Tidur Boleh Kurangkan Berat Badan? Punyalah Senang Nak Kurus!..


Tidur cukup boleh kurangkan berat badan? Haaa... macam tak percayakan, tapi betul! Kalau anda tidak cukup tidur, ini akan memberi kesan pada berat badan.  Masa itulah badan akan letih. Sesetengah orang juga akan bergantung pada kopi untuk membuka mata. Sebab terlalu letih juga, anda tidak akan bersenam.

Kebanyakan pakar bersetuju bahawa mendapatkan tidur yang cukup adalah penting untuk kesihatan tubuh dan juga berat badan sebagai mana pentingnya diet dan senaman.
Mengurangkan tidur akan menyebabkan otak membuat keputusan yang tidak baik. Ini menumpulkan aktiviti dalam lobus frontal otak, bahagian kawalan pembuat keputusan. Umpama anda berada dalam keadaan sedikit mabuk. Minda tidak dapat membuat keputusan yang baik.

Tambah pula, jika anda terlampau letih, pusat ganjaran di otak akan mencari sesuatu yang akan rasa lebih seronok. Jadi, semasa anda cukup tidur,  anda mampu menolak rasa teringin makan makanan yang memuaskan atau ‘comfort food’. Sebaliknya bagi otak yang tidak cukup tidur,  anda mungkin bermasalah untuk berkata tidak pada makanan yang berada di hadapan mata pada ketika itu.

Kajian yang telah diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition mendapati bahawa mereka yang tidak tidur pada waktu malam, selera makan pada waktu itu akan meningkat. Berkemungkinan besar mereka akan memilih makanan tinggi karbohidrat.

Hormon lapar

Tidur umpama nutrisi untuk otak. Kebanyakan orang memerlukan antara 7 hingga 9 jam waktu tidur setiap malam. Jika tubuh mendapat waktu tidur kurang dari itu, berkemungkinan tubuh akan memaksa anda mencari makan untuk mengisi perut yang lapar.
Kenapa pula keadaan ini berlaku? Semuanya kerana kurang tidur akan memberi kesan pada hormon lapar dan hormon rasa kenyang yang dikenali sebagai ghrelin dan leptin.
Ghrelin akan beri isyarat pada otak masa untuk makan. Apabila kita kurang tidur, tubuh akan menghasilkan lebih banyak ghrelin.
Leptin pula, akan memberi isyarat pada otak untuk berhenti makan. Apabila anda tidak mendapat tidur secukupnya, tahap leptin akan jatuh menjunam. Ia akan memberi isyarat pada otak untuk makan lebih banyak.

Lemak terkumpul dalam tubuh

Kurang tidur membuatkan anda rasa mamai. Ini yang telah dijelaskan oleh penyelidik di University of Chicago. Dalam masa empat hari tidur yang tidak cukup, kebolehan tubuh untuk memproses insulin – hormon yang diperlukan untuk mengubah gula, kanji dan makanan lain kepada tenaga - menjadi tidak keruan.
Sensitiviti terhadap insulin juga telah menunjukkan kejatuhan sehingga 30 peratus. Mengapa keadaan ini tidak baik?
Apabila tubuh tidak memberi tindak balas yang sempurna terhadap insulin, tubuh mempunyai masalah memproses lemak-lemak daripada aliran darah. Akhirnya lemak itu akan tersimpan dalam tubuh,
Perlu diberi perhatian juga. Tidak bermakna jika anda tidur, berat akan kurang. Tetapi tidur yang sedikit akan menghalang metabolisme dan menyumbang kepada penambahan berat badan.

