(AWAS) PDRM Guna Kamera Lebih Canggih (KAMERA SNIPER) Sempena Tahun Baru Cina l Kelajuan Anda DiPERHATIKAN !!!



Berdasarkan rekod PERKESO, kematian terutamanya golongan pekerja meningkat setiap tahun malah angka semakin merisaukan apabila tibanya musim perayaan. 

Tahun ini, bagi mengurangkan angka kemalangan dan juga kematian, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan operasi secara besar besaran untuk melancarkan pergerakan lalulintas, mengurangkan kadar kemalangan jalanraya khususnya kemalangan maut dan kes kes pecah rumah pada musim Perayaan Tahun Baru Cina.



Pemandu yang didapati melakukan kesalahan seperti menggunakan lorong kecemasan dan memotong di garisan berkembar ketika Ops Selamat dijalankan pada Tahun Baru Cina 2017 iaitu 21 Januari sehingga 5 Februari ini akan terus dihadapkan ke mahkamah seandainya gagal membuat pembayaran kompaun pada tarikh atau jangkamasa yang telah ditetapkan. Sekiranya gagal hadir ke mahkamah, waran tangkap akan dikeluarkan.

Operasi juga akan ditingkatkan di lokasi lokasi yang seringkali kerap berlaku kemalangan. Kalau dulu kita akan nampak polis trafik dengan tripod kamera tapi untuk tahun 2017, polis trafik mengambil pendekatan baru dengan menggunakan kamera yang lebih canggih dan tidak memerlukan polis untuk hanya statik berada pada satu satu kawasan sahaja.  


Kamera ini bukan hanya boleh dipegang malah boleh menangkap imej kenderaan yang melebihi had laju dengan kelajuan yang tepat dengan cepat. Seumpama sniper tapi dalam bentuk kamera. Alat penembak had laju ini juga dapat menghasilkan gambar/imej yang membolehkan pihak polis trafik menahan pesalah di sepanjang lebuh raya.

Kalau dahulu, para pesalah jalanraya masih boleh terlepas, tetapi kini, khabarnya dengan kecanggihan alat ini, pesalah yang membuat kesalahn di Skudai, Johor boleh ditahan di Tol Sungai Besi, lengkap dengan bukti imej pesalah dan tarikh hadir ke mahkamah (sekiranya gagal membayar kompaun). Canggih bukan? 



Ops Selamat kali ini bukan hanya memfokuskan kepada kesalahan jalanraya malah juga melibatkan kes pecah rumah di mana ramai yang meninggalkan rumah ketika musim perayaan. Mereka yang balik bercuti raya dinasihatkan supaya mengunci rumah dan memberitahu kepada jiran supaya tiada perkara tidak diingini berlaku.


Dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga jaga antaranya;

Jangan Memandu di lorong kecemasan
Jangan memotong di garisan berkembar
Jangan menggunakan telefon bimbit ketika memandu

Patuhi Had LAJU
Pakai talipinggang keledar 
Pakai topi keledar ketika membawa motor
Pastikan mendapat rehat secukupnya sebelum bertolak ke destinasi

PANDU CERMAT, JIWA SELAMAT

Info: PDRM
Kredit: PERKESO







5 Barang Yang Dapat Menunjukkan Anda Nampak Lebih Bergaya/actif Dalam Golongan Remaja!. Anda Pasti Terkejut Dengan No 5..!!




Barang ke-1: Smartphone bukan button phone 

Perlu diakui ia kini menjadi pilihan utama remaja masa kini. Bukan sahaja sebagai alat perhubungan malah fungsinya yang pelbagai menyebabkan permintaan terhadapnya di luar jangkaan.

Honor 6 Plus misalnya, menjadi kegilaan remaja kerana dilengkapi pelbagai ciri menarik termasuk: 
- skrin paparan 1080p berukuran 5.5-inci

- Pemprosesan Huawei Kirin 925 yang menyokong LTE Cat.6 dengan kelajuan sehingga 300Mbps

- 3GB RAM dan 32GB memori simpanan dalaman pastinya mencabar keinginan remaja untuk memilikinya.

