Showing posts with label SELEBRITI. Show all posts

Lelaki Terkenal Kerana Rancangan Realiti Korea Yang Fasih Bahasa Korea Kahwini Gadis Korea..


Tahniah diucapkan. Tidak lama dahulu, video jejaka ini pernah menjadi tular apabila muncul sebagai tetamu rancangan realiti televisyen, Abnormal Summit di Korea Selatan.

Muhamad Khalid Ismail dari Kelantan yang sekarang menetap di Seoul, Korea Selatan baru sahaja mengikat tali perkahwinan bersama wanita pilihan hatinya pada Ahad yang lalu.
Majlis akad nikah yang ringkas tetapi meriah telah diadakan Masjid Pusat Seoul dan disempurnakan oleh Imam masjid berkenaan, Syeikh Abdul Rahman Lee Juhwa.
Wanita Korea bertuah bernama Lee Seul yang dapat memikat hati Khalid itu berasal dari Suwon, Gyeonggi, Korea Selatan.
Menerusi beberapa gambar yang dikongsikan Khalid di akaun Facebooknya menunjukkan majlis akad nikah tersebut dihadiri oleh kaum keluarga dan teman-teman rapat.
Menurut Khalid, majlis resepsi pihak isterinya akan diadakan di kampung halaman isterinya yang terletak di Suwon pada 14 Oktober kelak.
Manakala majlis untuk pihak lelaki pula akan diadakan pada tahun hadapan setelah dia pulang ke Kelantan.
Kami mengucapkan tahniah kepada Khalid dan isteri atas perkahwinan ini dan semoga sentiasa dalam limpah rahmat Allah swt.
Sumber: facebook/Muhamad Khalid Ismail

Anak Norman Hakim Dapat Tawaran Sambung Pengajian Hafazan Di Turki..

Norman Hakim Gembira Anak Dapat Tawaran Sambung Pengajian Hafazan Di Turki

Pelakon Norman Hakim bersyukur apabila anak sulungnya Mohamed Danish Hakim, 14, diberi peluang untuk menyambung pengajian hafazannya di Turki.
 
Norman berkongsi berita gembira itu menerusi akaun Instagram (IG) beserta foto surat tawaran anaknya baru-baru ini.
 
“Alhamdulillah abg @danishhakim_243 terpilih antara 10 pelajar utk sambung pengajian kat Turki utk settlekan hafazan dia lagi 7 juzuk berdasarkan prestasi semasa.
 
“Perasaan saya bercampur-campur sebenarnya. SYUKUR,GEMBIRA,SEDIH,HIBA semua cukup.Ni anak pertama saya, darah daging saya merangkap kawan baik saya dunia akhirat yg boleh saya bawak berbual share mcm2.
 
"Saya tanya Danish,dia suka tak terpilih? Dia cakap inilah doa dia siang & malam utk sambung pengajian kat sana.
 
“Dulu pernah rasa mcm ni masa mula2 dia nak masuk asrama,skrg ni dia nak pergi jauh kat perantauan orang pulak tu. Saya cubalah cari kekuatan dgn izinNya, dlm masa sama kalau ada kawan2 kat sini yg pernah ada pengalaman mcm ni,mohon bagi saya kata2 semangat & motivasi ye.
 
"Saya amat memerlukan #hatiseorangayah #sedihsangatrasatapitakpedemiperjuangananakdanislam #rayanantitaktahulamacamana 😭😭😭 @memeysuhaiza @abby_abadi112 @jaiezzany,” tulisnya.
 
Dalam pada itu, ruangan komen IG Norman juga dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada pengikutnya.
 
Sementara itu, menerusi perkongsian terbaru, Norman juga memberitahu Danish kini dalam proses menguruskan pasport antarabangsa dan sibuk membuat persiapan untuk ke negara berkenaan pada Mei ini.


kredit:astrogempak.com

WOW!! (Gambar) Rumah Shah Rukh Khan Yang Terlajak Mewah Seperti Istana..