Tip Tidur Sempurna

Zaman sekarang, hendak mendapatkan tidur yang sempurna agak susah. Ditambah pula apabila semua skrin gajet yang ada menggoda kita untuk berjaga lebih lama.
Asas untuk mendapatkan tidur yang cukup dan sempurna amat mudah.
Lakukan tip berikut:

1. Tutup komputer, telefon bimbit, dan televisyen sekurang-kurangnya sejam sebelum anda tidur.
2. Jadikan bilik tidur hanya untuk tidur dan bukan perkara lain. Fikirkan tentang rehat dan bukannya tentang hiburan dan kerja sewaktu berada dalam bilik tidur.
3. Cipta ritual waktu tidur. Sebagai contoh, mandi air panas sebelum tidur.  
4. Berpegang pada jadual waktu tidur dan waktu bangun yang sama setiap hari. Ikut juga jadual ini pada hari minggu.
5. Jaga makan. Elakkan makan hidangan berat sebelum tidur yang akan menyebabkan pedih ulu hati dan menyukarkan anda tidur. Elakkan minum soda, teh, kopi dan coklat selepas pukul 2 petang. Kafein boleh berada dalam sistem tubuh selama 5 hingga 6 jam.
6. Tutup lampu. Kegelapan boleh memberi isyarat pada tubuh untuk melepaskan hormon tidur asli iaitu melatonin. Jika lampu terbuka, cahaya terang akan menahan hormon ini daripada keluar.

Petua Cantik dan Kurus Secara Selamat, Minumlah Jus 'Kurus Keding' Berkesan Dalam Tempoh 3 Hari Sahaja..Jom Cuba..

Minumlah Jus Kurus Keding Kalau Betul Nak Cantik Untuk Suami



Bukan senang mak-mak nak kurus kalau setiap hari terpaksa masak untuk anak-anak dan suami. Haruslah tergoda dengan makanan dan akhirnya duduk semeja makan bersuap!

Alahaaiii... cabaran sungguh! Tetapi kali ini anda mungkin boleh guna petua cantik dan kurus dengan hanya minum jus yang dikongsi oleh Puan Mastura Rashid ini, jom semak...

OK, Siapa azam tahun baru dia nak kurus dan cantik jelita? Baik ngaku cepat.

Sayalah tu...
Ok, harini saya minum JUS KURUS KEDING.
(#acahje takdelah sampai keding)
Fresh juice, fresh fruits.
Sangat BERKESAN ok!

Sebelum ni mak saya yang minum, hasilnya memang dia loose weight banyak sangat dan tobat taknak minum dah. Ni hari ke-3 saya minum.



BAHAN (untuk stok 3 hari):
2 biji green apple
2 biji medium-sized carrot
1 biji navel orange (besar) atau 2 biji limau sunkist
2 inci halia
2 cawan air sejuk

CARA:
Blend semua, takyah tapis sebab dah halus. Dan hampas tu sumber fiber, buat kita kenyang lama sikit. Tambah gula/madu. Gula jangan banyak tau. Nak jadi Cinderella ke Fiona Shrek? Nak jadi Fiona, gula tambah 10 sudu. Madu takpe banyak, tapi guna madu asli je.



ATURAN:
Minum setiap pagi, sebelum sarapan. Kalau ada #gastrik, alas dulu perut dengan makanan ringan seperti roti atau biskut. Lepas minum jus, rehatkan perut, biar proses detox dan pengkurusan berjalan, dan jampi sambil hala lidi kat badan sendiri "Baba thin sheep, kuruslah kau wahai (sebut nama sendiri)." Acah-acah #harrypotter. 14 hari kena jampi, memang kuruslah.



Q&A JUS KURUS:

1. Pregnant dan BF boleh minum?
Boleh. Bagus sangat untuk baby. Dapat best nutrients dan vitamin buah-buah.

2. Pantang boleh minum?
Yes, boleh. Jangan bubuh green apple. Bisa. Guna carrot, halia dan orange saja. Nak jadi cinderella ke mak lampir? Pilih.

3. Kata boleh minum 3x. Camne tu?
Baik adik, kakak, makcik. Dengan jumlah bahan dan 2 gelas air tu, jus dapat 1 jug kecik. Sehari segelas je minum. Lebihan simpan peti. Jangan letak luar. Nanti rosak. Nak kurus sebab jus ke sebab cirit birit? Pilih.