- Bukan sekadar alat perhubungan malah kelajuannya menyebabkan kebergantungan terhadapnya melebihi sebagai alat perhubungan malah dapat berfungsi sebagai alat hiburan

- Fizikalnya yang mudah dibawa dengan bentuk sangat ekslusif menyebabkan ia begitu diminati sesiapa sahaja



Barang ke-2: Jam tangan digital 

- Pastinya ia lebih menjadi pilihan berbanding jam tangan biasa yang hanya mempamerkan masa dan tarikh.

- Teknologi terkini yang menjangkau evolusi yang menjurus ke arah konsep paling canggih apabila pengeluar produk elektronik bersaing menghasilkan rekaan termoden dengan fungsi terhebat.

- Jam digital berjenama Samsung Gear S misalnya, membolehkan remaja menterjemah semua perkara yang berhubungan dengan smartphone.

- Dikategorikan sebagai smartwatch yang mana jam tangan pintar ini memiliki design yang futuristik dengan layar melekung dan berkotak menyebabkan ia menjadi idaman dalam kalangan pecinta smartwatch di seluruh dunia.


Barang ke-3: Cermin mata 

- Cermin mata diperlukan remaja yang mementingkan gaya dan penampilan kerana menampakkan mereka lebih versatile.

- Bagi remaja yang mengutamakan gaya dalam penampilan, kehadiran cermin mata bukan sahaja membuatkan mereka tampil lebih yakin malah mengklasifikasikan mereka sebagai golongan high class.



Barang ke-4: Sport shoes dan bagpack 

- Dua barangan yang penting terutama bagi remaja yang mementingkan keselesaan, ranggi dan ringkas

- Memiliki dua barangan ingin sudah cukup untuk menggambarkan bagaimana kehidupan mereka lebih bersahaja tetapi dalam konteks yang tampak mewah.

Barang ke-5: Honda BeAT 

- Ditampilkan dengan reka bentuk terkini dan ekslusif dengan dilengkapi slim body, sharp design, trendy headlight, smoky tailing, digital meter dan technology terunggul - CBS, eSP dan PGM-Fi. 

- Model ini baru dilancar di UKM bulan lepas dan mendapat balasan yang meriah di kalangan student dan remaja 

- Idea ini diambil dari catalogue kami (Honda BeAT) di mana kami nak positionkan Honda BeAT ini sebagai gajet gaya remaja. 


- Menggabungkan reka bentuk trendy dan bergaya dengan Sistem Brek Combi (CBS) Honda, skuter pertama diiktiraf memenuhi standard Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) di Malaysia ini diyakini mampu memenuhi kehendak semasa.

- Dipercayai mampu mengurangkan pencemaran karbon terhadap alam sekitar ini tergolong sebagai Active Lifestyle Device (Gaya Hidup Aktif), dan direka untuk menyokong serta memudahkan kehidupan serba pantas generasi muda masa kini. 

- Dilengkapi Sistem Brek Combi atau CBS (Combi Brake System), Honda BeAT pastinya menjadi model keluaran Boon Siew Honda yang paling unik apabila menonjolkan ciri- ciri terkini dan serba moden dengan menggunakan teknologi keselamatan lanjutan.





- Terdapat empat pilihan warna bagi model yang dilengkapi dengan dua tahun atau 20,000 kilometer jaminan pengeluaran (yang mana berkenaan) ini, iaitu Vital Metallic Blue, Pearl Magellanic Black, Viva City Red dan khusus untuk wanita, Angel Pink. 

- Harga pasaran termasuk GST RM5, 565 



Bagi mendapat maklumat lanjut mengenai Honda BeAT, sila kunjungi laman web www.boonsiewhonda.com.my atau 



HUBUNGI:1800-88-3993

Persahabatan Kajol dan Karan Johar Musnah Kerana Twitter?



Karan Johar, pengarah filem Bollywood mempunyai hubungan yang baik dengan Kajol sebelum ini yang pernah berlakon dalam filem arahannya itu Kuch Kuch Hota Hai dan Kabhi Kushie Kabhi Gham. 



Namun, persahabatan mereka musnah kerana twitter apabila filem Ae Dil Hai Mushkil ditayangkan pada masa yang sama dengan filem suami Kajol, Ajay Devgan.