Siapa tak kenal nama Shah Rukh Khan pelakon yang popular menerusi filem Kuch Kuch Ho Hai ini. Shah Rukh Khan merupakan seorang yang sangat menyayangi isterinya Gauri Khan serta 3 orang anaknya Ab Ram, Aryan Khan dan Suhana semestinya membina sebuah mahligai indah buat mereka.

Menurut sumber, rumah keluarga mereka dikatakan terletak di Persisir pantai Laut Arab di daerah Mannat, India. Dan rekaan rumah juga adalah hasil idea dari Shah Rukh Khan  dan hasil sentuhan dari Gauri Khan. Rumah itu lengkap dengan perabot mewat dan seni reka dalaman yang unik. Lihat sahaja gambar-gambar berikut ini.











Sumber: THR Gegar, Wonderfulmumbai.com, Grabhouse.com, Pinkvilla, LightsCameraBollywood, Astro Gempak

Drama '7 Hari Mencintaiku' Bolot 6 Kemenangan Kategori DFKL 2017!..

Pemilik Pena Creative Pictures, Datuk Ziela Jalil menyampaikan ucapan selepas drama terbitan syarikatnya iaitu 7 Hari Mencintaiku diumum sebagai Drama Pilihan DFKL 2017. -foto Instagram @tontonmy

PUTRAJAYA: Drama 7 Hari Mencintaiku terbitan Pena Creative Pictures diumumkan sebagai Drama Pilihan pada Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2017 (DFKL 2017) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, malam Ahad.

Drama 28 episod yang disiarkan di slot Akasia itu turut merangkul lima kategori lain iaitu Pengarah Pilihan yang dimenangi oleh Jamal Khan, dan Skrip Pilihan daripada PGRs Team.Selain itu, pelakon utama drama berkenaan iaitu Shukri Yahya dan Siti Saleha memenangi kategori Pasangan Pilihan dan Aktor Pilihan.

Siti Saleha dan Shukri Yahya.
Manakala, lagu nyanyian Dayang Nurfaizah dalam drama berkenaan berjudul Lelaki Teragung turut meraih anugerah Lagu Tema Pilihan.

Pelakon Mira Filzah dipilih memenangi kategori Aktres Pilihan menerusi drama Cinta Si Wedding Planner.

Sementara itu, pelakon Izzue Islam pula merangkul kategori Antagonis Pilihan menerusi drama Patahnya Sebelah Sayap.

Anugerah DFKL bagi edisi keempat ini dianjurkan rangkaian televisyen Media Prima Berhad, TV3 dan TV9 telah membuka undian kepada penonton di laman web DFKL sejak 1 Februari hingga 20 Mac lalu bagi memilih pemenang untuk tujuh kategori utama yang dipertandingkan.Pemenang sembilan kategori utama membawa pulang trofi sumbangan TV3.

Selain kategori utama, DFKL turut mempertandingkan Drama Pendek Terbaik yang diadili oleh juri profesional yang memilih drama Kongsi Kalau Malu arahan Mohammed Syafie Syed Mohammed, Syalikh dan Nazrul Raidhwan Uvise sebagai juara dan meraih hadiah wang tunai RM10,000.

Persembahan penutup daripada Dayang Nurfaizah.

Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2017 dihoskan oleh AG, Sherry Alhadad dan Rita Rudaini.
Majlis tersebut turut dihiburkan dengan persembahan Dayang Nurfaizah, Elyana, Salma, Sissy Iman, Haqiem Rusly dan Aiman Tino.

Anugerah DFKL ini bertujuan mengiktiraf drama-drama pilihan penonton yang dipilih berdasarkan kadar tontonan tertinggi di semua slot drama TV3 dan TV9 sepanjang tahun 2016.
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur disiarkan secara langsung menerusi TV3.