4. Berapa kg boleh terbakar? Kenapa 14 hari challenge?
First, bergantung pada umur dan tahap metabolisma badan. Makin kita berumur, makin slow proses pembakaran lemak. Halia membantu tingkatkan tahap metabolisma badan. Jadi lemak cepat terbakar. Apple hijau pun boleh pecahkan lemak. 14 hari challenge untuk mudahkan kita yang baru nak start. Just nice untuk kekalkan konsistensi dan motivasi. Boleh monitor juga berapa kg turun, setiap 7 hari.

Boleh tak jangan belasah nasi lemak 2 pinggan macam saya semalam lepas minum jus kurus? Jadi fiona la selamanya.

5. Saya nak jadi cinderella. Boleh ke?
Jadi mak lampir pun boleh. Teknik saja berbeza. Nak jadi mak lampir kena belajar lepas rambut, mengilai, biar gigi karat, panjat pokok. Nak jadi cinderella, kenalah amalkan jus ni, buatlah workout serba sedikit walaupun sekadar stretching, avoid fast food, oily food.

Selamat jadi #cinderella
Selamat tinggal dunia #fionashrek
Cantikkan diri untuk #suami
Tapi jangan esok lusa kurus keding sampai orang ingat #papankatil

Ps: Oh nanti saya share slimming tea dari pure cinnamon (bukan kayu manis tebal dan keras fake kat rumah tu. Itu dipanggil cassia, kandungan kimia tinggi). Tapi ini kayu manis dari hutan. Makan saja pun dah manis.

Sumber: Mastura Rashid

Buah Delima Membantu Hilangkan Jerawat dan Cukup Bagus Rangsang Pembentukan Kolagen! Jom Amalkan..

Mungkin buah delima kedengaran agak asing di mata sesetengah individu. Namun ternyata, buah delima punya peranan besar dalam aspek kecantikan. Ia kaya dengan antioksidan, vitamin K, vitamin C dan Potassium yang merupakan agen anti-penuaan. Jom semak manfaat yang tersembunyi di sebalik buah delima untuk kecantikan kulit.

1. Selamat Tinggal Kulit Kering

Jika dibandingkan dengan teh hijau, buah delima sebenarnya memiliki kandungan kebaikan yang lebih besar untuk memperbaiki kulit kering. Ia juga kaya dengan vitamin C yang mampu melembutkan kulit yang kasar. Buah ini juga boleh dijadikan scrub untuk menanggalkan sel-sel kulit mati.

2. Hilangkan Jerawat

Manfaat antioksidan yang terkandung dalam buah delima mampu mengubati jerawat. Gunakan kulit buah delima dan jemur sehingga kulitnya kecut. Kemudian kisar atau tumbuk sehingga lumat dan menjadi serbuk. Simpan di dalam bekas. Sekira mahu menggunakannya, ambil sedikit serbuk tadi dan campurkan ia bersama sedikit perahan air limau nipis. Sapu pada wajah, biarkan sehingga kering dan bilas.

3. Melindungi Kulit Dari Sinaran Matahari

Sinaran matahari mampu merosakkan sel kulit kamu sehingga menyebabkan timbul bintik hitam dan sebagainya. Tetapi, dengan pengambilan buah delima dan kandungan antioksidan di dalam buah tersebut mampu melindungi tubuh daripada kesan-kesan negatif akibat sinaran matahari tadi.

4. Merangsang Pembentukan Kolagen

Pertambahan usia membuatkan kekenyalan kulit semakin berkurangan. Kandungan antioksidan di dalam buah tersebut mampu mengatasi hal ini. Ya, buah delima banyak membantu pembentukan kolagen. Selain itu, ia juga membantu anda agar kulit tetap tampak segar dan tidak kelihatan kusam.

