2007) 


Filem arahan Jins Shamsuddin Pada 1969, filem pertama arahannya "Bukan Salah Ibu Mengandong" telah menjulang namanya sebagai penulis lakonlayar, pelakon dan pengarah, malah telah mengangkat kewibawaan Studio Merdeka. 

Melangkah ke akhir '70-an hingga awal '90-an 

1970: Di Belakang Tabir 1977: Menanti Hari Esok 

1979: Esok Masih Ada 1979: Tiada Esok Bagimu 

1981: Bukit Kepong 

1982: Esok Untuk Siapa (Pendigitalan semula) 

1985: Ali Setan 

1993: Balada




Sumber: Berita Harian