Senarai penuh pemenang Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2017:
1. Aktor Pilihan: Shukri Yahya (7 Hari Mencintaiku)
2. Aktres Pilihan: Mira Filzah ( Cinta Si Wedding Planner)
3. Drama Pilihan: (7 Hari Mencintaiku)
4. Pengarah Pilihan: Jamal Khan (7 Hari Mencintaiku)
5. Penulis Skrip Pilihan: PGRS (7 Hari Mencintaiku)
6. Antogonis Pilihan: Izzue Islam (Patahnya Sebelah Sayap)
7. Pasangan Pilihan: Shukri Yahya & Siti Saleha (7 Hari Mencintaiku)
8. Lagu Tema Pilihan : Lelaki Teragung (7 Hari Mencintaiku)
9. Drama Pilihan Tonton VIP: (Meh Sandar Pada Aku)
10. Drama Radio Pilihan : (Terima Kasih Ex)
11. Drama Pendek Pilihan: (Kongsi Kalau Malu)


kredit: mstaronline

Faye, Pelakon Drama '7 Hari Mencintaiku' Sah Menjadi Isteri Kepada Azmi Hatta..

Faye dan Azmi Hatta selamat diijab kabul dalam sebuah majlis tertutup. Foto @iqstudio.my.
PETALING JAYA:Pasangan selebriti kontroversi Faye Kusairi dan pengarah drama Azmi Hatta melangsungkan pernikahan secara mengejut pada pagi Ahad selepas teka-teki tentang perkahwinan mereka mula tersebar sejak awal tahun lalu.

Majlis tertutup itu diadakan di kondominium D'Pines, Jalan Ampang, dekat sini, dengan dihadiri ahli keluarga terdekat.

Faye atau nama sebenarnya Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 30, menerima mas kahwin RM300 dan lima dulang hantaran.


Faye sah isteri Azmi Hatta.

Pelakon drama 7 Hari Mencintaiku itu menggayakan pakaian berwarna merah jambu cair rekaan Salikin Sidek. Azmi turut memakai pakaian berwarna sedondon dengan rombongan ahli keluarga berwarna biru.

Bagaimanapun, Faye memuat naik gambar kad jemputan perkahwinannya di laman Instagtam miliknya dua jam lalu.

Manakala, kelab peminat Faye iaitu Fayekusairiloversklub turut memuat naik foto-foto sekitar majlis pernikahan berkenaan.


Gambar bersama keluarga pengantin lelaki Azmi Hatta 

Terdahulu, Faye pernah menafikan bakal berkahwin dalam masa terdekat selepas memuat naik foto-foto kad jemputan di laman Instagramnya akhir bulan  lalu.

Azmi sebelum ini pernah berkahwin dengan penyanyi Elly Mazlein pada 9 November 2014 dan bercerai pada 15 Oktober 2015 ketika wanita itu hamil empat bulan.


Sumber: mstar.com.my

Akhirnya, Kang Gary sahkan sudah bergelar suami, berkahwin secara rahsia dengan gadis bukan artis..

Perkara itu didedahkan menerusi akaun Instagramnya @kang_gary8888 sebentar tadi.
Perkahwinan tersebut berlangsung secara rahsia tanpa sebarang majlis.
“Saya telah mengikat tali perkahwinan dengan seorang wanita yang saya cintai hari ini. Kami tidak melakukan sebarang majlis.
“Perkahwinan inu berlangsung atas persetujuan kami berdua. Isteri saya bukanlah dikalangan selebriti tetapi dia berjaya memikat hati saya.
“Saya akui pengumuman perkahwinan ini agak mengejutkan tetapi  berilah restu kepada kami berdua. Kami janji akan menjalani kehidupan bahagia sebagai suami isteri, Kang Gary,” tulisnya.
Dalam pada itu, ruangan komen Instagram kini Gary dipenuhi dengan ucapan tahniah peminatnya.

SumberAstro Gempak

"Kat Instagram Bukan Main Ramai Yang Komen Maki, Kutuk, Kecam, Kat Luar Tak Ada Pulak, Siap Ajak 'Selfie' Lagi"..