MASKER DELIMA + MADU

Masker ini dapat membantu menghilangkan flek hitam di wajah. Haluskan delima dan tambahkan satu sendok madu, campurkan lalu oleskan ke seluruh wajah dan leher. Biarkan selama 15 minit dan bilas. Tengok hasilnya, serius puas hati!

MASKER DELIMA + LEMON

Kandungan vitamin C dari lemon dan antioksidan dari buah delima dalam membuat kulit terlihat segar dan lembut campur delima dengan lemon. Oleskan pada kulit dan bilas setelah semua kering di wajah.

NOTA:

Buah delima terbahagi kepada tiga jenis iaitu delima putih, merah dan ungu. Namun delima yang paling terkenal untuk dijadikan ubat adalah delima merah. Ia juga dianggap unsur penting dalam pembentukan darah merah.

Cara Rawat Badan Banyak Angin Selain Urut Dengan Mudah..Ikuti Petua Ini..



Bila badan banyak angin, kita akan rasa serba tak kena. Perut kembung, badan rasa sakit-sakit , tidak selesa dan lesu. Masalah angin yang terlalu banyak dalam badan juga boleh menjejaskan kelancaran bekerja yang secara tidak langsung membuatkan seseorang itu tertekan.

Bagi kebanyakan orang, masalah angin ini mungkin bukan gangguan yang menjejaskan hidup. Tetapi bagi sesetengah orang khususnya golongan muda, ia boleh menjejaskan keyakinan diri. Walaupun gejala yang dialami mungkin sama, tetapi punca masalah ini berbeza antara individu.

Masalah angin dalam badan kebanyakannya berpunca daripada udara yang ditelan dan apabila seseorang dalam keadaan tertekan, mereka lebih kerap menelan udara tanpa disedari.

Masalah ini juga boleh disumbangkan oleh proses penghancuran makanan oleh bakteria di dalam usus besar yang tidak berlaku seperti sepatutnya. Ini bermakna ia mungkin disebabkan gangguan dalam sistem penghadaman.

Terdapat beberapa kaedah rawatan bagi menyelesaikan masalah ini. Paling utama adalah penghidapnya perlu membuat perubahan kecil dalam pemakanan dengan mengelakkan pengambilan makanan berangin dan bergas, ambil ubat serta cuba untuk tidak menelan terlalu banyak udara.

Kaedah perlu dilakukan penghidap masalah angin.

Tukar jenis makanan

Kandungan gas yang dihasilkan daripada makanan berbeza antara individu. Seseorang itu perlu memastikan jenis makanan khusus yang menyebabkan berlakunya masalah angin ini berdasarkan pengalaman. Sekiranya makanan itu dapat dikenal pasti, hindarkan daripada mengambil makanan itu.

Ubat-ubatan

Ubat-ubatan seperti antasid, simethicone dan arang diaktifkan yang boleh didapati di farmasi dapat membantu mengurangkan masalah angin. Selain itu, enzim penghadaman seperti laktase membantu menghadamkan karbohidrat di samping membolehkan seseorang mengambil makanan yang biasanya menghasilkan angin.

Kurangkan menelan udara

Individu yang mengalami masalah sendawa yang kronik dinasihatkan supaya kurang mengambil gula-gula getah dan gula-gula. Anda dinasihatkan supaya mengunyah makanan secara perlahan-lahan dan tidak banyak bercakap ketika makan. Sekiranya pesakit memakai gigi palsu, dinasihatkan supaya berjumpa doktor gigi untuk memastikan ia sesuai dipakai.

Hindari makanan yang menghasilkan angin

Makanan yang mengandungi gula raffinose, fruktosa, laktosa dan sorbitol menghasilkan banyak angin. Raffinose terkandung dalam makanan seperti kacang yang mengandungi banyak gula kompleks manakala bunga kubis, kubis brussel, asparagus, brokoli dan kubis pula mengandungi fruktosa. Laktosa ialah gula semula jadi yang terdapat dalam susu dan makanan mengandungi susu seperti keju dan aiskrim.