Ajay lantang menuduh Karan merasuah kepada seorang pengkritik filem terkenal di Bollywood mengundang kemarahan Karan malah Kajol juga menyokong tindakan Ajay.

Menurut Karan, beliau tidak mahu mendengar apalagi berjumpa dengan mereka berdua dan tidak mahu Kajol kembali dalam hidup dia. 

Selepas 25 tahun, semuanya berubah. 


Tanpa Majlis Gah, Hazama-Genervie Kam Selamat Diijabkabul

Kredit FB: Encik Abid

Penyanyi yang terkenal dengan lagu "Di Amaran Mama" yang bakal berentap di ANugerah Juara Lagu ke-31, Hazama telah selamat diijabkabul dengan pengarah muzik terkenal, Genervie Kam di sebuah villa yang terletak di Gombak, Kuala Lumpur.


Hazama sebelum ini sememangnya tidak mahu mengadakan majlis besar-besaran kerana hanya mahu menjalankan yang wajib di sisi agama saja.

Pasangan ini selamat bergelar suami ister pada pukul 10.30 pagi tadi dengan mas kahwin RM300.

Ini adalah perkahwinan kedua Genervie Kam dan perkahwinan pertama Hazama. Kegembiraan Hazama turut dikongsikan di instagram beliau.

Kredit Instagram: Hazama




Ryan Lancar Baca Al Fatihah Ketika Solat,Peminat Puji Cara Ning Baizura Didik Anak


Ryan Sky Dalton, 3 tahun merupakan anak kepada penyanyi Ning Baizura dan juga Omar Shariff Christopher Layton Dayton yang berkahwin pada 31 Januari 2008. 


Semalam di instagram Ning, Ryan dilihat bersolat dan lancar membaca surah al Fatihah. Peminat peminat menghujani komen komen yang positif dan kagum dengan cara Ning mendidik Ryan. 


Di kapsyen tersebut, Ning mengatakan anaknya Ryan dalam proses belajar dan masih tidak sempurna namun sebagai ibubapa, mereka bangga dengan apa yang dicapai oleh anaknya itu. 



Padam Gambar di Instagram, Lindsay Lohan Peluk Islam?



Lindsay Lohan  sebelum ini seringkali dikaitkan dengan berita memeluk Islam setelah banyak kali memberi isyarat yang dia sedang mendalami agama Islam.


Lindsay dilihat bersiar-siar dengan mengendong senaskah Al-Quran selepas perbicaraan beliau atas kesalahan memandu di Brooklyn. Dia juga dikatakan berkongsi cerita sedang mempelajari bahasa Arab menerusi akaun Twitternya.

Perubahan demi perubahan dilihat dari Lindsay apabila dilihat di antara selebriti yang kurang kontroversi malah pernah menjalani misi kemanusiaan di Syria.

Dua tiga hari ini, Lindsay mengejutkan peminatnya apabila memadam kesemua gambar di instagram dengan menulis caption 'Alaikum Salam' di instagramnya. 

Ekoran itu, pelbagai spekulasi timbul sehingga ada yang mempersoalkan sama ada dia sudah memeluk islam.



Apapun, semoga beliau dibuka kan hati untuk terus dekat dengan Islam. InsyaAllah.



Viral Dituduh Menipu OKU.. inilah Ugutan Yang Buat Wanita Ini Takut Untuk Keluar Rumah



Johor Bahru - Seorang wanita yang rabun teruk di mana baru baru ini viral apabila dikatakan menipu sebagai buta mendakwa kini ketakutan untuk menjual tisu sebagai pendapatan apabila menerima pelbagai kecaman dan juga ugutan.


Menurut wanita terbabit yang berumur 42 tahun, kini beliau takut untuk keluar rumah selepas menerima pelbagai ancaman termasuk ada yang magu mencungkil matanya selepas tersebarnya video dia memasukkan sejumlah besar wang penjualan tisu di atm. 


''Selepas video saya jadi viral, saya jadi takut sebab ada yang nak cucuk mata saya''

Beliau yang juga merupakan OKU tahap rabun teruk menafikan dakwaan menipu menjadi buta dan meraih pendapatan besar dengan menjual tisu. 


Laporan polis juga telah dibuat ekoran tersebarnya video tersebut.