PELAKON Uqasha memberitahu dia tidak pernah diserang secara terbuka di tempat awam walaupun menerima pelbagai kecaman netizen menerusi laman sosial.

Ia susulan langkah kontroversi mengenai tindakan berani dirinya kembali membuka tudung selepas pernah membuat keputusan memakainya.
“Walaupun di Instagram ramai yang mengecam saya, tapi bila berjumpa diluar tak ada pula yang mengutuk secara terbuka.
“Ada juga beberapa individu yang datang kepada saya mengaku pernah mengecam saya di Instagram tetapi ingin menganbil gambar bersama pula,” katanya kepada mStar Online.
Tambah Uqasha, dia sudah lali menerima kutukan dan kecaman tetapi sebagai manusia biasanya, adakalanya dia juga terkesan dengan tuduhan yang diberikan.
“Saya dah tak kisah tentang kutukan dan saya juga tak mampu nak paksa mereka untuk menyukai saya. Lepas beka tudung, lagi teruk saya dikecam, tetapi sekarang orang sudah mula terima,” jelas Uqasha lagi.
Menurut Uqahsa, dia lebih suka diam diri daripada memberikan komen tentang apa-apa perkara berlaku bukan kerana lari dari media, tetapi tidak mahu mengatakan perkara yang boleh keruhkan keadaan

(Video) Sharnaaz Ahmad Mahukan Enam Orang Anak, 3 Lelaki dan 3 Perempuan..

IKATAN cinta di antara pelakon Sharnaaz Ahmad dan pasangannya, Noor Nabila Mohd Noor akhirnya dimeterai pada Jumaat lalu dengan sekali lafaz.

Majlis pernikahan pasangan sama cantik sama padan itu berlangsung di Hotel Royale Chulan, Damansara.
Seperti mana pasangan baharu berkahwin, Sharnaaz turut menyampaikan hasratnya untuk memiliki sebuah keluarga besar dengan memiliki enam orang cahaya mata.
“Kami belum lagi berbincang tentang perancangan keluarga kerana baharu sahaja berkahwin tapi kalau ditanya tentang anak, kalau boleh saya mahu enam orang iaitu tiga lelaki dan tiga perempuan,” katanya memetik mStar.
"Saya Mahu 6 Orang Anak," Kata Sharnaaz Ahmad
NABILA BERSAMA TIGA ADIK PEREMPUANNYA, NEELOFA, AMEERA DAN ATHISHA.
Jika Sharnaaz meluahkan bilangan anak yang diidamkannya, Nabila pula menyatakan dia tidak menghalang kerjaya Sharnaaz sebagai seorang pelakon namun ia tetap bersyarat.
“Saya hormat kerjaya lakonan dia dan tidak pernah menghalang. Saya juga yakin dia tahu jaga diri dan batansan yang perlu dijaga sebagai suami. Dia bebas berlakon tapi berbatas,” kata wanita berusia 33 tahun itu.
Pasangan ini memilih Itali sebagai destinasi bulan madu dan akan berada di sana selama tiga minggu. 



Akhirnya Akim Dan Stacy Menayangkan Gambar Anaknya Eshaal Pada Umum Di Instagram Miliknya..

Akim, Stacy Pertama Kali Tayang Wajah Eshaal

SEJAK dilahirkan pada  17 Februari lalu, wajah Eshaal anak kepada pasangan penyanyi popular, Akim dan Stacy tidak pernah lagi ditayangkan kepada umum.

Dan hari ini, bersempena 44 hari kelahirannya, Akim dan Stacy mengambil keputusan memuat naik gambar puteri mereka di laman Instagram masing-masing, sebentar tadi.
Menulis kapsyen, “Assalamualaikum semua, hari ini Eshaal sudah 44 hari usianya. Sekarang ini Eshaal kuat minum susu dan tidur saja kerana nak besar seperti Beyya (panggilan manja untuk anak angkat pasangan ini, Bella). Terima kasih yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan anak kami.”


Comel kan.