Fruktosa banyak terdapat pada bawang, buah pir dan gandum. Ia juga banyak digunakan sebagai pemanis dalam minuman ringan dan jus buah-buahan.

Ubatan dan urutan

Selain pengambilan ubat yang sesuai bagi mengurangkan masalah angin sama ada dengan bertemu doktor atau berkunjung ke farmasi terdekat, teknik urutan juga satu daripada kaedah yang dapat membantu anda.

Melalui teknik urutan yang betul, angin dalam badan seseorang itu mampu dikeluarkan dan ia akan memberikan kelegaan segera.

"Dia pegang bahagian sulit anak saya" luah seorang ibu..



Mungkin pada satu masa dahulu waktu kita kecil-kecil, bergurau melibatkan hal bahagian sensetif dengan adik kakak abang yang hampir sebaya dengan kita adalah perkara biasa.

Ianya dianggap sebagai satu gurauan tanpa membawa maksud apa-apa yang lebih, namun kini keadaan mungkin sedikit berubah dengan anak-anak kita kini begitu mudah terdedah dengan perkara-perkara tidak elok terutamanya melalui video di internet.

Kini kita sudah pun mendengar kisah kes rogol melibatkan budak sekolah rendah, kes pedofile dan pelbagai lagi.

Ibu bapa perlu memainkan peranan penting, jom kita baca sedikit ulasan oleh seorang jururawat berpengalaman Bel Nawhen tentang kisah-kisah ini yang ramai orang anggap remeh.

BERNAFSU

"Dia pegang bahagian sulit anak saya" ujar seorang ibu

"Rakan anak pengasuh saya, datang rumahnya dan bawa anak saya berdua dalam bilik, siap kunci bilik." adu seorang ibu lagi.

"Papa duduk atas kita, papa ajak main kawin-kawin" lurus si anak memberitahu.

"Mommy, kawan kita semalam pegang bontot kita" ujar anak saya.

Dialog di atas itu antara beberapa kes pedofile, haruan makan anak dan kelakuan tidak semenggah remaja dan kanak-kanak masa kini.

Semua kerana pengaruh media elektronik yang tidak dikawal dan pornografi yang berleluasa. Belum lagi beberapa application yang mampu mempengaruhi remaja untuk mencuba.

Apabila ditegur, senang sahaja jawapan sesetengah ibu bapa

"Ala...Budak-budak bergurau je tu,"

"Budak kecik tahu apa, kadang-kadang mereka buat sebab terikut je tu. Nanti dah dimarah, tak buat lagi lah tu"

"Biasalah benda macam tu sekarang. Jangan duduk kat gua sangat"

Kalian tahu tak, ada perkara yang boleh mendatangkan trauma kepada kanak-kanak?

Kalian tahu atau tidak, bermula dengan menyentuh bahagian sulit sahaja boleh menyebabkan perlakuan yang lebih advance oleh si pelaku.

Ada, seorang kanak-kanak umur 5 tahun memberitahu bahawa sepupunya umur 9 tahun main jilat-jilat di bahagian kemaluannya. Dan paling sedih, nenek mereka langsung tidak mahu ambil pusing. Gurauan anak-anak katanya.

Ada beza bergurau dan keinginan untuk mencuba disini. Bergurau sesama sepupu walau berapa usia tidak harus melibatkan alat sulit. Dan rasa ingin mencuba itu bakal mempengaruhi perkembangan sosial mereka kelak. Asal nampak mereka yang berlainan jantina, nafsu mula mencanak naik.

Sebab itu saya bilang, jadi ibu bapa perlu alert dengan perubahan sikap anak-anak. Kadangkala perubahan ini adalah kesan dari emosi yang dipendam.

Ambil masa untuk berbincang dengan anak-anak.

Women to women talk
Men to men talk.

Notakaki;

Bersama bendung salah laku remaja. Melentur buluh biar dari rebungnya.


Ibu dua anak yang masih belajar.

[Video] Kalau baju anda berkedut tetapi dalam masa yang sama anda tiada seterika apa kata cuba cara ni..

Kalau baju anda berkedut tetapi dalam masa yang sama anda tiada seterika, atau kebetulan sterika rosak, meh cuba satu cara ni yang dikongsikan oleh Facebook Trending In China. Mungkin cara ini dapat membantu anda mengatasi masalah baju berkedut tu.
Anda hanya perlukan satu botol kosong berisi air panas. Sila Lihat Video Ini:

Sumber: FB Trending In China

Jangan Paksa Anak Duduk Diam 24 Jam. Ibu Ayah Kena Faham Proses Perkembangan Anak Ikut Fasanya..


Trend ibu bapa muda sekarang sentiasa mahu anak mereka jadi cepat pandai dan boleh duduk diam tak payah 'explore' sekeliling sebab nanti letih nak kejar mereka.
Sudahnya ramai anak-anak kecil yang memang boleh duduk diam masa makan di restoran sebab masing-masing khusyuk tengok cerita kartun di 'handphone' ibu atau ayah.
Selesa nampak ibu dan ayah boleh makan dengan tenang tanpa 'gangguan' dari si kecil. "Eh, semua orang buatlah."
Lagi satu, ibu bapa sekarang juga 'gila' nak suruh anak mereka cepat pandai. Masing-masing berlumba nak anak pandai membaca sejak usia bayi lagi. Sudahnya anak yang jadi mangsa paksaan hingga mengganggu fasa perkembangan mereka secara berperingkat.
Penerangan daripada Puan Liyana Raya, seorang Jurupulih Perubatan Cara Kerja (Occupational Theraphy) di facebook beliau diharap boleh membuka mata semua ibu bapa supaya lebih faham tentang perkembangan normal anak.
"Puan,anak (in between 2-4 tahun) susah nak fokus bila buat aktiviti...macam mana nak buat ye?"
 
Ni soalan paling susah saya nak jawab. Kadang-kadang saya "face palm" muka saya sendiri sebab pelik kenapa nak awal sangat anak fokus dan duduk diam mcm kita?
Buka minda luas2,tarik nafas dalam-dalam tentang apa yang saya nak cakap ni.
Proses tumbesaran anak..
PROSES.....setiap benda ada PROSES utk dapatkan sesuatu hasil. Budak,bukan terus keluar jengah dunia,terus dapat jadi macam kita yang macam orang dewasa ni.
Adakah budak....asal keluar je dari perut kita terus boleh bercakap, membaca, menulis, pakai baju, basuh pinggan mcm kita?? Ada ke? Secara fitrahnya,takde kan?
Benda fokus tak fokus yg asyik dok bermain dalam fikiran kita ni hanyalah satu persepsi dan mainan perasaan semata-mata. Sebab apa? Sebab kalau boleh,kita nak anak ni duduk diam2 sebab kita pun nak buat kerja kita,nak berehat,nak ada ''me time''..
Kanak2 ni parents....fitrahnya mereka untuk meneroka. Mana ada budak yang boleh duduk diam. Kalau ada budak keluar2 dok diam,kena cepatlah bawak pergi check sebab ianya sudah 'melawan' fitrah manusia.
Kanak2 kena melalui fasa perkembangan yg wajib ada pada diri kita sebagai manusia biasa iaitu:
SENSORIMOTOR DEVELOPMENT atau PERKEMBANGAN SENSORIMOTOR
Kalau perkembangan sensorimotor ni tak lengkap, ada istilah Sensory Processing Disorder. Sebab tu saya menentang sekeras-kerasnya kaedah membaca untuk kanak2 di bawah usia 2 tahun. Sensory Processing Disorder ni kalau tak kena kat anak anda tak apa,tapi kalau kena kat anak orang lain?
Kadang-kadang saya geram juga....apa yang saya cakap,seringkali tidak dipandang endah sedangkan setiap tahun saya dan therapist lain menerima rujukan utk kes kanak2 yang developmental delay yang kebanyakannya berpunca daripada proses perkembangan sensorimotor tidak berjalan dengan baik dan ianya semakin meningkat dari sehari ke sehari. Setiap satu tadika kini boleh dikatakan sekurang-kurangnya ada seorang dua kanak-kanak yang tidak boleh mendengar arahan,berkomunikasi dengan baik,dan mempunyai tingkah laku sukar untuk dikawal.
Dah kalau dari kecil diajar duduk untuk membaca,tengok TV,tengok gadget time makan,time tidur...time kita nak berehat...memanglah jadi begitu. Tapi bila bagi main benda kotor,kita kata geli...bila anak nak memanjat,kita risau jatuh....
Nilah dia sikap parents zaman skrg yang sebenarnya memusnahkan proses perkembangan anak itu sendiri. Semua nak cepat...nak anak cepat belajar,nak anak cepat pandai,nak anak cepat duduk diam,nak anak cepat jalan,cepat itu,cepat ini....
Tetapi PROSESnya tak nak lalu sendiri...
"Susah kalau nak ikutkan kehendak anak nak lari sana sini,boleh semput saya dibuatnya": No komen. Ni jawapan paling malas saya nak layan. End up saya mmg tak reply dah. Sorry ya.
Proses perkembangan sensorimotor yang utama yang WAJIB anak lalui dan anda berikan kpd anak2,paling penting untuk usianya 0-4 tahun adalah:

1.Anak-anak kena diberi pendedahan terhadap setiap tekstur yang ada di sekeliling merekabukan sahaja kepada kulit badan malah terhadap mulut juga. Tekstur ni faham tak apa? Tekstur lembut, berpasir, keras, kasar, berbulu, suhu panas dan sejuk,licin...tekstur makanan termasuklah yang crunchy,yang chewy,yang lembut,keras,juicy,ada rasa masam,manis,masin,pahit,tawar,pedas and so on.
 
Ni semua rangsangan tau.Kalau tak bagi,sistem otak takleh berfungsi. Faham ke tak faham? Sebab tu jangan obses sangat dengan flashcards. Flashcards takde semua bentuk rangsangan ni. Bagi benda real depan mata. Buah epal dalam gambar mana sama dengan buah epal yang sebenar. Kalau ajar anak 0-4 tahun huruf A,kalau dia tak kenal lagi,rileks sudah. A secara real tak melambangkan apa2. Sebab tu kdg2 berpuluh kali ajar,anak tak reti terus dah stress sebab anak tak pandai lagi. Padahal diri sendiri yg buat benda 'melawan fitrah' anak.Lepas tu cakap anak tak fokus. Apakah?????
Bila kita bagi rangsangan terhadap kulit dan mulut yang betul,secara automatiknya otot2 anak bergerak. Ini respon yang otak berikan setelah semua pemprosesan tadi berlaku dalam otak. Contohnya bila otot mulut bergerak,baru mudah anak nak bertutur dengan baik. Tapi benda ni takkan dapat dalam sehari dua,maka BERSABARLAH. Yang penting,kita beri secara konsisten.

2.Kanak-kanak suka nak bergerak.
Ada masalah ke nak bagi anak bergerak??? Lagi lama mereka bergerak,lagi baguslah sebenarnya.....
Pergerakan anak ni sebenarnya banyak merangsang proses yang kita sendiri tak nampak dengan mata kasar.Bila anak bergerak,sistem keseimbangan badan dirangsang,sistem penghantaran maklumat antara otak kiri dan kanan berlaku dengan pantas, sistem penglihatan membantu proses visual perceptual berlaku dengan baik,sistem daya tumpuan dalam otak menjadi kukuh,sistem otot dan sendi menjadi kuat dan ada endurance (ketahanan)....jadi bila lagi lama kita latih anak untuk bergerak,ketahanan otot dan sendi akan menjadi semakin kuat,anak akan mudah untuk duduk diam. Lagi sekali,proses ini bukan anak akan dapat dalam sehari dua. Ada anak,pada usia 5 tahun,apabila sudah dirangsang elok sistem pergerakan badannya,dia akan mudah duduk diam dan fokus pada tugasnya. Ada anak,kadang2 proses dia nak bergerak tu lama......sampai usia 7 tahun pun belum tentu boleh duduk diam dan fokus,ada masanya sampai usia akil baligh baru nak duduk diam.
Tapi sampai bilalah nak berkejaran dengan anak2 ni kan? Tak payah risau....aktiviti fizikal ni bagi je anak ke taman permainan sama ada indoor atau outdoor. Antara rajin dan tidak je kita nak buat semua ni sebenarnya...Bagi anak yang lasak,boleh challenge dirinya dengan membuat aktiviti hiking, masuk hutan, rock climbing dan sebagainya. Tapi janganlah sampai suruh mereka memanjat signboard "IPOH" yang besar tu pulak.Kalau nak suruh boleh,tapi make sure safety measurement dan surat kebenaran kena ada la kan.Haha
Anak yang tak belajar lagi utk bermain bola,ajarkan. Dengan sebiji bola, kita boleh membaling,menangkap,menendang,menampar dan sebagainya. Pilih satu sukan utk anak libatkan diri dan tiada salah utk ajarkan skills nya sebab ianya merangsang segala benda yg saya cakap kat atas tadi.Badan sihat,otak cerdas. Kalau asyik duduk dalam rumah je,bila masa badan nak sihat dan otak nak cerdas? Kalau kita boleh main golf,ajarlah anak main golf. Kalau tak boleh sangat,dah kalau anak nak berlari juga....pergilah ke taman tasik,buat aktiviti berjogging dan berlari sama-sama. Kalau kita pun malas,jadi anak pun malas....janganlah disalahkan anak.
Bergerak tidak menjadikan anak nakal. Anak yang lasak seringkali disalah tafsirkan sebagai anak yang nakal. Menumbuk adalah satu bentuk bermain dan ada sesetengah negara bagi ruang utk anak buat 'fighting play' atau 'pillow play'. Ini benda normal. Anak yg nakal adalah mereka yang melakukan perkara2 yang dilarang dalam agama dan masyarakat. Selagi mana anak2 ini tidak melakukan perkara yang dilarang,selagi itulah pergerakan yg mereka lakukan adalah sah.
Anak yang bergerak tanpa arah tuju,berikan "arah tujuannya". Angkat dan letakkannya di atas papan gelongsor,buaian dan jongkang jongket. Kalau anak takut,jangan risau.Beri masa.Inilah prosesnya.Janganlah mengalah.
Ni dah kira panjang lebar sangat dah saya bagi penjelasan utk ajar anak supaya jadi fokus. Tak ada proses yang mudah utk buat anak fokus. Jangan pernah melawan fitrah perkembangan anak.Risau nanti lain pula jadinya. Mungkin dari segi perkembangan yg kita lihat pada mata kasar ni jadi sempurna eloknya di awal usia,tetapi di pertengahan usia mereka lain pula jadinya. Ada banyak kes anak yg sudah dibiasakan menjadi pandai sejak kecil, menjadi "down" terus ketika sudah besar, Tiada motivasi utk belajar. Kerana sentiasa diharapkan utk menjadi pandai sehingga tekanan dtg dalam banyak bentuk-cikgu force kan utk dijadikan kebanggaan sekolah la,tak dapat terima bila dapat markah rendah dan sebagainya.
Nabi pun mula membaca di usia Baginda mendapat wahyu. Anak kita? Belum boleh jalan lagi sudah disibukkan utk membaca walhal Nabi,ketika proses membesar,banyak membesar dengan memikul tanggungjawab diri dan hidupan di sekeliling Baginda.Sumber: 


Sumber: Liyana Raya, Occupational Therapist